Ajak Roommate basuh baju tgh malam, Aku duduk sambil tggu baju. Tiba2 ada org tepuk bahu aku pastu nampak baju belum basuh.

Assalamualaikum, thanks admin sudi publish cerita saya ni.

KISAH ini berlaku 12 tahun yang lalu. Bermula semester pertama aku belajar di salah sebuah Universiti ditengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur.

Hari pertama berjalan seperti biasa sesi Orientasi. Selepas seminggu berada di kem Orientasi, aku dan pelajar yang lain ditempatkan dibilik masing-masing.

Hostel perempuan ditempatkan dibangunan sebelah bangunan hostel lelaki.

Hostel yang aku duduki ini mempunyai 4 tingkat, bermakna aku ditempatkan tingkat dua bersama 5 orang rakan-rakan yang baru aku kenali semasa sesi orientasi.

Sebab kenapa kami selalu lalu arah situ, kerana laluan itu dekat untuk ke kelas sebenarnya, jadi mudah untuk kami ke kelas dan tidak perlu pusing dihadapan untuk melalui jalan berbukit keatas.

Pada mulanya aku dan pelajar lain fikir mungkin takut kami terjatuh atau tergelincir. Bila difikirkan kembali, tidak mungkinlah kami akan terjatuh.

Jika terjatuh sekali pun mungkin jatuh tergolek je! Itu membuat aku mula berfikir sebabnya, al maklumlah aku budak yang jiwanya suka berfikir selagi tidak menjumpai permasalahannya.

Hahah

Dua bulan aku belajar disitu, disinilah bermulanya gangguan sedikit demi sedikit kami alami sepanjang berada di hostel ini.

Aku ada roommate yang suka sangat membasuh baju tengah-tengah malam. Memang selalu aku lihat dia akan kumpul pakaian dia dan longgok dalam bakul baju yang tidak berbasuh.

Berbalik kisah rakan sebilik aku yang suka sangat membasuh ditengah malam. Aku boleh katakan jiwa dia ini sangat kental!

Pernah aku tanya rakan aku yang seorang ini, “Eh! Kau tak takut ke basuh tengah-tengah malam macam ni?”

“Tak! Aku dah biasa basuh waktu-waktu macam ni.” Sambil memasukan beberapa pakaian kotor ke dalam bakul.

Malam itu aku tidak keluar ikut rakan sebilik aku makan diluar kerana aku ingin menyiapkan assignment aku.

Jam menunjukan 11:30 malam barulah rakan-rakan sebilik aku balik. Undang-undang dalam hostel yang telah ditetapkan tidak melebihi jam 12 malam berada diluar.

Aku dan rakan sebilik aku naik bersama-sama ke tingkat 4, suasana malam itu dingin. Angin malam menyapa dipipi aku. Aku membetulkan kain tuala aku di atas kepala yang hampir terlurut ke bawah.

“Sejuknya malam ni kan?” aku mula memecah sunyi.

“Aah! Nak hujan kot?” kata rakan sebilik aku.

Sebaik sahaja aku melangkah ke ruangan dimana terletaknya mesin basuh berada tiba-tiba-tiba aku terasa seram sejuk mula menyinggah ditubuhku. ‘Ah!

Mungkin sejuk angin malam je ni!’ aku cuba menghilangkan kegusaran dihati. Mata aku melilau memandang sekeliling, dalam hati aku usah cakaplah! Berdebar -debar secara tiba-tiba.

Aku memerhati rakan aku memasukan pakaiannya ke dalam mesin basuh. Dia mencapai bakul pakaian aku lalu di masukan sekali dengan baju-bajunya didalam mesin basuh.

Dia sekadar mengangguk tanpa melihat aku, aku mengerut wajahku memandang dia disebelah aku. ‘Ah! Lantaklah, aku nak tidur sekejap.’

Untuk seketika aku sudah terbuai lena.Tiba-tiba aku terjaga seperti ada yang menepuk bahuku dengan kuat. Aku bangun membetulkan kedudukan aku diatas sofa, aku melihat sekeliling aku tidak ada sesiapa.

Aku menenyeh beberapa kali mata aku. Aku mengurut tengkok aku yang terasa sengal-sengal akibat tidur diatas sofa tadi. Baru aku teringat sesuatu.

Aku memaling melihat dihujung sana, ‘eh mana minah ni?’ mata aku melilau mencari kelibat roommate aku ini. Terus secara tiba-tiba bulu roma dilengan aku mula meremang.

Aku membebel berbakul-bakul kerana roommate aku tinggalkan aku seorang diri diatas.“Kau siap kejap lagi! Tinggalkan aku diatas sorang-sorang.” Sambil aku mengambil baju aku dalam bakul.

Sebaik sahaja aku pegang baju aku, aku rasa something. Aku cium baju aku, ‘aik? Bau macam baju tak basuh lagi ni? Bukan ke semalam dah basuh?’ aku mengerling melihat roommate aku masih tidur lagi.

Pagi ini aku tidak ada kelas, jadi aku lakukan kerja aku membasuh semula baju-baju aku ini akibat roommate aku tidak basuh sekali baju-baju aku ini!

Tengah aku rancak memberus baju aku terus hati aku bebisik, ‘Semalam bukan ke dia dah masukan sekali baju-baju aku dalam mesin basuh dengan baju-baju dia?

’ Ya! Aku masih tidak dapat berfikir habis, sebab aku sendiri nampak roommate aku masukan baju-baju aku sekali dengan baju dia dalam mesin basuh.

‘tak apa! Kejap lagi aku tanya dia.’ Aku meneruskan memberus baju aku.Jam menunjukan 8 pagi, barulah roommate aku bangun dari tidur.

” Eh? Aku okay! Lupakanlah apa aku tanya tadi.”

“Kau ni? Haish!” terus menuju ke arah almari bajunya.

‘Kalau dia bukan dengan aku semalam, tapi… siapa pulak dengan aku semalam basuh baju dengan aku? Dan… siapa pulak yang tampar bahu aku masa aku tengah tidur?’

Bulu roma diatas tengkok aku sudah mula meremang, seram sejuk badan aku terasa. Mata aku masih memandang roommate aku dan sesekali aku melihat baju-baju kotornya dalam bakul baju.

“Dengan siapa aku ikut semalam diatas?” mataku masih memandang bakul baju roommate aku.

-TAMAT