Berhenti kerja lepastu suami kantoi tengok cerita tu, wichat ngorat prempuan lain. Aku tak tahan dan aku lakukan benda ini sampai dia jd cmtu.

Aku perempuan 26 tahun, ada 2 anak. Tahun ni dah masuk tahun ketiga aku dan suami mendirikan rumah tangga. Aku rasa terpanggil untuk luah kat sini bila baca banyak isu rumah tangga lately.

And mostly pasal suami yg culas bab tanggungjawab. Aku and husband bercinta setahun before kawen.

Husband aku kategori yang nampak baik and jaga agama jugak. Awal kawen aku seronok je. Kentut pun bau cupcake.

Husband aku ni anak orang senang la jugak and most of belanja rumah family dia, husband aku cakap mak dia yang tanggung. His father banyak spend untuk diri sendiri je.

Aku taknak husband aku end up jadi macamtu. So then bermulalah hidup kami yang tunggang langgang. Last gaji aku and husband before resign dah makin susut, bil api air kereta makin tertunggak.

Luckily rumah yg kami duduk rumah parents aku beli. So x bayar sewa pun parents aku ok je even aku rasa segan. Tak lama lepastu husband aku start kantoi tengok video tuttt, cubaan chatting ngorat perempuan perempuan tak cukup kain dekat wicet, insta n other soc med.

Aku daripada hormat terus hilang hormat dengan husband aku. Tiap kali kantoi vdeo p0rn and chatting aku akan ngamuk teruk and husband aku punya maaf dah tak boleh pakai.

Aku dah start sangsi dengan husband aku, selalu memberontak, marah, menangis, murung, rasa stuck dalam marriage yang serabut.

Aku and husband takde lah alim mana tapi bab solat kami jaga jugak. Selalu jugak solat sama sama, mengaji sama sama.

Tapi sebabkan husband aku tak keje, tak laksana tanggungjawab dengan betul, selalu kantoi p0rrn and chatting buat aku rasa tak tenang.

Aku and husband dua dua macam kena kejutan lepas kawen. Dia rasa terbeban, aku pulak rasa tertipu. Penah jugak few times aku mintak cerai tapi husband aku diam je.

Bagi aku, aku okay kalau hidup susah dengan suami, tapi aku sangat tak boleh terima kalau husband aku takde rasa tanggungjawab and menggatal dengan perempuan lain.

Sebab yang menghadap susah payah hidup dengan dia ni aku jugak. Aku and husband pernah sama sama berniaga tepi jalan, jual barang barang online tapi selalu separuh jalan je.

Penah jugak gaduh and husband aku cakap aku ni beban pada dia. Memang aku sentap and rasa macam taknak dah jadi bini dia but then husband aku mintak maaf.

2nd year kawen aku selamat lahirkan anak sulung kami. Hari last pantang husband aku resign keje lagi. Memang aku rasa serabut.

Makin busy dengan keje but kami still selalu gaduh. Alhamdulillah anak kami tak banyak ragam and as parents we both act normally. So one day aku cuba muhasabah diri.

Apa salah aku, kekurangan aku. Kenapa kami still selalu gaduh, rezeki still sempit.
And finally aku sedar yang aku pun kena banyak sabar, cakap yang baik baik, doa yang baik baik.

Sebab aku memang tak boleh kawal husband aku sepanjang masa. Alhamdulillah makin lama husband aku nampak makin matang and makin bagus bab tanggungjawab. Apa apa keperluan aku dan anak dia akan tunaikan dengan baik.

After almost two years baru aku and husband boleh terima satu sama lain. All these while kami macam selalu salahkan satu sama lain. Sebelum ni aku takut kalau hilang husband aku sebab aku memang sayang dia.

Give and take. Hari cuti husband aku tak berkira untuk tolong aku and bawak kami anak beranak jalan jalan. Hopefully akan datang pun yang baik baik saja inshaAllah.

Tolong doakan ye. Jadi lah isteri yang bijak disamping berusaha menjadi isteri yang baik untuk suami. Taat tu wajib dan perlu bila kena pada tempatnya. Happy wife happy life. Sekian terima kasih.