Kereta, motor aku pakai duit bini. Aku paksa dia berhenti kerja. Mlm tu ak bangun 2 pagi tiba2 dgr org menangis.

Saban hari kita selalu mendengar cerita masalah suami isteri seperti tidak sefahaman atau hanya afa masalah kecil tp menjadi semakin besar.

Seperti yang di luahkan seorang suami ini. Dia sangat kecewa dengan isterinya sedangkan isterinya baik dan tidak melakukan kesalahan. Ikuti luahanya di bawah

Luahan seorang suami.

Salam semua. Macam ni, saya mempunyai masalah keluarga yang aku rasa buntu nak buat apa. Aku berumur 27 tahun dan saya kawin dengan seorang gadis 2 tahun muda dari saya.

Perkahwinan aku dan dia tiada masalah sebelum ni cuma isteri aku suka memaksa saya solat. Ye, saya tahu solat tu wajib tapi aku tidak suka orang paksa aku.

Suatu hari, aku bagitau isteri aku tentang niat nak kahwin lagi satu. Aku pelik dengan isteri aku, sikit pun tak marah. Cuma dia diam sekejap.

Lepas tu dia cakap, ” kahwin la tapi izinkan saya cari kebahagiaan saya sendiri “. Lepas tu dia pergi camtu je dengan senyuman melirik.

Lepas tu aku tidak pernah dengar dia bebel aku apa2. Serius aku rasa kehilangan semangat.

Satu malam tu aku terbangun jam 2 pagi Terkejut aku bila terdengar bunyi suara tangisan aku tengok atas katil ada anak2 je isteri aku tak ada aku cari bunyi tangisan tu.

Aku rasa nak peluk isteri aku cakap aku nak mintak maaf. Aku pergi kat dia, muka dia terkejut gila tengok aku.

Terus aku pergi kat riba dia aku cium tangan dia. Aku mintak maaf pada dia. Dia senyum je, dia tak kata apa pun. Aku pelik.

Aku rasa nak batalkan niat aku. Tiba2 ex-girlfriend aku call. Terus aku tinggalkan isteri aku. Lama juga la aku bergayut dalam masa 1 jam lebih camtu.

Bila aku nak pegi kat isteri aku tengok dia dah tidur. Aku tengok mata dia dah bengkak. Dia ni sedih sebab aku nak madukan dia atau apa aku tak faham la sebab isteri aku tak pernah kata apa2 yang dia rasa.

Tiba2 aku terdetik nak bukak dairi isteri aku sebab aku tahu isteri aku suka tulis dairi tapi sudah lama juga la aku tak curi2 baca .

Dia sedih sebab aku suruh dia berhenti kerja dulu sebab aku suruh jaga anak tapi sebab aku suami. Dia kena taat, dia sedih sebab aku banyak abaikan dia.

Taknak solat dengan dia dan banyak lagi la. Kalau aku tulis satu2 ni berjela. Memangg 5 tahun kahwin aku tak bagi dia kerja.

Start anak aku kena menderra dengan pengasuh, aku suruh dia berhenti kerja. Aku tau aku salah banyak kat dia. Lepas baca dairi dia, aku putuskan hubungan dengan bekas kekasih aku. Aku ingat ini yang aku nak.

Tapi bukan ni, aku pergi kat isteri aku. Aku peluk dia. Aku cium dia. Aku baru sedar aku abaikan dia padahal dia banyak berkorban untuk aku.

Begitulah luahan seorang suami yang menyesal dengan perbuatannya

Berikut adalah beberapa komen dari warganet. :

Wati Bun
Hati yg tawar ssah nak pulihh. Smpai akhir hyat pun dya ttap akn ingat smua yg ko prnah luahkn. Lbih2 lagi ko curahkn prsaan syang trhadap pompuan lain. Huhuuu

Noor Izwati
Pikat hati dia. jd ketua keluarga yg bertanggungjawab. solat 5 waktu jngan tinggal. selalu solat berjemaah dngan isteri dan anak2.

insyaAllah. lama2 hati isteri akan terbuka sendri kalau awak xbuat hal lg lepas ni. tp klu lepas ni awak silap langkah lg. awak xkan dpat langsung isteri awak tu.

Yana Yumi
Try la bwk dia pegi bercuti, hanya ber2, luah kn ape yg terpendam, cari balik camna masa mula² jatuh cinta dulu, jaga dia, cantikkn dia, in sya allah, semoga dipermudahkan ye.

Amie
Org ppuan bila dah tawar hati ko buat la mcm mn pon tak mungkin akn pulih. Kalau pulih pon takkan sepenuh hati. Solat dan doa la yg x putus2 moga Allah buka kmbali hati isteri ko. Hati manusia ni Allah yg pegang. Minta la dari Dia kembalikan hati isteri tu semula

Ida
Kalau dia terima dan maaf kan awak pun isteri tak pernah melupakan apa yg dah berlaku. dan awak mungkin akan berubah dalam masa 1hingga 2 tahun je lepas tu bila isteri dah buka pintu hatinya awak akan berubah semula dan sedikit sedikit menyisihkan isteri semula jika awakntak kuat untuk melawan ujian nafsu dan hasutan syaitan biar lah isteri awak mencari kebahagiaannya sendiri dari menerima awak untuk seketika bahagia dan smapai masa dilukai lagi

Puan Mawar
Awk take care balik mcm ms bercinta dulu2. jlnkan tanggungjawab. layan ank2. Luang masa lebih utk ank2 dan isteri. belikan hadiah. tak pyah mahal2 pun takpe. buat surprise sekali sekala. pergi mkn berdua.

Stop pushing her utk lupakan apa yg awak dah buat. mmg dia takkan boleh lupa sampai bila2 benda2 yg melukakan. lebih2 lagi wife pendam segala apa yg dia tahu dan apa yg awk buat belakang dia.

kalau dia marah2 lagi better sebenarnya dari dia memendam kekecewaan yg dia rasa. mintak maaf dgn wife dan janji takkan ulang benda yg sama lagi

Suraya
Pe kata ko pikat dia semula waktu ko bercinta dgn dia dulu, hati pompuan ni keras cam ne pon ttp akan lembut jika ko betul2 ikhlas. ikutkan je kemahuan isteri bg dia me time, doa dan solat