Aku Sewa Bilik. Tiba-Tiba Mlm Tu Blackout Dan Ada Lelaki Gegar Pintu Bilik Aku. Dia Cuba Pegang Bahu Aku Tapi Aku Elak.

Tujuan aku tulis ni just nak bagi peringatan kat penyewa2 especially perempuan. Selalu kita dengar penyewa buat hal kan..tapi kali ni owner yang buat hal..

Aku A, perempuan,umur 2+ dan masih bujang (bukan nak iklan jodoh haha) dapat arahan utk berpindah office starting jan 2018.

Sebelum ni office aku kt shah alam. So start dec 17 aku mula cari bilik sewa yg dekat dgn public transport memandangkan office aku dekat bandar KL.

Aku ada bad experience 2x stay umah sewa (tak perlu aku spesifickn kt sini) n kali ni aku betol2 cari bilik yg selesa, nonsharing, rumah x crowded.

Dalam tengah bulan dec aku jumpa 1 post psal bilik sewa. Aku tak ingat aku tengok kt fb, ibilik or mudah. Iklan dari ejen rumah. Bukan owner.

So aku hati2 takot dia ajak aku join bisnes dia sbb dia dh bagi hint. Settle jumpa owner, tengok rumah n ambil kunci. Dia pesan kat aku nak antar barang nnt gtau dia so dia bole dtg skali.

(Sekali lg pelik sbb time ws nk ambil kunci dia dh bebel2 ckp dia dh serah pd ejen tp kena jumpa aku utk tnjuk rumah, bg kunci). Aku just mention weekend (30 or 31/12) aku akan masok kn barang.

Kesalahan pertama aku kt sini (sah kena kecam jap g hahaha) terima pelawaan dia nak tumpangkan aku balik tp separuh jalan ja..aku tipu dia ckp akak aku dh tggu kt area tu.

Malam ni aku dh settle bayar deposit+ sewa bulan jan.

31/12 aku dgn 2 org lg kawan aku pindah barang ke KL. Aku tak gtau owner nk masok barang sbb aku dah rasa dia pelik n aku kena hati2..

Around pkul 9pm aku dpt ws dr owner wish happy new year n hope aku selesa kt rumah tu. Aku reply ws ni utk ckp tq, wish new yr kt dia jgak. Pkul 1130pm owner ni ws aku lg tnya ada mna n ajak aku hang out utk celebrate new year.

Aku x reply pn ws yg ni. Tapi ws ni lg buat aku pikir pelik psal owner ni. Aku cerita kt member2, n akak aku pasal ni. So masing2 suruh aku hati2.

Selasa malam aku balik rumah KL. Settle kemas2 brang skit aku pn ready la nk tido tp aku ni jenis susah nk tido kalau berubah tempat.

Plus KL bising gila wey malam2..huhuui..dah tu kipas bilik plak dok berbunyi krek3..geram je aku dgn kipas tu.

Tetiba kipas tu mati, plus fon aku stop charging. Aku dah pikir blackout ke umah ni. So aku bukak tingkap skit intai umah2 lain.

Owner ni x puas hati suruh aku buka pintu jgak. Aku bg option sruh dia tggu luar rumah nnt aku keluar. Dia x nak. Dh nak brgegar pintu aku rasa dia ketuk. Buat bising lg.

Aku tengok siap2 dalam bilik aku ada apa yg bole guna in case kalau owner tu buat hal. Gunting, pisaau, besi ganntung.baju. n kebetulan aku still dengar org2 kt blok tu x tido lg (kt bawah ada kedai minum).

Kt sebelah rumah aku ada tangga n aku still yakin ada org kt situ sbb dr awal aku dgr dia borak kt fon. So aku buka pintu bilik.

Terus owner tu masok bilik aku tp aku keluar ke pintu depan, buka smua pintu tp tak sempat nk buka kunci grill. Dia ajak discuss psal aku masuk rumah tak inform dia.

Aku cakap aku x nak discuss apa2 dalam rumah, dalam gelap mcm tu. Dia still ckp x payah buka pintu nanti org salam paham. Aku balas dlm gelap, pintu kunci ni lg org salam paham nanti.

Dia cakap dia ubah pikiran tak nak sewa kan by bilik. Nak sewa kan 1 unit rumah. So dia nk pulangkn semula duit aku n mintak aku pindah.

Sikit pn dia tak cerita kt ejen pasal dia masuk rumah malam tu. So aku conclude owner mmg sngaja nk masok rumah mlm tu sbb kalau betul dia salah paham (mcm yg dia asyik ckp mlm tu) mesti dia gtau ejen skali.

Alhamdulillah, mggu ni dah settle semua. Dapat balik duit, n kunci pn aku dh pulangkan. So girls out there, jaga diri k. Nk sewa rumah cari betol2.

Even kadang2 kta dah abis berhati2 dah tp org lain pulak yg masalah. Nak tido kunci pintu bilik, baca almulk, ayat kursi. Aku x cakap semua owner rumah mcm ni.

Tp ni experience aku dgn owner yg mcm ni. Assalam.

– Penyewa