“Tak payah sentuh lah, kau sape, bukan anak aku.” Kerana kerja nurse ika dianggap tak sekufu, akhirnya ika dibenci ibu sendiri.

Alhamdulillah dengan izin Allah, dalam keluarga saya semua berjaya. Ayah pensyarah di salah sebuah universiti tanah air dan sudah bersara.

Ibu juga merupakan seorang pensyarah dan masih bertugas. Dua orang abang saya adalah jurutera dan saya pula pharmacist. Adik lelaki doktor dan adik perempuan veterinar.

Jodoh ayah dan ibu tak pernah tentukan. Kami cari sendiri dan alhamdulillah setakat ini ayah dan ibu restu. Kerjaya pasangan kami, sama dengan kami.

Tiba satu hari, adik lelaki saya, Boy, yang bekerja sebagai doktor menyatakan isi hatinya kepada kami semasa kami sekeluarga berkumpul minum petang.

Jarang dapat berjumpa memandangkan semua sibuk. Maka peluang ini Boy tidak mahu lepaskan. Kami semua tumpang gembira untuk dia kecuali ibu. Semua selepas ibu tanya,

Dia sangat taat dengan ibu. Kami tidak mahu mengeruhkan keadaan. Kalau ibu kata A, maka A dan jangan berani ubah jadi B.

Sejak dari itu, Boy tidak ceria seperti biasa. Dia selalu duduk dalam bilik, habiskan masa dengan mengaji. Tetapi Boy masih lagi bersembang sembang dengan ibu, cuma tidak seseronok dulu.

Mungkin Boy cari ketenangan dan kekuatan. Kuatnya Boy sembunyikan kesedihannya.

Satu hari, saya cuti dan balik ke rumah ibu. Seperti biasa, lepas hari itu, kalau nak cari Boy, pergilah ke biliknya, tak seperti sebelum ini yang Boy banyak habiskan masa di luar bilik.

“Boy, boleh Kak Nana masuk?”

“Kak Nana, bila sampai? Tak dengar pun? Masuklah,” katanya.

Takdir Allah, jodoh Boy dengan jururawat itu juga. Alhamdulillah. Ibu restu walaupun paksa rela. Dapatlah saya adik ipar bernama Ika. Betul kata Boy, Ika baik akhlaknya. Pandai memasak.

Kalau ibu tak larat pergi masjid, Ika imamkan ibu di rumah. Kami bersyukur Ika sudi duduk dengan ibu, boleh tengok tengokkan ayah dan ibu.

Selepas dua tiga bulan, kami perasan yang ibu masih belum dapat menerima Ika. Nampak sangat. Tiba tiba makanan Ika masak tak sedap di tekak ibu.

Tak nak jadi makmum Ika lagi. Sanggup pergi masjid walaupun kurang sihat. Tetapi Ika tak balas apa melainkan senyum dan kata,

“Tak apa, orang tua, biasalah. Di wad pun macam itu,”

Tabahnya hati Ika, perangai sama seperti Boy. Memang patut mereka berjodoh.

Lembut Ika ajar cara tukar lampin orang dewasa pada Boy. Kadang kadang habis shift malam, tak sempat tukar uniform, Ika dah datang.

Satu hari kebetulan Ika off day. Saya lunch hour. Lampin ibu dah penuh, Ika nak tukar tetapi ibu tak izinkan.

“Kau bukan anak aku. Biar anak aku yang buat. Nana! Tukar lampin ibu ni. Tak selesa! Jururawat semua malas!”

“Ibu, tak baik kata macam itu. Jururawat sibuk. Biar Nana buat dengan Ika ye.”

“Tak nak! Ibu nak Nana buat seorang!”

“Ibu, kalau ibu tak anggap Ika ini anak, ibu anggap saja Ika ini jururawat yang ibu tak kenal, okey? Ibu nak Ika call abang Faiz dan abang Fadil di Kuala Lumpur?

Nak menantu ibu yang lain datang dari Kuala Lumpur tukarkan? Nak Ika call Boy suruh datang tukar? Dia oncall hari ini, sibuk.

Nak Ika call Anis? Dia sibuk di klinik. Ibu kena fahamlah, ini Kak Nana ada. Bagi Ika buat dengan Kak Nana ye,” kata Ika.

Ibu diam selepas itu, sampai selesai semuanya. Saya menangis. Anak ibu yang berjaya tak mampu nak tukar lampin ibu. Tak mampu jaga ibu seperti mana Ika jaga.

Kalau Boy tahu ibu lempar kata kata seperti itu pada Ika, mesti luluh hati dia. Tabahlah Ika, tabahlah Boy. Kak Nana hanya mampu mendoakan kesejahteraan kamu berdua.

Semoga Allah buka pintu hati ibu untuk menerima Ika sama seperti menantu yang lain. Doakan ibu kami cepat sembuh.

Nama saya ubah untuk menjaga. Terima kasih. Jadikan sebagai pengajaran. Setiap kelebihan pasti ada kekurangan. Kita saling lengkap melengkapi, saling memerlukan.