Tiba waktu kakak balik rumah, Mestu mak masak macam2. Tapi masa aku, masak lauk ntah apa je.

Assalamualaikum dan hai semua. Aku Koko, bukan nama sebenar. Aku berumur 20-an. Aku dilahirkan dalam keluarga yang sangat t0ksik.

Ayah seorang nelayan dan ibu seorang suri rumah. Aku ada 5 orang adik beradik iaitu Abang long, kak ngah, kak lang, kak uda dan aku. Aku adalah anak bongsu dalam keluarga.

Kisah aku bermula sejak kecil lagi. Ketika aku kecil, kami hidup agak susah. Kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Semasa di sekolah rendah, kami pernah makan nasi dengan minyak ikan dan garam sahaja. Semasa ibu dan ayah tiada di rumah, kakakku tidak masak nasi untuk aku sekali padahal masa itu umurku baru 9 tahun.

Ibu ku pula sering mendahulukan kakak dalam segala hal. Sewaktu kakak bersekolah, boleh dikatakan setiap hari ibu menyediakan sarapan. Habis sahaja kakak bersekolah, ibu berhenti membuat sarapan untuk aku.

Aku cakap lah 30 sen. Lepas tu cikgu hulurkan RM5 kat aku suruh buat belanja makan. Masa di tingkatan 6 pula, aku tertinggal dompet di surau.

Bila aku nak ambil balik dompet tu, ada seorang pelajar junior tanya, “akak belanja RM3 ke setiap hari. Kalau saya tak cukup duit banyak tu”. Aku terdiam dan berlalu pergi.

Ibu ku sangat menyukai kakak. Aku hanya akan dapat makan sedap bila kakak balik sahaja. Bila kakak tiada di rumah. Ibu akan masak lauk macam orang pantang.

Bahkan tiada pon ayam. Lauk ayam hanya aku boleh makan semasa kakak aku balik dan waktu hari raya sahaja.

Ibu sangat pilih kasih, semasa aku pergi surau pada waktu malam masa tu ada ceramah. Ibu aku bersembang dengan kawan dia, kawan dia cakap, “baik si Koko ni”.

Ibu aku cakap, “dia tak baik, kakak dia lagi baik”. Lepas tu mula lah puji kakak tinggi tinggi.

Aku terasa dengan sikap ibu yang pilih kasih. Aku tak minta untuk dilahirkan pon, tapi aku dilayan seperti tidak wujud.

Sewaktu aku ingin bersembang dengannya, ibu hanya memaling wajahnya ke tempat lain dan tidak respond dengan soalan ku. Jika jawab pun lepas 10 minit baru aku mendapat respond.

Aku ibarat sebuah tunggul yang bernyawa. Oleh itu, aku banyak duduk di dalam bilik sekiranya berada di rumah.

Kawan kawanku selalu update stories di social media dan kebanyakkan daripada diorang balik cuti sem makan makanan mak. Tetapi, aku hanya makan makanan sendiri.

Setiap makanan yang aku masak jarang dijamah oleh ibu dan kalau ada pun ibu cuma makan secebis atau sesuap. Malahan ibu pernah berkata kepada ku,

“Aku tak hingin nak makan makanan yang ko masak”. Aku juga tidak pernah masak dengan ibu, kerana apabila aku ingin masak sekali dengannya, ibu terus ke ruang tamu menonton tv.

Apabila menelefon aku hanya 2 minit itupun hanya untuk bertanya khabar sahaja. Kawan ku pernah bercerita dia setiap hari menelefon ibunya untuk bercerita hari hari yang dia lalui.

Aku hanya mendengar dengar muka yang happy namun jauh di sudut hati, aku sangat cemburu.

Masalah yang aku perasan dalam keluarga aku adalah ibu lebih menyayangi kakak daripada aku. Segala galanya kakak. Jika kakak ada kesalahan ibu akan tutup sebelah mata.

Ibu juga akan mencari setiap kesalahan yang aku lakukan. Dia akan cerita kepada kakak semuanya dan ditambah tokok. Ibu dan kakak akan mengata aku tak kiralah semasa aku berada di ruang tamu atau berada di dalam bilik.

Kadangkala semasa di dalam kereta ibu akan mengata pasal aku kepada kakak. Jika di rumah boleh menangis dalam bilik tapi kalau kena mengata kat luar/umum takkan nak menangis depan orang kan.

Tapi, aku bersyukur sebab aku masih ada keluarga. Disebabkan aku dipulaukan, dihina, diumpat dan dikata depan depan membuatkan aku tidak tahan menanggung tekanan em0si.

Semua orang boleh cakap aku tak bersyukur, tapi korang tak berada di tempat aku. Hanya yang pernah melalui je yang akan faham.

Ada suatu masa yang membuatkan aku sampai berdoa semoga aku cepat meninggal supaya ibu happy bila aku sudah tiada nanti.

Astaghfirullah. Maaf, sebab aku sangat kecewa dan sedih hidup dalam persekitaran yang t0ksid ini.

Sebagai kesimpulan, aku berharap semua orang yang masih ada anak atau bakal mempunyai anak, terimalah dan hargailah anak anak korang seadanya.

Sekiranya tiada perkara baik yang mahu diucapkan baik simpan sebab setiap kata kata ibu bapa adalah doa buat anaknya. Jangan pernah pilih kasih, jangan pernah berdendam dengan sesiapa dan jangan biarkan anak korang ters3ksa em0si.

Jika ada kesalahan yang dilakukan oleh anak, ajarkan dengan cara baik dan seeloknya berbincang. Anak tidak minta untuk dilahirkan di dunia tapi minta disayangi secukupnya.

Aku doakan semoga korang dapat keluarga yang bahagia. Doakan aku dapat keluarga mentua dan pasangan yang menerima buruk baikku dan menyayangiku sehingga ke syurga. Aamiin.