Abg nk kawin dgn perempuan tu klu Nina izinkan, Nina pinangkan. Dekat air tu lah kali terakhir Nina bernyawa.

abang nak share kat korang semua pasal kisah bini abang, Nina. Panjang sikit harap bersabar.

-1992

Abang umur 16 tahun masa tu, muda belia. Abang ikut bapak abang pergi ke rumah kawan bapak dekat satu pekan ni untuk tonton siaran langsung piala thomas.

Harap maklum abang dulu bukan orang senang, bapak abang tak bayar lesen tv waktu tu jadi tv disorok bawah rumah sebab takut kantoi dengan pegawai yang datang check rumah ke rumah dan abang tak boleh tengok tv.

Sampai kat sana, abang duduk bersila dekat tepi dinding ruang tengok tc sambil tunggu siaran langsung start.

Mata abang tertatap dekat seorang budak perempuan umur 12 tahun masa tu tengah ratah ayam goreng kat tangga dapur. Badan montel, comel berkulit putih dan berambut perang.

1996

Bapak abang buat kenduri kahwin kakak abang dekat rumah. Abang masa tu cuti semester, abang baru umur 20. Badan abang tinggi 184cm dan kurus jadi segala urusan panjat memanjat, pasang pelamin dan tukar langsir tu semua abang buat masa pagi sebelum nikah.

Tengah abang berkemas, abang nampak budak perempuan yang sama abang nampak pada yahun 1992 tu tengah makan dekat beranda rumah abang.

1999

Kenduri kahwin kakak no 2 abang. Kali ini abang ternanti nanti budak tu kot kot dia datang lagi. Hampa abang, masa rewang kali ni mak dia tak datang pula.

Abang nak tanya mak bapak abang tapi abang segan. Sudahnya diamkan je. Kenduri kali ni busy sikit. Masa muka abang berminyak minyak sebab kena ulang alik ambil lauk dan nasi letak atas dulang untuk dihidangkan kepada tetamu bawah kanopi, abang terjumpa dia.

Dia cantik sangat pakai baju kurung. Badan maintain montel begitu. Tak apalah nak buat macam mana kan kalau dah suka tu tak kira la montel ke kurus ke, dia tetap pujaan abang.

Abang pula segan sebab muka abang hodoh, berpeluh masa jumpa dia. Dia tengok abang, dia sengih. Dalam betul lesung pipit dia.

Masa abang tengah kemas kemas meja, budak tu datang, tanya nama dan umur. Abang cakap nama abang Kamal, umur 23. Dia cakap nama dia Nina, umur 19. Dia kenyit mata. Comel sungguh.

Abang nak kenyit mata, abang tak berani pula takut lari anak orang ni nanti jadi abang angguk je. Nina bagi no telefon rumah dan alamat, tulis dekat tisu yang ditulis guna celak mekah yang Nina letak dalam purse dia.

Senang nak utus surat katanya. Berani sungguh budak ni, lain perangai dengan abang yang penyegan.

2001

Rupanya abang disyaki bawa virus antrax, sebab Nina tabur bedak dalam surat. Adoi kesayanganku Nina. Nasib baik takde apa apa berlaku. Abang dilepaskan tanpa sebarang dakwaan.

2005

Abang baru dua bulan berkahwin dengan Nina. Abang dah naik berat 3kg. Nina punya misi nak jadikan abang gemuk macam dia.

Abang dah risau dah, cukuplah seorang je montel, patah katil nanti. Tapi Nina masak sedap sangatlah, lagi sedap dari restoran. Sambil Nina masak, abang lipat baju sebab Nina tak suka urus kain baju.

Lagipun ini memang denda yang Nina bagi kat abang sebab abang pernah cakap kat dia, kalau tak suka urus kain baju, Nina tak payah pakai baju dalam rumah. Huhuhu. Terus abang kena denda lipat baju sehingga ke akhir hayat.

08.10.2006

Hari ini ulangtahun hari jadi Nina yang ke – 26 dan ulangtahun perkahwinan abang dan Nina yang pertama. Macam biasa, abang lupa tarikh ni semua. Kek apa semua langsung tak prepare.

2008

Nina suka kerja sampai lewat malam. Satu hari tu, abang balik awal. Abang landing atas katil kemudian abang ambil laptop. Abang pasang cerita terlarang, pinjam cd kawan abang. Hehehe.

Perempuan dalam p0rn ni kurus, so abang fikir dia tak macam Nina. Syok betul abang layan cerita sambil terbayang perempuan kurus. Kemudian abang tengok cerita sampai tak sedar Nina dah balik and dia ada kat belakang abang.

Eh balik awal pulak harini. Abang malu sangat tak tahu nak letak muka kat mana. Kantoi. Tertangkap dengan bini sendiri tengok p0rn perempuan kurus. Abang takut kalau Nina marah..

Tiba tiba Nina cakap, jom tengok sekali. Alamak terkejut abang. Abang pun tengok sambil malu malu. Abang tengok muka Nina, Nina tengok muka abang. Abang rasa macam dah tak ada muka bila Nina cakap, “besar jugak timun dia bang.”

abang dah start gigit kuku bila Nina tengok timun lelaki tu macam nak terkeluar biji mata Nina. Masa abang tutup laptop, Nina tanya kenapa abang tutup, dah taknak tengok ke? Abang jawab abang segan.. Nina cakap, ooo tahu segan rupanya.

Ketar lutut abang, sayang.. Mampus abang kalau Nina minta timun abang pun besar macam mat salleh tu.. Sejak dari tu abang insaf tak tengok p0rn sampai sekarang..

2009

2012

Hubungan abang dengan Nina berantakan sebab abang kantoi bermain cinta dengan budak praktikal dekat company abang. Abang dah bergaji lima angka, abang dah selesa jadi abang rasa abang hebat dan bagus.

Abang lupa abang ni masih suami Nina. Abang buta. Abang tak nampak kecantikan Nina, Nina yang putih bersih, Nina yang berambut perang, Nina yang sedap dipeluk, Nina yang pandai, Nina yang rajin masak, Nina yang cakap English macam air, Nina yang manja, Nina yang nakal.

Abang terpedaya dengan perempuan muda berumur 22 tahun. Abang jahat. Nina dapat tahu abang curang tak lama lepas abang ada girlfriend baru tu sebab Nina nampak abang tengah beli tiket wayang dengan perempuan tu.

Abang peluk perempuan tu depan mata Nina. Abang rasa macam nak gugur jantung saat Nina nampak aksi abang. Nina tengok abang, Nina angkat ibu jari tunjuk simbol bagus sambil sengih sengih.

08.10.2013

Hari ini ulangtahun perkahwinan abang dan Nina yang ke – 8 dan ulang tahun kelahiran Nina yang ke – 33. Nina masih Nina yang sama, yang sudi memaafkan kesalahan abang. A

bang dah tinggalkan perempuan tu empat bulan selepas kejadian kantoi tu. Abang slow slow tinggalkan dia. Nina tahu dan Nina bagi kata kata perangsang.

Nina cakap kalau abang serious, baik abang kahwin je tapi kalau abang tak mampu berlaku adil, abang tinggalkan.

Nina yang bagi semangat dan nasihat kat abang hari hari sampai abang ada keberanian untuk tolak cinta perempuan tu.

Abang dan Nina sambut anniversary dekat satu homestay tepi pantai. Pada hari anniversary abang dan Nina sekitar pukul 11 – 5 petang lebih, Nina peluk abang dan cium abang bertubi tubi.

2018

Dah 5 tahun Nina pergi. Abang masih disini, sendiri. Menunggu kedatangan Nina. Nina yang manja, Nina yang montel, Nina yang cute, Nina yang suka makan ayam.

Nina, kerajaan kita dah bertukar sekarang, Malaysia menang Sukan Sea 2017, abang dah buat ibadah haji tahun lepas. Banyak abang nak cerita kat Nina ni.

Rindunya abang kat Nina, macam tak tertanggung rasanya. Sampai sekarang abang menduda, kerana abang tak boleh nak move on lagi.

Gambar Nina di FB pun abang print semua dan letak dalam album untuk hilangkan rindu abang.

Ya Allah, aku mohon Kau hadiahkan syurga buat bidadariku kerana sesungguhnya isteriku ialah seorang isteri yang sangat taat kepadaku dan dialah seindah indah manusia yang pernah berada di sisiku.

Nina, abang redha dengan pemergian Nina. Andai Nina sudi, datanglah dalam mimpi abang. Dirimu tiada pengganti. I love you, happy anniversary and happy birthday my lovely Nina.