“Hoi, pergi sana, sibuk je kacau papa wat kerja”. Lepas tu ak tertidur. Ada yang berbisik dan tuhan tunjukkan sesuatu lepas aku tiada.

Aku terlanggar dengan seseorang yang tidak aku kenal. “Oh, maafkan saya,” reaksi spontan aku. Dia juga berkata, “maafkan saya juga.” Orang itu dan aku bertegur sangat sopan. Kami pun berpisah dan mengucapkan salam.

Namun cerita jadi lain apabila sampai di rumah. Pada hari itu juga, ketika aku sedang menelefon salah seorang staff, aku gunakan dengan bahasa sangat lembut dan santun untuk meraih atau melobi simpati rakan aku itu.

Tiba tiba anak lelaki aku berdiri diam diam di belakang aku. Ketika aku hendak berpusing, Hampir saja membuat aku jatuh.

“Woii. Pergi!!! Main sana, ganggu je!!!” teriak aku dengan marah. Dia pun pergi dengan hati yang hancur dan merajuk.

Malam tu aku dengar anak aku tidak henti henti nangis selepas diherdik aku. Tetapi aku biarkan saja. Biar dia tahu jangan main main dengan aku bila kawan atau staff call aku sebab setiap urusan aku sangat penting. Kawan dan staf di pejabat adalah yang penting pada saat ni. Anak dan isteri aku tinggalkan di belakang.

Bos yang aku sayang, hanya datang sebentar melihat jnazahku dalam beberapa minit lalu pulang. Dan kawan kawan rapatku, tidak ada satupun dari mereka yang aku lihat.

Lepas tu, aku lihat anak anakku menangis di pangkuan isteriku, yang kecil berusaha menggapai jnazahku meminta aku bangun, namun isteriku menghalangnya. Isteriku pengsan berkali­ kali, aku tidak pernah melihat dia sebingung demikian.

Lalu aku teringat betapa sering aku acuh tak acuh dengan panggilannya yang mengajakku berbual, aku selalu sibuk dengan handphone aku, dengan kawan kawan dan teman teman dunia mayaku.

Lalu aku lihat anak anakku sering aku marah dan aku marah mereka saat aku sedang asyik dengan handphone aku di saat mereka minta perhatian dariku. Oh Tuhan….Maafkan aku.

Lalu aku melihat 7 hari selepas kematianku.

15 tahun berlalu. Aku lihat isteriku menyiapkan makanan untuk anak anak aku, sudah mulai kelihatan kedutan tua dan lelah di wajahnya. Ada seorang lelaki memegang tangan dan membelai isteriku seolah olah mendapat izin dan permisi dari isteriku. Ya, isteriku telah berkahwin lain.

Tapi dia tidak pernah lupa mengingatkan anak anak bahawa hari ini hari Jumaat, jangan lupa solat. Lalu aku membaca tulisan di atas secebis kertas milik anak perempuan aku malam semalam, dia menulis….

“Seandainya aku masih punya papa, pasti tidak akan ada lelaki lelaki yang berani berkelakuan tidak senonoh dengan aku dan aku tidak melihat mama sakit mencari nafkah seorang diri buat kami.”

“Oh Tuhan….Kenapa Kau ambil papa aku, aku perlu papa aku Ya Allah..”

Kertas itu basah kerana titisan airmatanya. Ya Allah maafkanlah aku. Sampai bertahun tahun anak anak dan isteriku pun masih terus mendoakan aku agar aku sentiasa berbahagia di akhirat sana.

Kawan kawan dunia maya pun tak pernah membicara lagi, seolah oleh aku tidak pernah wujud dalam group mereka.

Lalu aku rebahkan diri di sebelah isteriku, handphone aku masih terus bergetar, berpuluh puluh notifikasi masuk menyapaku, menggelitik untuk aku buka, tapi tidak.. Ramai kawan-kawan dah staf pejabat yg selama ini buat aku sibuk dan tiada masa telah menghubungi ku tapi tidak lagi ku hirau.

Aku matikan handphone aku dan lalu pejamkan mata. Maaf. Bukan anda semua yang akan membawaku ke syurga, bukan anda yang akan menolongku dari api neraka, tapi keluargaku. Keluarga yang jika kita tinggalkan akan merasakan kehilangan selama sisa hidup mereka.

P/s : Kisah ini hanya pengajaran kepada para bapa yang tidak mementingkan keluarga. Kerana kelalaian mereka meluangkan masa dengan isteri dan anak adalah kerugian yang amat besar. Merekalah yang akan ada dan menjaga kita suatu hari nanti. Wallahualam.