“Nampak kau kusut je. Mari dgn aku 1 round RM50. Klu ringan2 RM20.” Kena tegur dgn gadis jalanan

Bagai dihempas dengan batu yang besar, sakit dan tenggelamnya aku di dada bumi, lemas dan tidak mampu bernafas bila isteri aku mengaku bahawa dia telah mencurangi aku.

Aku cuba untuk menjadi sewaras warasnya manusia supaya dapat mengawal api kemarahan yang semakin membuak buak. Jika ku turutkan nafsu amarah dan sifat baranku ingin aku pijak pijak dia yakni isteriku disitu juga.

Aku memaksa dia untuk memberi padaku segala detail lelaki itu supaya senang aku bersemuka dengan lelaki itu, namun isteriku tetap membisu.

Aku merenung wajah polos isteriku, dia cantik dan manis orangnya walaupun tanpa secalit make up maka tidak mustahil jika ada lelaki lain yang cuba memikatnya.

Aku mencari dimana silapku sehingga dia sanggup curang padaku. Adakah sebab aku tidak berharta dan hanya bekerja biasa biasa sahaja maka dia memilih untuk menduakan aku.

Mungkin kerana lelaki itu halus budi bahasa dan raut wajahnya menandakan dia seorang yang ikhlas.

Dari asalnya mereka hanya berkawan biasa. Berurusan hanya atas dasar kerja. Kadang kala kalau ada masa terluang dia akan membelikan isteri aku sarapan pagi.

Memandangkan kadang kadang dia melihat isteri aku menelan pil tahan sakit di sebabkan gastrik kerana tidak sempat minum pagi, jadi sebagai seorang kawan dia patut menghulurkan bantuan dengan membelikan sarapan pagi pada tiap tiap hari.

Kadang kala aku tidak sempat menjemput isteriku untuk makan tengahari jika aku di tugaskan kerja luar, maka dia dengan rela hati membelikan isteriku makanan tengah hari memandangkan isteriku menolak jika dia mengajak untuk sama sama keluar makan.

Maka dari asalnya kasihan maka hadirlah sayang. Namun bagi aku itu adalah satu alasan bodoh mereka untuk menutup kesalahan mereka.

Sepanjang dua minggu ini aku menjadi hilang arah. Semua masjid dan surau aku masuk untuk mencari ketenangan. Aku tidak mahu kehilangan dia namun aku tidak mampu untuk memaafkan dia.

Melihat gambar gambar kenangan kami dan anak anak cukup membuat aku berhujankan air mata. Tujuh tahun usia perkahwinan bukanlah satu jangkamasa yang pendek. Pelbagai ujian dan rintangan kami lalui bersama.

Suka duka di kongsi berdua. Kenapa dia sanggup menduakan aku. Ya Allah… Berat ujianmu kali ini tuhan. Keluarga aku mendesak supaya aku tinggalkan isteriku.

Namun aku minta diberikan masa, bukan senang untuk membuat keputusan.

Seorang demi seorang yang bijak pandai aku temui. Namun masih aku tidak temui jalan penyelesaian. Pelbagai hadis dan tauladan mereka bacakan padaku.

Aku masih buntu sehinggalah satu malam tu aku merayau rayau di tengah kota, aku disapa oleh seorang wanita yang sebaya dengan kakak aku.

“Isteri aku curang dengan aku…”

Aku mulakan cerita. Dia merenung aku.

“Sebelum kau cerita tentang isteri kau. Aku nak tanya kau. Kau sayang lagi tak isteri kau.”

Dia mencelah.

“Sebab aku sayang dia lah aku jadi macam orang bangang ni. Kehulu kehilir takda tujuan. Aku sayang sangat dia sampai aku tak dapat buat keputusan.

Nak aku terima dia aku marah sangat pada dia, nak aku lepas kan dia mampukah aku hidup tanpa dia…”

Mata aku mula hangat.

“Kau cakap kau masih sayang isteri kau, jadi bila dah sayang kau kena terima buruk dan baik dia. Kenapa dia curang dengan kau. Kau tak cukup bagi ke..?”

Dia ketawa besar. Mungkin dia geli hati dengan percakapan dia sendiri. Aku senyum sinis.

“Kalau tak cukup anak dah 3 kak oiii.”

Aku mula menyeloroh.

“Kadang kadang salah kecil pun aku pukul bantai dia kak. Tetapi selepas itu aku pujuk balik. Ajak makan makan. Shopping beli apa dia mahu. Memang aku tidak pernah membelikan dia sarapan pagi, tetapi aku bagi dia belanja yang cukup kak.”

Aku mula berterus terang, walaupun pahit.

“Haaaa… Disitu salahnya kau. Kau fikir perempuan ni apa, suka suka kau marah, suka suka kau maki hamun lepas tu kau ajak berdamai dengan wang ringgit.

Ada kau minta maaf dengan dia? Sebenarnya aku tahu bini kau tu takda apa pun dengan jantan tu.”

“Sekadar jadikan tempat berteduh jer bila mana rumah tangga kau di landa ribut taufan. Kalau kau tak percaya, cuba kau cerrai kan isteri kau! Kerat jari aku la kalau dia pergi ke jantan tu, kau salah dia maafkan, dia salah takkan kau tam boleh terima…!”

“Sekali hati tercalar ni dik. Sejuta ringgit pun tak mampu menutupinya. Kesan dia amat dalam. Maki hamun tu ibarat vi rus yang membiak dalam hati dia dik.

1 kali kau buat seribu tahun dia akan ingat. Dia cuma nak perhatian kau jer. Dia nak kau hargai dia jer.”

“Dia jugak bersalah kerana curang terhadap kau. Aku tidak kata tindakkan dia mencari lelaki lain untuk meluahkan perasaan sedihnya itu betul. Ramai lagi wanita di keliling dia yang sudi mendengar”.

“Jantan ni pantang tengok rumah tangga orang bergoyang, mula lah nak kacau daun. Kononnya akulah hero. Nasib baik la dia dengan bini kau belum terlanjur.

Mungkin bini kau tu selesa becerita pada orang luar yang bukan keluarga dia atau kau. Mungkin dia masih nak jaga air muka kau.”

Sambung Kak Mira lagi sambil menghidupkan sebatang r0kok. Aku menyambut sebatang r0kok yang dihulurkan. Perbualan aku dengan Kak Mira semakin menarik.

“Macam kau dengan aku sekarang ni laa. Aku yakin kalau dengan orang yang kau kenal. Nak ke kau mengaku salah kau. Memang tidak la kan. Ibarat membuka pekung didada. Kalau tiap tiap malam jumpa, tidak mustahil kau boleh jatuh cinta dengan aku”.

Tersedak asap rokok aku mendengar kata kata Kak Mira. Dia sambung ketawanya kali ini lebih kuat daripada yang tadi.

Menemani aku di saat aku sedih. Sepatutnya aku pimpin dia ke jalan Allah. Bukan biarkan sama sama hanyut mengejar dunia.

“Malam ni aku cutiiiii… Aku lepak dengan adik ni…”

Tiba tiba dia menjerit bila ada kereta berhenti di tepi jalan. Kemudian terus berlalu. Aku lepak dengan Kak Mira sehingga subuh. Macam macam cerita keluar daripada dia bujang hinggalah ke lorong gelap ini.

Aku ajak dia minum di mamak. Haru kalau kalau ada kenalan yang nampak aku lepak di tepi lorong itu.

“Lepas kau solat, kau pergi ambil dia dengan anak anak. Mulakan hidup baru. Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Sebelum terlewat. Macam aku ni nasi dah jadi bubur. Dah tak boleh buat apa lagi dah”

“Terima kasih kak atas nasihat akak dan saya akan cuba bina hidup baru bersama isteri dan anak anak saya kak..”

Aku menyalami Kak Mira dan menyelitkan note 100 untuk dia dan anak anak dia belanja. Maklumlah malam tu dia kan cuti jadi tak adalah gaji masuk. Aku ikhlas.