Suami boleh berbangga bersama bini orang lain. Masa tu aku terlalu rindu, dicerai hanya dengan wasap

Benarlah kata pepatah yang sering kita dengar, demi nak membantu kekasih lama, sanggup runtuhkan rumahtangga sendiri.

Aku telah berumahtangga selama 12 tahun bersama H.

Sepanjang perkahwinan, aku rasakan aku tidak pernah diberikan kasih sayang sedangkan suamiku H sering berkata bahawa kasih sayangnya terlalu banyak.

Mungkin untuk diberikan kepada orang lain tapi terlalu kedekut untuk diberikan kepada aku isterinya.

Aku terima seadanya walaupun pernah terdetik rasa menyesal berkahwin dengannya. Masa tidak boleh diundur, kehidupan perlu diteruskan dengan sebaiknya.

Aku mengaku aku seorang yang garang dan agak kasar. Kami jarang sangat bergaduh namun jika terjadinya pergaduhan pasti agak besar.

Aku minta cerrai namun suamiku tidak mahu melepaskan aku dan akhirnya aku redha untuk terus bersamanya memandangkan Ros berjanji tidak akan menggangu lagi rumahtangga kami.

Kami meneruskan kehidupan seperti biasa namun hampir setahun kemudiannya aku dapati suamiku berhubungan kembali dengan Ros. Aku benar benar kecewa dan nekad ingin berpisah.

Di hadapan ibunya aku meminta cerrai tapi ternyata suamiku tetap tidak mahu mencerraikanku.

Malam itu, dia bersumpah di hadapan ibunya tidak akan ulangi perbuatan yang sama dan juga bersumpah di hadapan al-Quran.

Kehidupan rumahtangga kami kembali seperti biasa. Rasa hormatku pada suami makin berkurang. Terasa benci meruap-ruap di hati.

Namun aku cuba buang jauh jauh rasa negatif itu. Dia tetap tidak berubah..

Mungkin bebanan keluarga yang ditanggung aku seorang ditambah penat menguruskan semuanya sendiri, menyebabkan aku sering menolak keinginan untuk bersama. Maafkan aku wahai suamiku.

Dalam tempoh tidak bekerja, suamiku mendalami ilmu agama. Sejak itu jika terjadi pergaduhan dia hanya berdiam diri.

Asam garam berumahtangga pasti akan ada perselisihan. Sekali setahun pasti berlaku ketidakpuashatian aku terhadapnya. Tapi, pergaduhan kami tidak lama.

Setahun kebelakangan ini aku terasa sangat bahagia bila dia mula mencium pipiku setelah bersalam dengannya untuk keluar kerja. Dia juga mula mengajakku berjemaah subuh walaupun hanya pada hari jumaat.

Bayangkan, selama perkahwinan kami tidak pernah solat berjemaah. Aku benar benar sayangkan dia dan sering berdoa agar rumahtangga kami bahagia hingga ke syurga.

Aku rasakan dialah pasangan hidupku hingga ke tua, ke akhir hayat.

Sedangkan aku cukup cukup makan menanggung kehidupan rumahtangga kami.

Dalam diam Fid cemburu hubungan aku dan suamiku. Sedangkan sepatutnya aku yang cemburu kerana suamiku lebih kerap menghubungi Fid berbanding aku.

Lebih kerap menyatakan rasa rindu, rasa sayang padanya sedangkan pada aku? kata sayang pun susah nak didengar. Dan cemburu aku berasas, aku isterinya.

Sejak itu, suamiku terus keluar bekerja di negeri bersebelahan. Sebulan selepas pengetahuanku, suamiku semakin berubah. Terus menengking aku, menolak aku dan terus mengatakan rasa sayangnya padaku telah hilang. Aku sedih..

Pernah aku terjumpa gambarnya bersama. Aku bertanya tapi jangankan hendak jujur, semakin banyak penipuan padaku.

Seperti yang aku katakan tadi, sepanjang tidak bekerja dia telah mendalami ilmu agama. Aku hairan, semakin tinggi ilmu agamanya, kenapa pemikirannya seperti orang kurang beriman. Dia mula mengabaikan aku dan anak kami. Mula jarang balik ke rumah.

Dan aku baru tahu rupanya Fid jeles bila aku menelefon suamiku. Jeles walaupun suamiku balik sehari sedangkan dia tiap tiap minggu tinggal bersama suamiku.

Mengasut secara hasut supaya suamiku tidak pulang dan dia tidak mahu berkongsi kasih.

Paling menyedihkan tiba tiba suamiku tidak menjawab telefon atau mesejku selama sebulan, tidak mengirimkan langsung berita.

Aku terasa begitu down, hampir d3pr3ssion sehinggalah aku berikhtiar untuk memulihkan semangatku.

Suamiku sepertinya tidak lagi menganggap aku isterinya tapi menganggap hanya Fid isterinya. Mereka tidak merasa bersalah berziina walaupun Fid masih belum dicerraikan suaminya.

Aku minta agar berhenti dan bersabar sehingga boleh kahwin tapi nfsu mereka mengatasi segalanya.

Mereka tetap meneruskan perbuatan itu sehingga Fid dicerraikan. Seminggu selepas Fid dicerraikan, suamiku mencerraikan aku hanya melalui wasap.

Hanya kerana aku rindu ingin berjumpa dengannya kerana sudah lama dia tidak pulang.

Dia benar benar marah kerana dia telah plan untuk bersama Fid semasa cuti sedangkan aku berkeras ingin berjumpanya.

Kerana itu, aku dicerraikan. Aku benar-benar sedih. Lemah segala anggota, aku hampir pengsan menerima lafaz cerrai wasapnya.

Hingga kini, aku masih bersedih. Sudah 4 bulan aku dicerraikan. Susahnya hendak move on.

Aku masih cuba mengumpul kekuatan baru, berdoa pada Allah agar diberi kekuatan, dihilangkan kesedihan, dilapangkan hati, belajar redha seikhlasnya dan sentiasa bersangka baik pada ujian Allah.

Aku mohon pembaca tolong doakan aku agar cepat dapat lupakn bekas suamiku dan agar dapat memaafkan dia seikhlasnya.