Jawab SPM sedang hamil. Sebab terlalu tenat Family Arin datang lepas bersalin takut tak sempat jumpa.

Nama aku Warda. Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang susah. Ayah bekerja sebagai tukang rumah di kampung dan mak hanyalah suri rumah tangga. Aku punyai 3 orang adik beradik dan aku merupakan satu satunya anak perempuan mereka.

Oleh kerana itu aku dimanjakan dan setiap apa yang aku mahu, ayah dan mak akan usaha untuk tunaikan.

Walaupun keluarga aku susah, tetapi hidup aku mewah kerana aku di kelilingi oleh ramai lelaki yang sudi memberikan aku kemewahan.

Mungkin rezki aku memiliki rupa paras yang menarik aku jadi rebutan para lelaki di sekolah juga di luar sekolah.

Ada yang sanggup bergaduh, bertumbuk dan bermusuhan di sebabkan aku. Dalam ramai ramai lelaki itu, aku lebih tetarik kepada Arin ( bukan nama sebenar ).

Arin tidak bekerja tetapi hidupnya mewah, rezeki dia dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya raya. Kemewahan yang aku angankan pada setiap malam sebelum tidur ada pada Arin.

Jika disebut nama ibu dan bapanya, semua kenal dan tahu mereka berharta. Ayah kata, ayah tak mampu bagi aku kemewahan tetapi dia berjanji akan memberi aku bahagia dengan merestui hubungan aku dengan Arin.

Masuk tahun pertama aku bersama Arin. Dia membelikan pada aku sebentuk cincin dan seutas rantai emas. Tanda yang dia bersungguh sungguh ingin memiliki aku. Arin berjanji akan membawa orang tuanya bertemu dengan orang tuaku setelah aku tamat SPM.

Gembiranya hatiku tidak terkira. Arin juga berjanji akan mula berkerja di syarikat ayahnya selepas kami bertunang. Mendengar itu, hatiku semakin berbunga bunga kerana ianya akan membuat along ku merestui hubungan kami.

Hari raya puasa, aku dibawa bertemu dengan orang tuanya untuk kali pertama. Aku dilayan baik walaupun aku anak orang susah.

Ibunya seorang peramah. Macam-macam cerita kami bualkan. Semuanya tentang Arin. Arin juga punyai 3 adik beradik dan semuanya lelaki.

Setiap sumpah dan janjinya bergitu meyakinkan aku, dia akan menikahi aku, membahagiakan aku dan hanya aku dihatinya hingga ke akhir hayat. Dua bulan aku tidak haid, mak membawa aku ke klinik. Aku disahkan hamil.

Mak terkedu dan ayah terdiam. Sepanjang perjalanan pulang ayah dan mak hanya membisu. Aku tahu mereka marah padaku. Hati mereka hancur apabila satu-satunya anak perempuan yang ada telah mencoteng arang kemuka mereka.

Tetapi apakan daya, terlajak perahu boleh diundur, terlajak perbuatan mustahil untuk berpatah kembali. Berbeza pula dengan aku, perasaan ku ketika itu sangat gembira kerana aku telah hamilkan anak kekasih hatiku… Arin… Satu-satunya lelaki yang aku sayang dan akan membawa aku keluar dari kepompong kemiskinan.

Aku menghubungi Arin dan memaklumkan pekara itu kepadanya. Mendengar berita itu, Arin sangat gembira dan berjanji akan membawa orang tuanya kerumahku.

Malam itu, dua pihak bertentang mata. Ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari. Apa yang aku impikan berkecai semuanya.

Arin semakin lama semakin menjauh. Along tidak sudah sudah menyalahkan aku. Mujur lah mak dan ayah tidak membuang aku. Aku pernah pergi bertemu Arin, merayu dan melutut kepada Arin untuk terima aku dan anak ini.

Namun Arin tidak mampu. Dia tidak mahu hidup susah. Ibunya memberi kata putus, jika ingin hidup bersama aku lupakan keluarganya dan jika ingin hidup mewah, lupakan aku. Aku pulang dengan hati yang hancur.

Aku tidak kisah lagi dengan impian untuk bersenang lenang ibarat puteri raja. Hanya aku mahu adalah seorang ayah kepada anakku ini. Anak ku ada ayah yang menyayanginya seperti kanak kanak yang lain…!!

Aku ingin hidup bekeluarga. Cukup lah aku sahaja dihina sewaktu dibangku sekolah rendah kerana susah. Tidak mampu miliki beg sekolah yang mahal, kasut sekolah yang berjenama, alatan tulis yang pelbagai warna dan corak.

Jika ingin makan yang sedap sedap, aku terpaksa mengampu kawan kawan yang kaya. Mana yang simpati akan memberi barang barang terpakai milik mereka kepada aku.

Arin mencampakkan kemuka aku sejumlah duit yang banyak dan meminta aku menggugurkan zuriatnya yang telah mula tumbuh menjadi janin, yang telah cukup sifatnya dan mula menendang perutku sebagai tanda dia wujud di dalam rahim ku.

Berkali kali Arin minta aku pergi dari hidupnya supaya dia tidak rasa bersalah dan dipersalahkan. Aku tahu dia telah ‘dira cun’ oleh ahli keluarganya yang lain supaya membuang aku dari hidupnya.

”Paksu kau dah pesan kan. Setakat nak main main boleh. Kalau nak buat bini, cari yang setaraf. Ni sampai bunting kau kerjakan.

Entah anak jantan mana dia bunting, kata anak kau. Hey. Keturunan aku tak ada yang beranak luar nikah tau. Dah tak tahu nak pakai perancang ke apa dulu. Main sodok jer…”

Kata kata ibu saudaranya yang sampai mati akan aku kenang.

Ada juga diatara kawan kawan lelaki aku yang dahulu benar benar ikhlas sudi menjadi pak sanggup, tapi aku tolak. Aku tahu mereka ikhlas keatasku. Aku tidak mahu aku dan anak ini nanti menjadi beban kepada mereka.

Aku redha dan menganggap ini antara balasan tuhan keatas aku kerana telah banyak mainkan perasaan dan hancurkan hati orang satu waktu dahulu. Aku buang yang buruk dan aku jadikan ianya satu rahmat tuhan.

Hubungan antara aku, along dan angah yang semenjak dulu tidak pernah rapat kini semakin erat. Along yang dulu tidak pernah ‘sebulu’ dengan angah kini semakin bekerjasama dalam setiap pekara.

Aku sangka mereka telah membuang aku, rupa rupanya tidak. Pernah mereka balik dalam keadaan luka dan bengkak bengkak kerana dipukul oleh keluarga Arin, rupa rupanya dalam diam diam mereka pergi berjumpa Arin minta bertanggungjawab.

Malangnya Arin tidak mahu berlembut dan menghubungi pakcik pakciknya supaya datang menghalau along dan angah.

Hampir 6 bulan aku tidak mendengar berita Arin semenjak along dan angah pulang dalam keadaan luka dan bengkak bengkak itu, tiba tiba aku dapat berita adik ke 2 Arin meninggal kerana eksident dilanggar lari.

Aku mengucap panjang. Siapa lah aku untuk menghukum kerana aku adalah seorang pend0sa yang sedang ‘dihukum’.

Habis pantang, aku bekerja di sebuah mall dengan menjadi promoter barang barang wanita. Sedang aku sibuk mengemas dan menyusun barang-barang aku disapa seseorang yang amat aku kenali.

Sekali lagi aku beristighfar pada Allah Swt mohon keampunannya. Aku tunduk sambil hatiku berdoa semoga Allah Swt memberi hidayah kepadanya.

”Akak Warda jangan marahkan Mely yer. Mely tak terlibat dalam apa yang berlaku pada kak Warda dan Abang Arin.”

Menurut mak, ayah telah menghalau mereka sekeluarga dengan batang penyapu yang kebetulan sewaktu kedatangan mereka ayah sedang mengemas laman.

Mujur la waktu itu ayah sedang menyapu laman bukanya sedang menyabit rumput atau menebang pokok.

Aku pula telah lama berpindah menginap di rumah sewa sendiri. Rezeki aku kerana dapat kerja yang baik, halal dengan gaji yang agak lumayan. Aku ingin bina hidup baru bersama anakku jauh daripada masyarakat yang tahu kisah silam aku.

Biarlah ianya terkubur sepi sehingga tiba masanya Nur Muhammad tahu kebenarannya dan waktu itu aku harap aku kuat untuk menceritakan padanya.

Mak kata, itu bukanlah kali pertama mereka datang, boleh dikatakan setiap hari, merayu untuk temukan Nur Muhammad dengan Arin. Aku melarang mak memberitahu dimana aku bekerja dan dimana aku tinggal.

Bukan niat untuk berdendam atau memberi hukuman kerana aku tidak lah layak untuk menghukum sesiapa. Cuma aku memerlukan masa, mencari kekuatan serta keihlasan untuk membawa Nur Muhammad bertemu dengan Arin. Bila waktunya biarlah ianya ditentukan Allah SWT.

Yang aku tahu, aku cukup berterima kasih kepada Arin sekeluarga kerana mereka aku berubah, mula mencari Allah dan melalui mereka aku mendapat hidayah serta pertunjuk.

Allah SWT ‘mengirim’ mereka kepada aku sekadar untuk ‘menjentik’ aku daripada aku terus tenggelam mengejar dunia. Bukan niat aku untuk menghukum kerana aku sendiri adalah pend0sa yang sedang ‘dihukum’…

Kisah benar daripada seorang sahabat lama… Kisah ini diceritakan oleh abangnya ( watak Warda ) kepada Ammy untuk dijadikan iktibar kpd para pembaca… Watak dan tempat Ammy ubah untuk menjaga Aib…