Pukul 3 pagi,siapa pula yang bertukang waktu ni membuat aku tertanya tanya.

Nama aku Dredd, ini merupakan kali pertama aku menulis kisah serami bagi aku agak seramla sebab aku jarang kene kacau dengan benda-benda pelik ni dan benar-benar berlaku pada aku.

Mungkin ayat-ayat yang aku gunakan tak berapa kemas dan cantik sebagai penulis tapi segalanya boleh diasah kalau rajin.

Kisah ni dah lama berlaku dan aku dah tak ingat bila tapi yang aku tau terjadi ketika aku berada di kampung yang terletak di Pahang.

Walaupun kami saudara-mara tinggal berjauhan, tapi tetap berhubung antara satu sama lain. Terutama pulak sekarang dah ada aplikasi whatsapp.

Lagi senang nak berkongsi cerita-cerita menarik dan terkini serta gosip untuk tambah dosa..haha. Kami sekeluarga dan saudara-mara sudah memutuskan untuk balik dan berkumpul di kampung sebab nak menyambut hari raya.

Bukan senang nak berkumpul sekali ramai-ramai dengan saudara-mara memeriahkan suasana kampung cuma waktu raya jela boleh jumpa dan bila ada urusan penting.

Kami sekeluarga bercadang nak bercuti di kampung dalam 3 hari sahaja sebab ada urusan penting yang perlu diselesaikn lepas tu.

Tapi aku dan adik aku kene tinggal lebih sehari sebab kene tolong mak cik aku untuk kemaskan rumah dia. Mak cik aku baru berpindah rumah dekat Seri Kembangan.

Sebelum ni, dia tinggal dengan family aku sebab tempat kerja dekat dan masih belum dapat rumah lagi masa tu.

Dalam ramai-ramai saudara aku, mak cik akulah yg paling rapat sekali dengan family aku sebab rumah kami tak berapa jauh dan selalu jumpa antara satu sama lain.

Aku dan adik serta mak cik aku tidur di tingkat 2 ruang tamu dan nenek serta pak su aku akan tidur di bilik masing-masing.

Sekitar pukul 3 pagi, aku terjaga sebab nak ke tandas. Keadaan masa tu sejuk sangat sampai ke tulang boleh rasa. Dah la aku ni kurus memang mengigil tak pasal-pasal.

Lepas selesai ke tandas, adik dan mak cik aku pun terbangun sebab nak ke tandas juga.

Selepas semua selesai ke tandas, kami pun nak ambil mood untuk tidur semula sebab masih awal. Tetapi, secara tiba-tiba terasa angin sejuk datang entah dari mana padahal semua tingkap dan pintu dah tertutup.

Beberapa minit lepas tu, kami bertiga terdengar seperti orang sedang mengetuk paku di dinding. Memang terkejut la semua yang dengar masa tu, entah dari mana ketukan tu datang.

Pastu nenek aku boleh buat gurau dia cakap bagus jugak kalau ada orang yang nak teman nenek dalam rumah ni takde lah nenek bosan tinggal sorang-sorang…haha.

Walaupun pak su tinggal dengan nenek, tapi dia selalu kerja keluar pagi balik petang kadang-kadang sampai ke malam.

Jadi takpe lah kami pun dah cuba nak lupakan peristiwa tu dan mula berkemas untuk balik ke rumah mak cik aku. Pagi tu, lepas kemas, aku ke dapur sebab lapar.

Naik bulu roma diorang..haha. Sebab diorang pun dengar ada orang ketuk paku malam tu(Orang ke?) tapi tak sangka ketukan tu berlaku di dalam rumah.

Persoalannya, sapa yang mengetuk malam tu?.Macam mana ada paku berterabur kat atas lantai dapur DALAM RUMAH sedangkan aku dah cek malam tu memang takde sape pun orang dalam rumah yang mengetuk paku?.Adakah ini satu kebetulan?.Fikir-fikir kan lah..WAHAHAHAHAHAHAHAH..

-TAMAT-