Tiap ptg suami keluar dgn kawan cari juadah buku puasa. Bila balik tangan kosong. Hinggalah sy terbaca wasap dia.

Assalamualaikum pembaca yang budiman. Apa yang saya tulis ini, saya mohon dibaca dalam keadaan positif dan tenang.

Saya berumur 30 tahun dan sudah berkahwin. Suami saya berumur 32 tahun. Kami mempunyai dua orang anak, seorang berumur 2 tahun dan kakaknya berumur 4 tahun.

Pada pandangan mata kasar, rumahtangga kami nampak normal. Kami dikenali oleh kawan-kawan yang sama memandangkan kami bekerja berdekatan. Kawan-kawan saya mengenali suami saya dan begitu juga saya mengenali kawan-kawannya.

Apa yang mahu diceritakan adalah saya sudah mula tawar hati dengan sikap suami saya.

Pada awal perkahwinan, saya rasa kehidupan saya normal. Punya seorang suami yang rajin bekerja dan ramah dengan orang sekeliling. Dia seorang bapa yang penyayang dan suami yang mengambil berat akan sesuatu hal.

Pernah sekali dalam keadaan pergi ke kerja, dia memandu dalam keadaan ‘lalok’. Mata kuyu dan hampir-hampir menutup mata. Bercakap dalam keadaan separa sedar dan saya sangat takut jika kami dalam keadaan seperti itu.

Saya hanya mendoakan jika kami terlibat kemalangan,biarlah dia yang mati bukan saya. Anak-anak saya masih menunggu kepulangan ibunya.

Solat?

Ya dia memang seorang yang mendirikan solat namun agak culas. Dia solat namun dalam keadaan akhir akhir waktu.

Untuk pengetahuan pembaca, dia adalah seorang pelajar dari institusi agama. Pengajiannya bukan calang calang subjek. Punca saya menerimanya sebagai suami adalah kerana latarbelakang pendidikannya.

Saya menyedari ada kesan air di gelas seolah-olah seseorang baru sahaja minum air tersebut. Saya mendiamkan diri. Cuma saya berdoa jika dia betul tidak berpuasa, biarlah Allah tunjukkan betul betul berlaku di hadapan saya. Ini akan menjadi asbab dia akan malu dengan sikapnya.

Bukan itu sahaja, saya yang lebih banyak menguruskan anak anak. Saya yang banyak mengajar anak-anak membesar dan belajar. Suami saya memang tidak merasai pengalaman tersebut.

Saya masih ingat sepanjang anak anak kami membesar, dia tidak pernah berjaga malam jika anak-anak kami demam dan juga buat perangai.

Saya yang hadapi pengalaman itu sendirian. Saya kuatkan hati memandangkan itu menandakan anak anak lebih rapat dengan saya jika apa-apa berlaku kemudian hari.

Bayangkan jika dia ditangkap, pastinya saya menanggung malu di tempat kerja dan untuk berhadapan dengan teman-teman kami. Dan sudah pasti silap haribulan saya akan berhenti kerja dek tekanan menahan malu.

Saya juga terlintas di hati untuk berpisah. Biar saya dengan anak-anak saya hidup sendirian tanpa dia.

Kami pernah bergaduh dan kadang kadang terlepas dari mulutnya supaya saya keluar dari rumah tanpa anak anak. Saya tidak takut jika benar sudah tiada jodoh dan berlaku perebutan hak penjagaan anak, saya ada bukti yang mengatakan dia terlibat salahguna ddah.

Namun saya banyak pujuk hati demi anak anak dan keluarga kami. Akhirnya kami berbaik seperti biasa. Dek kerana sikapnya, memang akan memberi kesan kepada saya. Dia seperti hilang fokus menjalani kehidupan dan saya juga sudah mula hilang pergantungan kepadanya.

Hari berganti hari bulan berganti bulan, seakan-akan sudah menjadi fenomena biasa untuk saya. Saya sudah terbiasa melihat dia membalut tembakau dan ganja sambil menonton tv atau ketika santai.

Apa yang saya rasa, hanya rasa kesal kerana berkahwin dengannya. Apa yang saya inginkan jauh berbeza dengan apa yang saya hadapi sekarang ini. Saya berhajat untuk sama-sama solat berjemaah namun ia memang tidak akan berlaku.

Saya anggarkan dengan ilmu yang dia belajar, mampu menjadikan dirinya seorang suami yang berilmu namun sebaliknya berlaku.

Apa yang saya perlu buat? Benarkah tindakan saya untuk menghantar surat layang tersebut (dengan harapan dia akan berubah dan menyesal) atau teruskan berdoa dan menunggu untuk perubahannya?

Tolong saya dan maafkan saya jika tulisan ini agak berterabur. Ini adalah pertama kali saya membuat luahan secara bertulis. Terima kasih atas pandangan dan jika kecaman yangl saya dapat, saya berhak kerana ia berpunca dari kebodohan saya juga.

Terima kasih.