Usia 13 tahun Along azankan zuriat Ibu. “Takpe lah ibu, klu ayah tak ada Along ada temankan Ibu lahirkan adik”

November 2018

Asskm dan salam sejahtera semua. Baru2 ni kawan aku ada shared di ‘whatsapp group’ sajak bertajuk Kasihannya Perempuan Ituuu

Itu lah aku, sering disalahkan dalam setiap pekara. Mungkin disebabkan mas kahwin dan hantaran aku hanya senaskah Al-Quran dan sepasang telekung aku disia siakan.

Dewasa aku di sebuah pusat jagaan anak anak yatim. Ibu meninggal setelah melahirkan aku dan ayah pula meninggal kerana brah paru paru ketika aku berusia 7 tahun.

Sebelum arwah ayah ‘pergi’, ayah telah menghantar aku ke rumah anak yatim kerana padanya selepas dia ‘pergi’ tiada siapa yang akan menjagaku memandangkan ayah seorang mualaf berbangsa Cina.

Dari situ aku belajar untuk bedikari. Aku berjaya mendapat keputusan yang baik dalam SPM. Cita cita aku menjadi seorang pendidik dan untuk meraihnya aku perlu keluar dari situ.

Aku perlu bekerja untuk menampung kos belajar di IPT. Pada usia aku 18 tahun, aku mulakan dengan bekerja sebagai pembantu tukang masak disebuah restoran Cina muslim.

Aku juga disalahkan, aku dimarahi oleh suamiku kerana tidak menjaga ayahnya dengan baik sedangkan pada waktu itu adik iparku (lelaki) turut ada di dalam rumah itu.

Semenjak daripada itu, aku sering di salahkan. Apa jua yang berlaku, semua kesalahan diletakkan kebahu aku termasuk kadang kala keperluan dapur tidak mengcukupi.

Dia akan bertanyakan kemana perginya duit belanja RM 200 yang dia bagi tiap tiap bulan padaku. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk kembali bekerja, mungkin suami aku tidak mampu lagi menanggung nafkah keluarga sendirian memandangkan ibu, ayah dan tiga orang lagi adiknya tinggal bersama dan kos belanja semakin tinggi.

Hidupnya tertekan dan aku jadi tempat dia lepaskan amarah. Dia izinkan dengan syarat jangan minta dia berpindah, menyewa rumah lain.

Aku setuju dengan syaratnya memandangkan ibu, ayah dan adik adiknya menerima dan melayan aku dengan sangat baik.

Aku dapat kerja dengan mengajar di sebuah sekolah swasta. Separuh dari gajiku, aku habiskan dengan membantu membeli barang barang dapur dan keperluan harian.

Walaupun aku hanya menantu, mereka melayan aku baik ibarat ahli keluarga sendiri itulah impian aku, untuk hidup bekeluarga walaupun hanya menumpang kasih.

Suatu hari ibu ada bertanya pada aku dan dia, bila lagi kami nak ada zuriat. Suamiku tiba tiba menjadi baran dan menjawab dia tak nak ada anak lagi kerana ekonomi rumah tangga kami belum stabil.

Aku sedih kerana dalam rahim ku pada waktu itu sememangnya sudah wujud satu nyawa yang di panggil zuriat. Cuma aku tunggu masa yang sesuai untuk bagitahunya.

Aku hairan dengan jawapannya, jika dicampur gajiku bersama gajinya, ditolak hutang rumah, kereta, motor dan belanja keluarga memang berlebihan.

Tuhan lebih mengetahui dan Dia tunjuk segalanya padaku. Suatu malam, sedang aku kemas kemas baju uniform kerjanya untuk dicuci.

Aku terjumpa beberapa keping kertas. Aku yakin kertas itu datang daripada pusat pusat judi dan rumah rumah urut. Aku menasihatinya dengan lembut supaya tidak berlakunya perkelahian.

Tapi bila aku baca sajak tu, hari2 aku baca, aku jadi kuat. Aku tahu bukan aku sahaja yang tersiksa. Ramai lagi diluar sana yang senasib. Aku tak tahu kalian ada baca tak sajak tu.

Aku nk shared kat sini aku takut yang aku shared tu dah diubah sebab aku tengok ramai yang dah shared dan ada yang dah ubah perenggan dia.

Doakan aku kuat. Anak aku yang pertama baru habis UPSR.. Dan yang bakal lahir nanti. Kali ini pun aku jugak d salahkan sebab mengadung lagi.

Dia kata dia tak mampu nak bagi makan dan belanja, barang barang dah mahal. Tapi bagi aku ni rezki. Aku bekerja, gaji aku tinggi dan aku akan tggung semuanya sebab memang dari dulu aku tanggung semuanya…

Dia??…Hanya tahu makan dan tidur. Gajinya habis ke rumah2 urut dan judi. Mujur lah mertua aku sayangkan aku, menjaga aku dalam pantang masa lahirkan anak pertamaku dulu ibarat anak kandungnya sendiri.

09 April 2019 (Update)

Masa beredar dengan pantas sekali. Walaupun hari hari yang aku lalui amat sulit dan perit, namun demi anak anak, aku kena kuat. Kini aku sedang berada di ‘labour room’ untuk melahirkan puteri hati yang aku tunggu selama 9 bulan.

Doakan semua baik2 kerana diluar sana tiada waris yang tunggu jika berlaku apa apa pada aku atau baby. Bukaan still 5cm. Kenapa tiada waris yang tunggu…? Biarlah ianya menjadi rahsia Allah Swt.

Alhamdulillah aku telah selamat melahirkan puteri hati. Aku sangka tiada waris yang tunggu memandangkan aku dari tempat kerja terus ke hospital. Rupanya ada anak sulong yang setia menanti.

Dia juga yang telah azankan adik perempuannya dengan merdu sekali. Tolong pakaikan aku stokin dan hantar keperluanku . Bila aku bertanyakan papanya. Dia hanya jawab.

“Biar la bu. Along ada. Along temankan ibu dan jaga adik”

Jam 7pm tadi dia balik uruskan uri adiknya. Baru 13 tahun, dia dah pikul tanggungjawab yang sepatutnya seorang ayah yang lakukan. Semoga syurga buat kamu anak.

10 April 2019

Cuma aku bagitahu along, aku tak boleh naik motor dengan dia. Minta dia tolong carikan teksi, kemudian balik dengan aku naik teksi.

Motor tu nanti minta papa ambilkan. Doakan aku sihat ye kwn2 supaya aku boleh uruskan along dan Umairah. Kesian along..

11 April 2019

.

Aku juga akan menolak setiap keinginanya untuk ‘bersama’. Disebabkan itu, dia abaikan aku. Aku doakan dia akan diberi pertunjuk dan hidayah untuk pulang ke pangkal jalan.

Aku tanya along, siapa yang cuci uri. Along jawab, along yang cuci sambil uwan ajarkan. Saya tanya lagi, along tak takut dan geli ke tengok uri. Along jawab.

“Geli tu memang lah. Drahkan najis. Tapi kalau along tak buat, siapa nak buatkan, takkan nak biar camtu jer. Uwan sama atok tak sihat. Itukan drah daging along. Redhaa jer la kan bu. ”

Sambil senyum tayang gigi kapak dua batang dia yang besar tu. Lucu sungguh anakku itu.

Terima kasih kerana sudi mbaca luahan hatiku. Cukuplah sampai disini dahulu. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Doakan kebahagiaan aku dan anak2 maka seluruh alam akan berdoakan kepada kalian kembali.

Kisah asal : Nur Sumaiyah Abdullah
Kredit : Tangisan Hati Seorang Wanita