“Klu nak jadi isteri ke2, jumpa lah zulaikha”. Kata-kata yusuf tu buat aku semangat nk jumpa isteri dia.

Aku Ida. Pertengahan 30an. Aku jadi orang ketiga dalam rumahtangga Yusuf dan Zulaikha, Januari hingga Februari 2019. Masih tak boleh move on. Sampai sekarang. Allahu.

Memang cuma 2 bulan. Tapi aku dah suka Yusuf dari tahun 2012.

Pertama kali kami berjumpa dalam majlis sekolah peringkat daerah. Redup mata Yusuf tu memang buat aku teringat ingat. Sejenis mata layu macam mengantuk 24 jam.

Punyalah ramai umat manusia di majlis tu, tapi mata aku tertumpu pada Yusuf dan sungguh aku tak boleh lupakan wajah dia.

Tapi dengan status seorang perempuan bergelar guru, berpenampilan Islamik pula, aku rasa malu nak menegur. Takkan aku nak mulakan dulu? Takkan aku nak minta nombor telefon? Akhirnya semua berlalu hinggalah akhir tahun 2018.

2018 – Disember, permulaan segala penantian. Aku bertemu semula dengan Yusuf. Sama sama bertugas sebagai pengawas SPM.

Aku ‘stalk’ pula Instagram Zulaikha (isteri Yusuf) sebab dia set ‘public’. Bila aku scroll gambar gambar mereka, aku dapat rasakan yang mereka bahagia sangat sangat. Keluarga sederhana tapi sempurna.

Entah kenapa, aku berharap akulah wanita yang berada di sisi Yusuf sekarang. Aku nak bahagia sebegitu. Aku nak jadi isteri Yusuf. Aku nak jadi ibu untuk anak anak dia. ‘Desperate’nya aku.

Aku tak tahu apa yang merasuk aku. Tapi hati aku fikir, kenapa aku jumpa Yusuf semula selepas 6 tahun? Adakah ini jodoh yang tertangguh? Adakah kali ni aku kena buat sesuatu agar aku tak jadi bdoh seperti 6 tahun yang lalu?

Yusuf suami orang, tapi hati aku kata apa salahnya mencuba.

Jadi kawan pun jadilah. Bermulalah episod aku memberi ‘reaction’ di setiap Instagram ‘story’ Yusuf dengan harapan dia perasan kewujudan aku.

Mula mula Yusuf hanya ‘seen’ kan ‘reaction’ aku. Hinggalah 1 hari aku dapat mesej di WhatsApp dari Yusuf. Gembiranya aku! Bermula dengan urusan tuntutan pembayaran elaun pengawas SPM, meleret leret ke cerita peribadi.

Yusuf kata kalau aku ingin jadi isteri ke2, dia minta aku berjumpa sendiri dengan Zulaikha dan bagitahu hasrat aku.

Mampu ke aku? Melukakan hati wanita sebaik Zulaikha? Yang setia, sedangkan suaminya punya aku di belakangnya. Memalukan diri sendiri dengan menawarkan diri sebagai madu? Sedangkan keluarga mereka dah cukup bahagia dan sempurna tanpa aku.

Akal aku mengajak aku tinggalkan jalan ini, tapi hati aku tidak. Setiap kali Yusuf suarakan hasrat untuk tamatkan, aku akan pujuk dia.

Aku percaya, tak salah untuk mencuba. Sekurang kurangnya aku tahu aku dah cuba, tapi jodoh kami tiada. Sekurang kurangnya aku bertindak walaupun dah dikira sebagai terlewat.

Bermula awal bulan Februari 2019, Yusuf dah mula menjauhkan diri. Kalau biasanya dia akan cuba untuk ‘call’ aku setiap petang semasa dia keluar ‘jogging’, sekarang tak lagi.

Setelah sesi drama tarik tali ke sana ke sini, kami berbaik semula. Aku bagai dapat kembali semangat aku. Memulakan hari persekolahan selepas cuti sekolah dengan lebih bersemangat tanpa menyangka ada perkara besar akan berlaku.

14 Februari – kosong. Kosong hati dan fikiran bila Zulaikha menghubungi aku dan ajak kami bertemu 4 mata untuk berbincang.

Pada mulanya hanya kami berdua, tapi aku minta Yusuf ikut sekali untuk dengar sendiri penjelasan dari mulutnya.

Zulaikha tanya aku nak kahwin dengan Yusuf ke? Aku diam. Aku cakap, kalau ada jodoh. Zulaikha bersungguh tak nak bermadu. Jika aku nak Yusuf, Zulaikha minta Yusuf lepaskan dia.

Aku diam. Yusuf bersungguh tak nak. Yusuf kata, aku adalah perkara paling bdoh yang pernah jadi dalam hidup dia. Dia pilih Zulaikha, bukan aku.

BEDEBUK! Aku diam. Aku perkara paling bdoh? Terasa gugur maruah seorang aku. Wanita yang dipandang tinggi oleh masyarakat sebagai pendidik tapi rupanya perosak rumahtangga orang. Wanita yang dipandang mulia kerana berhijab labuh tapi rupanya berniat merampas suami orang.

 

Aku merintih setiap hari meminta jawapan dari Tuhan. Kenapa mesti aku bertemu orang yang salah? Kenapa mesti aku jatuh cinta pada orang yang salah? Kenapa bukan aku jodoh Yusuf? Kenapa? Kenapa?

Allahu. Sebahagian diri aku rasa malu dengan kelaku sendiri yang tak mencerminkan akhlak seorang pendidik.

Tapi sebahagian diri aku sangat rindukan momen aku dan Yusuf. Dia lelaki lengkap. Ada rupa. Baik. Hormat wanita. Pandai berbual apa jua topik. Pendengar yang bagus.

Suka bagi semangat. Tak ambil kesempatan. Semua Yusuf ada. Kecuali dia bukan bujang. Dia suami orang! Terkadang aku rasa puas, kerana sekurang kurangnya aku telah mencuba. Tapi nampaknya Tuhan tak izinkan.

Aku rasa Yusuf dan Zulaikha dah lupakan aku. Aku juga yang terkapai kapai menahan rindu. Dan aku tak boleh tipu diri sendiri yang rasa dalam hati ni pada Yusuf tak pernah berubah sejak 2012. Bdoh ke aku?

Aku masih berharap akulah wanita di sisi Yusuf bila aku ‘scroll’ Instagram Zulaikha. Giila ke aku? Aku mohon pendapat untuk aku mengatasi rasa ini dari semua pembaca. Terima kasih.