Terdengar sayup-sayup suara makin lama makin kuat, roommate aku hairan aku menjawab salam.

Aku Miss W dan aku mempunyai banyak kisah seram yang aku alami sendiri.

Tak kiralah kemana sahaja aku pergi, aku dapat merasainya atau mengalaminya. Aku tak pasti sekiranya ini sekadar kebetulan ataupun aku yang bermasalah.

Cerita kali ini berlaku ketika aku memulakan pengajian ijazah di sebuah IPTA di Seremban, Negeri Sembilan. Kampus Seremban ini merupakan kampus yang baru dan batch aku adalah batch yang awal mendapat tempat disitu.

Pelajar amat sedikit kerana masih belum berpindah dari kampus asal. Pada semester pertama, aku dapat menduduki kolej kediaman.

Selepas mendaftar dan mengambil kunci bilik ber no. 18, aku dan ibu pergi melihat bilik tersebut sebelum kembali ke Selangor atas urusan lain.

Kejadian pertama

Hari pertama, kedua dan ketiga.. tiada apa-apa berlaku. Ia berlaku pada hari keempat, hari khamis malam jumaat.

Aku tidak dapat melelapkan mata, perasaan tidak enak dan dapat merasakan seperti ada yang memerhati.

Aku amat takut akan gelap, jadi lampu bilik air dan lampu dari meja studi aku biarkan terbuka. Sejak dari itu, hampir setiap malam aku tidak dapat melelapkan mata dan hanya tertidur setelah azan subuh kedengaran.

Perasaan makin lama makin tidak enak, resah dan gangguan mula berlaku. Terasa malam yang amat panjang seolah-olah waktu lambat bergerak, guli berteraburan dan perabot dialihkan acap kali kedengaran.

Sesekali kedengaran bunyi suara yang mendayu dan rengusan di balkoni.Aku ingatkan hanya aku yang mempunyai masalah yang sama.

Kejadian kedua

Selepas seminggu dapat melelapkan mata, aku seperti biasa memasang lagu dan lampu serta bersedia untuk tidur. Ketika itu jam pukul 12 malam dan masih aku ingat lagi, lagu korea my girl kedengaran.

Tiba-tiba sayup-sayup aku terdengar suara lain seperti mengajuk lagu itu, makin lama makin kuat sehingga aku dengar ketawa kecil yang jelas bukan dari lagu itu.

Aku pantas bangun sambil mengambil lappy dan mencari surah-surah al quran dalam lappy. Ketika itu aku mengigil dan terasa bodoh sekali, sepatutnya aku pasang ayat suci Al-quran bukannya lagu.

Irah yang perasan keadaan itu, bingung melihat tindakan aku. Selepas itu, aku terus tidur dan menyuruh Irah melakukan hal yang sama.

Ada ketikanya, aku keseorangan dibilik memandangkan kos pengajian aku yang berbeza dengan roommate yang lain.

Aku bangun sekali lagi , tutup paip air dan terus call kawan aku di bilik yang lain. Ketika sedang bercakap di handphone, pintu bilik air di hempas kuat walahal tiada sebarang angin memandang pinti dibalkoni dan pintu bilik tidak terbuka.

Dan aku terus keluar dan pergi ke bilik sebelah yang turut merupakan classmate aku. Tak mungkin aku duduk dibilik itu lebih lama… silap haribulan, ‘dia’membuat kemunculan pulak…

Kejadian Ketiga

Setelah hampir 2 bulan berlalu, aku sudah lali dengan keadaan itu dan mengabaikan gangguan. Aku dapat tidur dengan tenang walaupun sesekali terjaga. Namun Irah masih mengalaminya. Pada satu malam, dia tidak dapat lelapkan mata.

Kejadian keempat

Kejadian ini berlaku ketika kami berempat sedang berbual ketika menunggu untuk solat isyak.

Tiba-tiba kedengaran suara lembut memberi salam dan pintu bilik yang berat itu dibuka sedikit. Aku menjawab salam dan menyuruhnya masuk.

Aku menunggu gerangan orangnya namun pintu bilik itu tertutup semula.Aku melihat ketiga roommate yang terkaku melihat aku.

Mereka terkejut melihat aku menjawai salam walahal mereka tidak mendengar langsung salam itu. Tambahan pula, pintu bilik yang terbuka sendiri menyebabkan mereka takut.

Aku terus membuka pintu bilik melihat keadaan luar. Sangat sunyi, tiada bunyi tapak kaki atau pintu.Perasaan amarah aku memuncak.

Kesimpulanya, setiap tempat atau kawasan ada ceritanya yang tersendiri, didiami dan ditumpangi. Biasalah, bukan manusia sahaja yang diciptakan olehNya.

Yang pasti adab dan hormat perlu ada kemana sahaja kita melangkahkan kaki. Dalam kes aku dan ketiga-tiga roommate,

kami tidaklah melakukan perkara yang melampau, masih menjaga adab dan menjalankan tanggungjawab masing-masing. Mungkin dugaan untuk insan yang terpilih olehNya…..