Dia alim tp ramai buat xtahu pada dia. Satu hari dia dibawa ke hospital dan kami sgt kesal apa yg berlaku pada dia.

Saya cuma ingin berkongsi pengalaman saya ketika berada di universiti dulu. So, macam ni dalam kelas saya dulu ada sorang kawan perempuan ni, Siti(bukan nama sebenar).

Siti ni bagi saya sangatlah baik. Tapi lama-lama tak tau kenapa saya dan classmates semakin tak suka dengan perangai dia yang sangat mengada,

contohnya, dia suka sangat bergurau tak bertempat sampaikan hampir semua budak kelas saya pernah marah dekat dia disebabkan perangainya yang bagi saya sangat clingy.

Tapi yang bagusnya dia tak pernah tinggal solat, maksudnya bila time solat je dia selalu volunteer nak jadi imamah, and even kalau dia bukak laptop pun dia akan bukak nasyid2 dan video islamik.

Kami dah start sebak dah waktu ni. Dalam hati kitorang, hanya Allah yang tau betapa rasa bersalah tu penuh waktu tu… :'( Doktor masih tak dapat nak kesan apa penyakitnya…

Keesokan harinya, kami dapat mesej daripada mak Siti bahawa kemungkinan Siti untuk sembuh adalah tipis… Kami terkejut sangat kerana semua benda ni terjadi dengan tiba2 ja…

Kami mengambil keputusan untuk pergi melawatnya sekali lagi kerana dia masih tak sedarkan diri sejak dibawa ke hospital.. Rupa-rupanya dia terkena jangkitan kuman kat otak and sekarang telah merebak ke seluruh badan..

Memang sedih sangat waktu kitorang melawat dia.. Dengan penuh wayar berselirat dekat badannya, dan sekarang dia hanya bergantung pada mesin je….

Dan pada waktu tu memang cuaca mendung sangat… Dan memang ramai sangat sahabat-sahabat dan saudara-mara Siti yang menangisi pemergiannya… Betapa ramainya orang yang sayangkan dia…

Inilah sahabat saya yang bilamana kehadirannya kami abaikan dan sia-siakan tapi pemergiannya sangat-sangat kami tangisi dan rindui.. Saya rindu sangat dekat sahabat syurga saya ni…

Rindu dengan telatahnya… Dia banyak sangat tolong saya…. Rasa bersalah sangat dekat dia …. Pemergiannya sangat tak disangka…

So moral of the story, hargailah seseorang tu even perangai macam pelik sikit atau apa2, mungkin tu cara dia untuk dapatkan perhatian kita…

Jangan sampai kita menyesal di kemudian hari… Jadi berbuat baiklah sesama kita dan sebelum tidur kita maafkanlah semua kesalahan orang dan kita minta maaf dekat orang lain.

Tamat..

Sayangilah orang-orang disekeliling kita selagi mereka masih hidup kerana kita tak tahu kenapa Allah hadirkan mereka dalam hidup kita.

Semoga kisah ini menjadj pengajaran kepada kita semua. Kongsikan jika cerita ini memberi manfaat kepada anda. Terima kasih.