Niat hati nak perbaiki diri dan jadikan mereka sebagai contoh tapi tak jadi bila tengok keadaan mereka

Tanpa berbelok ke kiri kanan, aku akan terus menyatakan apa yang aku rasa perlu aku paparkan dalam masyarakat Islam setempat.

Sebelem tu, aku belajar di satu kolej Islam di Selangor.

Aku ni jenis biasa. Biasa sangat. Bukan lah solehah sangat. Aku muslimah yang terlampau biasa apatah lagi nak dibandingkan dengan mahasiswa kolej Islam tersebut yang sangat Islamik.

Namun, ada beberapa peristiwa yang buat aku tertanya-tanya kenapa mesti macam ni jadinya.

Ramai sangat mahasiswi kolej yang duduk dalam rumah sewa yang hanya ada 3 bilik tidur tu. Satu bilik tidur, penuh orang tidur di lantai beralaskan tilam. Baju-baju, tudung, tuala, sidai sana sini, dan yang tidur tu penuh satu bilik macam sardin.

Dan ini berlaku pada ketiga-tiga bilik tersebut. Aku tak tipu. Aku ingat lagi aku fikir, mana aku nak tidur? Mana aku nak letak barang? Macam mana aku nak jalan?

Sudahnya, aku tidur di ruang tamu. Tepi dinding. Tu pun, ruang tamu ada ramai juga kawan-kawannya. Yang aku pelik, sorang pun macam tak terganggu dengan keadaan kotor dan bersepah tu.

Dinding sebelah aku, berhabuk. Aku jujur, hidung aku kategori sensitif. Belum tahap resdung, tapi hampir. Aku tak boleh tidur sebab berhabuk dan kotor tepi-tepi dinding tu.

Tapi sebab kotornya blok tersebut buatkan aku hampir nak patah balik. Blok tersebut hampir kesemuanya dihuni oleh pekerja kolej atau asatizah yang bekerja sebagai pensyarah di kolej tersebut.

Mungkin ada asatizah atau pekerja yang bising jugak dengan keadaan blok. Tetapi kalau kolej abaikan, mereka boleh buat apa. Mungkin lah.Bila aku masuk ke dalam rumah senior, aku terkejut untuk entah kali keberapa aku tak ingat.

Di dapurnya, tak perlu aku sebutkan. Aku ingat ada semut menghurung sesuatu, mungkin gula yang tertumpah, dan semut-semut tu jalan ke arah salah satu bilik di rumah tu.

Bilik solatnya, lengkap dengan sejadah dan telekung. Tapi, lebih kurang rumah sewa yang aku pernah pergi seperti cerita di atas. Bersepah dan senior aku seperti tak terkesan dengan keadaan tu. Tak kelam kabut mengemas atau apa pun walaupun ada tetamu.

Aku terfikir,macam mana mereka boleh hidup dalam keadaan kotor begitu?Apa pun sebab mereka,aku rasa tak patut dijadikan alasan untuk menjaga kebersihan.

Tak kiea kebersihan sesiapa pun, kebersihan tu sangat penting. Bila ada lipas atau semut, tak guna panggil pest control kalau sudahnya kita tak jaga kebersihan tu sendiri. Kalau dah sakit, tak perlu salahkan tempat kerja atau sekolah kalau di rumah, kotornya aku cakap, ya ampun!!

– Wanita yang banyak kekurangan