Benda Tu Ikut Duduk Dekat Bonet Kereta. Bila Kak Na Sampai Rumah Je. Tiba2 Kak Na Hentak2 Kepala. Bende Tu Degil.

Mungkin post aku yang ni agak panjang, tapi aku cuma ingin berkongsi pengalaman yang terjadi kepada anak aku sendiri, baby Syifa.

Semoga ianya dapat dijadikan iktibar untuk kita semua. Nak dijadikan cerita, semasa balik dari kuala Lumpur ke Kelantan hari itu, kami bertolak agak lewat.

Selepas waktu zohor baru gerak, jadi semasa sampai di Gua Musang dah nak senja.Dalam pukul 6 petang lebih kalau tak silap.

Sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Gua Musang, Syifa memang tak tidur langsung. Si Syifa ni suka berdiri dan tengok pemandangan sekeliling.

Masa tu tak adalah fikir apa-apa pun sebab tidak ada apa yang pelik berlaku.Sampai di hentian RnR, kami berhenti makan, mandikan Syifa dan tunggu untuk solat maghrib.

Dalam pukul 11.30 tengah malam, kami selamat sampai di rumah umi. Masa nak keluar dari kereta, Syifa pun dah tersedar.

Dia tak nangis pun tapi macam mamai-mamai je. Masuk dalam rumah pun ok je dia. Dah siap-siap bersihkan diri, nak tidur la kan sebab penat dah badan ni seharian dalam kereta.

Mata pun memang dah ngantuk sangat.Tapi bermula pukul 12.30 tengah malam, Syifa mula menangis. Bukan menangis biasa-biasa tapi nangis yang menjerit-jerit.

Umi cakap mungkin Syifa kembang perut. Dah sapu ubat dan urut-urut pun masih tak jalan. Semakin kuat suara dia, ayat Quran, doa, zikir, selawat, berzanji, marhaban semuanya tak berkesan.

Pastu kami panggil tok guru yang ajar mengaji depan umah datang, tapi keadaan masih sama jugak.

TokAyah tu cakap, mungkin terkena teguran je la kot.Memandangkan Syifa pun dah ceria, dapat la kami pergi kenduri kahwin kawan dengan tenang.

Balik dari kenduri tu dah petang jugak la. Dekat nak sampai ke kawasan rumah, Syifa dah mula meragam. Syifa macam tahu-tahu je dah nak sampai rumah.

Dah siap mandikan dan susukan dia, dia nangis balik. Tangisan yang sama macam malam yang sebelum tu.

Hari itu pula kebetulan ramai saudara-mara yang datang ke rumah. Jadi lepas yang ni dukung, yang tu pula dukung tapi semua dia tak nak.

Memang kalau kita dukung dia, dia akan tekapkan muka kat badan kita. Mungkin juga sebab Syifa takut sangat.Aku cakap kat umi cuba la telefon mak bidan (Kak Na), mungkin dia boleh tolong.

Nasib baik masa tu aku peluk Syifa dan tak bagi dia pegang Syifa. Aku tepis tangan dia sebab dia nak pegang Syifa. Dah rasa macam dalam filem seram sangat masa tu.

Cepat-cepat aku keluar dari bilik. Tangisan Syifa makin kuat sebab dia terkejut dengar aku menjerit. Aku pun masa tu rasa macam dah hilang separuh semangat aku.

Memang kecoh sangat kat rumah masa tu. Sampaikan jiran-jiran yang berdekatan semua datang tengok apa yang berlaku. Masa tu Kak Na masih kena rasuk.

Dia jadi nenek tua oi, suara dia, gaya dia sebiji macam orang tua la. Aku dah tak berani nak tatap mata dia, takut dari mata turun ke hati. Huhuhu.

Lepas dia sedar, dia cakap dia nak balik. Dia tak boleh tolong. Lagipun dia ada hal lain lepas tu. Syifa pula tak berhenti menangis lagi dari tadi.

Lepas dengar cerita aku je, dia beriya suruh panggil Kak Na tu balik. Katanya Tok Abah, kalau ada Kak Na senang sikit nak selesaikan masalah ini.

Umi telefon Kak Na balik, mula-mula dia agak berat hati nak datang tapi dia datang jugak dengan syarat dia suruh umi telefon suami dia suruh datang jugak ke rumah aku sebab masa tu Kak Na ada kat rumah orang lain.

Sementara menunggu Kak Na dan suami dia sampai, Syifa dah pun tertidur kepenatan.

Ketika Kak Na dan suami dia sampai ke rumah, masa tu aku dah masuk dalam bilik sebab temankan Syifa tidur. Yang tak boleh blahnya siap ajak Maryam sekali sebab takut.

Aku dan Maryam hanya dengar apa yang berlaku di ruang tamu dari dalam bilik je la. Kiranya Kak Na ni dia relakan badan dia untuk jadi perantara antara nenek tua dengan Tok Abah.

Rupa-rupanya inilah sebabnya!! Seterusnya Tok Abah bagi amaran pada nenek tua itu untuk tidak mengganggu Syifa lagi dan bla bla bla..(tak kuasa aku nak taip panjang-panjang).

Masa ni ada la kejadian Kak Na ni hentak kepala dia kat pintu bilik sebab nak masuk bilik nak ambik Syifa. Tapi jangan risau, masa ni mesti la aku dah kunci pintu duk senyap-senyap dalam bilik bersama dengan Syifa dan Maryam.

Alhamdulillah, akhir sekali dapat jugak buang benda tu dari badan Kak Na dengan cara paksa. Tapi kesian jugak la dengan Kak Na sebab badan dia jadi lesu lepas dia dah sedar.

Yang paling penting jangan la kita semua bergantung sepenuhnya pada garam, lada hitam, cukup rasa dan seumpanya kerana apapun, Allah jua yang Maha Berkuasa terhadap seluruh alam semesta.

Banyakkan berdoa dan yakin pada Allah S.W.T. Bila dah jadi macam ni, aku harap kita semua lebih berhati-hati. Siapa yang tak sayang anak kan? Semoga Allah melindungi kita semua dari segala anasir-anasir jahat