Inilah hidup anak kpd mak bapak miskin. Parent lain keje kerjaan hebat2. Mak bapak aku sikit pn tak guna.

Aku dilahirkan bukanlah dalam keluarga senang dan bukanlah juga dalam keluarga yang susah sangat. Tetapi cukuplah aku katakan sekadar apa adanya. Alhamdulillah cukup untuk aku 2 beradik. Aruwah mak aku sekadar pembantu warung, dan aruwah ayah aku adalah seorang pemandu van sekolah.

Cerita nie bermula dalam tahun 90an. Masa nie seronok la sebab pergi sekolah ayah hantar dan ambil. Warung mak kerja pun dekat je. Jalan kaki je sampai.

Nak compare dengan adik beradik abah dan mak, kami lah yang paling susah. Van sekolah tue pun pakcik punya. Ada satu ketika van sekolah abah, tuan punya amik balik. Alasan dia van sekolah tue selalu rosak jadi nak jual. Abah pun pulangkan.

Lepas tue abah kerja kampung je. Orang mintak tolong dia buat apa kerja dia buat, dapat upah dia belikan kami coklat atau sotong kering. Masa tue 90an 2 makanan nie paling mahal dan mewah untuk kami.

Upah mak kerja dapat RM15 sehari, kumpul untuk seminggu dapat la belik lauk pauk basah seminggu sekali. Aku pegi sekolah naik bas tambang bayar 60 sen. Seawal 6.30 pagi dah menapak pergi perhentian bas tunggu apek yang bawa bas tue.

Anak orang susah takde siapa pandang okey. Takde sape sanjung. Pandai mana pun kau pandai pandailah. Lepas tue aku nekad, aku cakap kat mak abah, aku akan pastikan satu hari nanti mereka akan pandang tinggi pada aku dan aku akan buktikan anak orang susah pun boleh berjayalah! Apedehal!!!!

Jadi dengan redha dan tawakal aku belajar di sekolah lama. Dapat result SPM (sendiri pergi amik sebab aruwah mak keje) terus pergi dekat gerai mak. Happy gilerrrr beb walaupun 5A 5B je. Then aku masuk Matriculation Centre of IIUM kat Petaling Jaya.

Fuhhhh 1st step kena belajar berdikari. Masa nie dalam tahun 2004, aku sekeluarga diuji lagi, bila rumah kami terbakar. Masa tue aku cuti short sem, Mak aku pergi kerja, abah pulak pergi amik upah bersihkan kawasan perkuburan. Aku dan adik dalam rumah.

Nasib ada jiran baik ketuk dinding rumah kami, buat bising supaya aku dan adik sedar. Awal pagi lagi dalam jam 9 pagi camtu. Time cuti sem la nak qada tido kan. Macamlah korang tak pernah kan. Heheeeeee.

Aku sedar, bangun terus tarik adik aku keluar rumah, Rumah hangus terbakar takde apa yang tinggal. Malah handphone aku yang beli dengan duit 1st PTPTN, Nokia 3610 harga masa tue RM650 pun hangus terbakar jugak.

Masa belajar aku sepenuhnya bergantung pada PTPTN. Dapat PTPTN separuh untuk diri sendiri separuh lagi aku bagi mak untuk belanja adik dan tampung belanja dapur. Ada lebih aku simpan, dapat la beli tv leper tue kat rumah. Jenama cap ayam jela.

4 tahun berjuang di U aku dapat ijazah. Tapi masa tue hanya ada mak dan adik aku je. Sebab abah da meninggal masa aku tahun kedua di U. Aku tau dia bangga dengan anak dia nie.

Pesan aku, jangan biarkan kesusahan kita menghalang kita dari mencapai cita cita. Jalan terus jangan pandang belakang!!

Aku tak pandai menulis, tapi aku harap para pembaca dapatlah sesuatu dari pengalaman hidup aku.