Lepas kahwin baru tahu “suamiku adalah suami kpd kakak iparku”. Bila suruh pindah suami taknak.

Assalamualaikum, Aku L bukan nama sebenar. Berusia awal 30an dan baru sahaja berumah tangga serta belum memiliki anak.

Apa yang akan aku ceritakan ini mungkin juga berlaku pada pasangan lain di luar sana. Untuk pengetahuan, aku bekerja di sektor swasta begitu juga dengan suami aku.

Setelah berkahwin aku diajak tinggal di rumah mertua. Dari awal aku agak tidak selesa bukan kerana rumah yang kecil (aku juga pernah tinggal diperumahan sebelum ni) tetapi akan kerana tinggal sebumbung dengan adik adik ipar lelaki.

Batasan aurat sangat perlu dijaga sebab mak mertua ku agak alim orangnya. Pernah aku di tegur hanya kerana memakai baju pendek ketika bermain badminton di luar rumah.

Tapi mak sangat baik dan sayangkan aku. Eh, bukan ini yang aku nak ceritakan sebenarnya.

Yang ingin aku ceritakan sebenarnya adalah melibatkan suamiku dan kakaknya iaitu kakak ipar ku. Suamiku kerjanya biasa biasa aja.

Malah setiap kali ingin keluar makan aku seakan tidak mahu menurut serta kerana kesiankan suamiku. Apakan daya kalau tak ikut dikatanya sombong tak mahu bercampur dengan keluarga. Aku sungguh tersepit.

Ni aku ceritakan pula pasal kakak iparku. Oh dia belum berkahwin ya. Dialah yang control suami aku dalam semua perkara oleh kerana suamiku tersangat rapat dengannya.

Segala perihal suami akan bercerita terlebih dahulu kepadanya termasuklah hal peribadi kami berdua kemudian barulah kepada aku.

Kekadang akulah orang last yang dapat tahu akan sesuatu perkara. Kesiankan aku ni. Suami aku dah macam suami kakak iparku.

Di turutnya bagai permaisuri. Yang paling aku nak marah ‘barang peribadi kakak’, keperluan, kadang kereta juga ada suami yang tolong bayarkan.

Ala senang cerita bodek sikit terus dapat, walhal kakaknya mempunyai pendapatan sendiri.

Tapi suamiku bangkang sekeras kerasnya dengan alasan nanti mak pindah bolehlah kita duduk bilik depan. (Mak akan berpindah balik ke kampung tetapi tahun bila belum tahu lagi).

Untuk pengetahuan semua aku dan suami duduk di bilik paling kecil dalam rumah sedangkan kakak iparku yang belum berkahwin duduk di bilik tengah yang dua kali besarnya berbanding bilik ku dengan segala kelengkapan bilik adalah titik peluh suami ku.

Begitulah kehidupan aku di rumah mertua, dengan kakak ipar lagak gaya seperti permaisuri dari hujung rambut sampai hujung kaki ditaja suamiku. Tu belum masuk bab adik beradik balik bercuti lagi.

Banyak sangat yang terbuku di hati. Moga aku terus kuat. Doakan ya.

Terima kasih kerana sudi membaca luahan aku.

Isteri yang tak macam isteri…