“Suami untuk di letgo”. Pandai main burung je. Umah kecik. duit tak ade pun maki isteri.

Ada tak sesiapa nak suami aku ni? Aku nak lelong murah murah jer.

Gaduh dengan suami hari ni. Puncanya agak remeh namun aku tak tahu kenapa kemarahan aku bagaikan naga yang siap sedia menghamburkan api dan membakar apa sahaja di depanku.

Alkisahnya begini. Pagi ini aku bagitahu suami, aku terasa nak makan roti canai di warung berhampiran rumah ibuku. Jarak rumah aku dan ibuku tak jauh. Hanya 7 minit perjalanan naik motor.

Disebabkan motor ada satu sahaja, dan itu sahajalah pengangkutan yang kami ada, aku mintak tolong suamiku hantar aku ke rumah mak.

Dan bagi motor kat dia sebab dia nak pergi mengajar burung pulak selepas tu. Jangan tanya aku bagaimana caranya ajar burung, aku tak tahu.

Hari ni ada buat makan makan kat rumah adik dia. Aku tak tau kenduri kesyukuran ke solat hajat ker rumah terbuka ka. Tak pergi. Tepon tak angkat.

Bertalu talu aku tepon. Sakitnya hati wei! Macam mana nak pergi umah adik dia tu kan. Dia datang dah pukul 6 lebih. Pulak tu dia puasa.

Balik bebel bebel aku tak masak untuk dia yang tak ada lauk nak buka puasa. Jadinya aku ni bibik dia untuk masakkan makanan untuk dia jelah?

Kami gaduh besar! Aku memang sakit hati jadi aku menjawab. Dia tak ada minta maaf langsung!

Aku dahla banyak kerja nak buat. Nak setelkan tanam pokok bunga. Nak cabut rumput. Nak setelkan basuh baju dan kemas rumah. Nak jemur baju.

Nak pergi rumah makcik bincang pasal nak buka kedai roti. Semua plan tak jadi sebab dia! Rumah aku tak ada air sebab kami pakai air perigi/ telaga yang tak cukup dalam.

Duit tu aku buat beli pokok bunga nak tanam konon nak buat meniaga kecil kecilan untuk tambah pendapatan. Dimaki hamunnya aku katanya boros pandai perabis duit laki saja!

Aku akui aku agak boros. Tapi setakat makan kfc 2 kali setahun, makan chicken rice shop sekali dalam masa 7 tahun, beli pizza dominos dan pizza hut masa promosi yang RM5 satu pan kecik makan sorang pun tak cukup tu, dikatanya aku membazir.

Sedangkan aku masa tu mengandung, teringinnyaaaaaaaaaaa Allah saja yang tahu.

Baju cuma beli time raya. Baju dia, seluar dia, kasut dia 2 3 ratus sehelai atau sepasang takpa. Baju anak anak habis dekat seribu takpa. Baju aku bawah RM100. Tu pun masih lagi aku yang boros.

Pakaian dalam pakai dah lunyai, pakai 5 6 tahun pun tak ganti. Lipstik harga RM10 sebatang 3 tahun tak habis pakai. Pencuci muka, fondesen segala memang tak sempat nak beli.

Nak keluar berjimba dengan kawan kawan jauh sekali. Kalau aku keluar ke bandar lebih sejam dihamunnya aku dah mengalahkan rimau seminggu tak makan.

Dulu dia agak jahil, kaki lepak kedai kopi, berembun sampai pukul 2, 3 pagi baru balik. Masuk hutan banat mana entah memikat burung. Memancing.

Sekarang dah agak alimmm. Berkawan dengan kaki masjid. Asyik astaghfirullah ajer kat mulut. Asyik balasan isteri derhaka ajer kat mulut.

Sudah jadi malaikat. Tapi nak beli pampers anak mintak duit dengan bini. Kalau bini tak bagi memang kena maki.

So sapa sapa nak laki aku ni kira timbang kilo boleh bisik bisik yer.

Reaksi warganet

Fadilah Johari –
Takut campak perigi buta pun menangis jin dalam perigi suh amik laki ko ni. Hala2.. Kalau mampu pergi jauh, tinggalkan. Cerrai.. Bina hidup sendiri. Usaha sendiri. Insyaallah mampu bahgia tanpa dia.

Kamal –
Gaya penulisan akak ni nampak sangat akak ni tertekan. Semoga kakak kakak aku dan kawan prempuan yang aku kenal di jauhkn dari lelaki macam tu. Dan semoga abang aku bukn jenis macam ni.

Semoga penulis ni sentiasa yakin ALLAH sentiasa ada.

Annisa Mahbubah –
Kalau suami suami yang takde fungsi ni boleh dilelong, trade in, rasa rasa ramai dah kena lelong. Tapi itu memang mustahil. Kita tak boleh ubah orang lain dik. Tapi kita boleh ubah diri kita. Makanya pikir pikirkan lah.

Nurul Ain –
Teringat ada seorang hamba Allah ni promote husband dia nak cari madu. Last last baru tahu husband dia mistreated dia. If you know you know your husband jenis camtu, patutnya you should not put him up for sale in the first place.

“Tak sempurna iman seseorang daripada kamu jika tidak sukakan kebaikan yang sama untuk saudara kamu.”

In this case, you nak share “keburukan yang sama dengan saudara kamu.”🤔

Norhidayah Yusof –
Marah betul, kesian dia. Kak Senah u can do it! Tarik nafas panjang panjang jom kita sama sama cari duit. Tak payah harapkan duit dia. Salah satu masalah besar dalam rumahtangga adalah kewangan.

Kalau tak diuji dengan suami, diuji dengan anak. Kalau tak diuji dengan anak, diuji dengan duit. Kalau bukan duit, mertua. Kalau bukan mertua, adik beradik. Kalau bukan adik beradik, bos dan kerja. Begitulah kak, dunia bukan tujuan, hanya persinggahan.

Izzatie Zatie –
Kata penat jadi suri rumah, rumah dekat dengan mak kan. Suruh mak jagakan anak (bayarlah upah). Kenapa tak pergi kerja. Udoh2 pun ada lah duit belanja sikit..

Main fb boleh karang ayat, ayat copywriting mesti boleh. Kenapa tak on9 bussiness dropship ke?

Ya sepatutnya suami bagi duit, tapi kalau kau tak gerak, kebulur sakit hati, tak guna jugak.

Nak lelong suami kau pun confirm tak laku. Haha. Hanya sekadar pendapat.

Sumber – Senah (Bukan nama sebenar) via IIUMC