2-3 hari aku call Fariq tak dpt. Bila aku sampai rumah dia bau busuk sangat. Aku tak redho dia pergi tinggalkan aku.

Aku Aleya, baru berkahwin 6 bulan. Belum dikurniakan zuriat. Hari ini aku nak kongsi sedikit cerita tentang hidup aku yang suram dan jahil sampai lah aku jumpa dan kahwin dengan suami aku sekarang.

Maaf kalau agak panjang. Cerita bermula ketika aku kenal dengan Fariq. Ya itu ex ‘boyfriend’ aku dan harini, saat luahan ni dibaca oleh kalian dia telahpun meningal dunia dua tahun yang lalu.

Dia meningal bulan Jun tahun 2018..

Dengan Fariq hubungan kami terbina hampir 8 tahun lamanya. Fariq lelaki yang paling aku sayang seumur hidup aku selepas ayah aku.

Aku tak pernah bayangkan macam mana hidup aku tanpa Fariq dan akhirnya apa yang paling aku takut betul betul terjadi.

Fariq tinggalkan aku dalam keadaan aku langsung tak sedia. Aku terduduk menangis dunia aku gelap. Aku tak rasa kaki aku pijak bumi saat berita kematian Fariq sampai di telinga aku.

Fariq lelaki baik, puasa, solat jumaat tak pernah culas, nafkah keluarga dan ibu ayah dia tak pernah abaikan. Rezeki Fariq selalu melimpah. Dia ramai kawan, ramai yang sayang dan ramai yang selesa dengan dia.

Dan di usia dia awal 20an waktu tu Fariq dah ada kerja yang tetap dalam setahun lebih lepas membina kerjaya Fariq makin stabil dan waktu tu dah mampu beli rumah, kereta, boleh bawak aku travel sana sini.

Oh yaa Fariq tua 5 tahun dari aku. Jangan lah cakap Fariq kurang didikan agama. Fariq dibesarkan dari keluarga yang baik dan begitu mementingkan agama.

Tapi entahlah mungkin bila dengan aku Fariq selalu tersilap langkah. Dan aku selalu salahkan diri aku, kalau Fariq tak dengan aku mungkin hidup dia baik baik dan kematian dia pun tak terfitnah.

Fariq meningal sehari selepas aku bertolak ke Indonesia untuk bff holiday. Lepas hantar aku ke airport Fariq balik dan kami contact macam biasa.

Esok pagi nya aku mesej Fariq untuk wish morning dan tanya keadaan dia. Dia balas 2 atau 3 jam selepas tu dia bagi tahu dia baru bangun tidur.

Aku pelik, aku risau sebab Fariq sorang sahaja duduk di KL. Keluarga semua berada di selatan dan utara tanah air. Aku buntu tak tahu mana Fariq pergi aku jadi risau sangat.

Esoknya sesampai aku dekat malaysia aku terus mintak kawan aku hantar aku kerumah Fariq. Aku tak tahu aku kuat atau tak nak teruskan cerita ni.

Kereta motor semua tersusun elok macam tak bergerak langsung. Aku buka pintu terus terbau satu bau yang menusuk sangat.

Aku jerit pangil Fariq langsung tak jawab, aku minta kawan aku teman cari Fariq dalam rumah atas dan bawah (rumah dua tingkat).

Tiba tiba kawan aku Ijal menjerit pangil aku naik atas sambil dia tutup hidung, nampak takot dan gabra.

Fariq terbaring tepi almari baju dalam keadaan myat nya membengkak dan berbau. Aku dah tak hirau busuk atau takot atau geli.

Itu lah pertama kali aku nampak Fariq dalam keadaan macam tu tapi Fariq tetap sama dimata aku.

Lelaki yang aku kenal yang jaga serba serbi berkaitan diri dia, aku tetap nampak Fariq handsome dan wangi walaupun hati aku terluka dengar kata kata orang sekeliling yang ada kat tempat kejadian.

Busuk lah myat reput dan sebagainya dan yang buat aku sakit waktu tu bukan kerana kemtian Fariq.

Ye kemtian Fariq dah tentu merobek jiwa aku tapi aku tambah hancur bila orang hina dan umpat kemtian lelaki yang paling aku cinta.

Aku ada disisi Fariq sampai lah keluarga datang untuk tuntut myat dan aku ikot kebumikan myat di kampung orang tua nya semua nya sampai selesai…

Fast forward, sejak dari hari kemtian Fariq sampai hari ini tak pernah sehari pun aku hidup dalam keadaan tenang dan aman. Aku betul betul rasa nak jadi giila. Aku tak boleh move on.

Awal awal kejadian dua tahun lepas setiap hari aku mimpi buruk. Aku mimpi macam macam pasal Fariq. Aku teringat ingat myat Fariq.. terbau bau sentiasa. Tak selera makan dan aku hilang hampir 20kg.

Tahun lepas bulan 12, aku dikahwinkan dengan anak kepada dua pupu mak aku, Zamir. Perkahwinan diatur keluarga, aku menurut sebab tak mampu nak kata tidak.

Aku dah cukup pasrah dengan hidup aku. Aku letakkan takdir aku sepenuhnya pada Tuhan. Aku tak kan usaha, takkan cuba ubah atau apa pun.

Aku dah mengalah aku taknak tahu apa apa dan peduli tentang apa pun.

Kehancuran hati aku memang membawa pada hancurnya hidup aku. Mak aku dengan dua pupu mak aku sama sama bincang untuk pulihkan aku dan mintak Zamir bantu aku untuk bina balik diri aku. Tapi mana lah mungkin boleh. Yang aku nak Fariq bukan Zamir.

Mak aku tak tahu doa aku hari hari mintak Allah hadirkan aku seorang Fariq yang sama dengan Fariq aku.

Doa aku hari hari pun dah salah dan ibarat aku tak redha, tapi hakikat memang aku tak redha. Fariq aku tak ada gantinya.

Zamir, entahlah aku tak tahu nak describe. 6 bulan kahwin aku langsung tak ada hati nak kenal dia. Yang aku tahu dia jaga aku dengan baik.

Aku sedih sebab aku terpaksa layan kau teruk. Maafkan aku Zamir sebab dekat hati aku langsung tak ada cinta yang tersisa.

Harini aku nampak banyak hikmah dari ujian atas kemtian Fariq, aku jadi lebih dewasa, aku lebih mengabdikan diri pada Tuhan.

Solat 5 waktu susah untuk aku tinggal sebab solat je buat aku tenang. Aku menangis waktu solat, menangis waktu doa, mengadu dengan Allah tu dah jadi rutin harian selama dua tahun.

Bangun malam untuk solat malam, aku lebih banyak puasa sebab aku memang tak selera nak makan.

Kalau selera pun aku tetap makan sikit sebab semua benda buat aku ingat Fariq. Aku rasa dah cukup dua tahun aku bersedih dan s3ksa diri sendiri.

Korang doakan aku pulih, aku nak hidup cara baru, aku nak ada semangat baru. Aku nak bina hidup baru dengan Zamir. Insha’Allah kalau dia masih dan diizinkan Tuhan untuk aku. Aku nak cuba sayang kan Zamir.

Aku nak buat semua benda dengan Zamir dan dua tiga hari ni aku dah try terima Zamir. Aku baru buatkan dia sarapan pagi tadi.

Terima kasih sebab dah baca cerita aku. Doakan aku jadi wanita baik dan isteri solehah untuk suami aku.

Untuk Fariq moga tenang dan bahagia disisi Tuhan. Saya setiasa doakan awak, hari hari saya sedekahkan Alfatihah.

Dan tiga empat kali saya akan bacakan yasin dan tahlil untuk awak dalam semingu. Jaga diri ye Fariq. Till we meet again..