Masa tu baru umur 9 bulan, mak Adam terkantoi ada laki lain. Sejak berpisah Along sungguh2 minta hak jaga Adam.

Assalamualaikum dan selamat hari raya aidilfitri untuk para pembaca. Terima kasih pada admin kalau siarkan confession aku.

Nama aku Faz, seorang perempuan berumur awal 20-an dan belum berkahwin. Aku menulis di sini hanya sekadar untuk berkongsi cerita dan bukan untuk membuka aib sesiapa.

Aku nak cerita pasal anak saudara aku yang menjadi ‘mngsa perceraian’ mak ayah dia. Sebelum aku cerita lebih lanjut, aku perkenalkan serba sedikit mengenai latarbelakang anak saudara aku.

Aku namakan anak saudara aku sebagai Adam. Ayah Adam ialah abang sulung aku (Along) dan mak Adam iaitu bekas kakak ipar aku (Fasha).

Adam mempunyai mak tiri (Shila) dan Adam juga mempunyai ayah tiri (Rizal). Maaflah kalau readers agak keliru dengan penjelasan aku. Hehe. Alright aku mulakan cerita.

Tanpa berfikir panjang, Fasha bersetuju. So berpisahlah Along dan Fasha. Manakala hak penjagaan Adam dapat pada Along.

Lepas je cerrai, Fasha terus tinggalkan Adam macam tu je dekat kitorang. Dua tahun lepas Along dan Fasha berpisah, Along amik keputusan untuk bernikah dengan seorang perempuan (Shila).

Pada tahun yang sama juga Fasha kahwin dengan Rizal. Maka dapatlah Adam mak dan ayah baru. Shila ni pula actually bekas kekasih Along masa zaman sekolah dulu.

Kitaorang adik beradik dan mak ayah pun kenal dengan Shila. Apa yang buat kitaorang teruja nak jadikan Shila ni kakak ipar adalah cara dia layan Adam. Memang nampaklah ciri ciri keibuan pada diri dia.

Masa Along kahwin dengan Shila, diorang sama sama kerja di ibu kota. So Adam tinggal dengan kitorang kat kampung. Sebulan sekali diorang akan balik kampung untuk melawat Adam. Memang nampak sangat keluarga bahagia.

Sekiranya Adam cuba cuba nak ajak berborak masa dia tengah layan game, Adam akan dimarah. Bayangkan masa tu Adam baru berumur 4 tahun dah kena tengking tengking. Bila Adam kurang mendapat perhatian Along, dia menjadi agak buas.

Bila kitaorang sebagai makcik makcik dia tegur, Along akan pukul Adam. Semakin lama kitaorang semakin faham yang Along tak suka anak dia ditegur.

Apa yang buat kitaorang geram, Along tak suka anak dia ditegur orang lain tapi dia sendiri tak didik anak dia.

So bila Along di rumah, kitaorang memang takkan tegur Adam kalau dia buat perangai. Bukan sebab takut kat Along tapi sebab tak nak Adam jadi mngsa lepas geram.

Shila pula, jika dulu sebelum kahwin dengan Along dia sangat rapat dengan Adam tapi tidak lagi sekarang. Tambahan pula sekarang Shila dah ada anak sendiri (Faiz). Dia pun sama je seperti Along.. mengabaikan Adam.

Adam tak duduk sepenuhnya bersama diaorang dengan alasan tak ada siapa nak hantar Adam ke sekolah. Tambahan pula anak angah yang duduk dengan kitaorang satu sekolah dengan Adam.

So bolehlah aku atau tok abah hantar dan ambik diorang di sekolah..Kalau masa cuti panjang pula, selalunya Adam hanya akan bermalam di rumah sewa Along 1 malam.

Lepastu Along akan hantar Adam balik tempat kitaorang. Selang 2 3 hari macam tu baru Along akan ambik Adam lagi. Aku musykil, kenapa setiap kali Adam bermalam kat sana, hanya 1 malam? Lepastu hantar balik sini.

Selang beberapa hari baru ambik. Isteri Along tak sanggup ke nak jaga Adam? Entahlah. Perangai Adam sekarang, memang agak buas.

Degil dan melawan kata orang tua. Kitaorang sebagai makcik makcik dia pula dah buntu. Bermacam cara kita buat nak didik Adam.

Aku rasa sampai di sini sahaja dahulu. Jika confession aku ini disiarkan dan mendapat respon para pembaca, aku akan sambung.

So apa yang aku dapat simpulkan, mungkin Along nak hak penjagaan Adam hanyalah kerana eg0 dia. Yelah, untuk apa dia beria nakkan hak penjagaan Adam tapi sikit pun dia tak peduli pasal Adam.

Aku ingat lagi kali pertama Fasha datang melawat Adam selepas 6 tahun diorang berpisah, Along beritahu ayah yang dia tak suka Fasha datang melawat Adam.

Jujur aku katakan Along memang sangat eg0. Aku malas nak cerita panjang pasal Along. Next time je lah aku cerita pasal keeg0an Along ni. Haha. Sekian, assalamualaikum.