Habis form 5 aku kahwin dgn pemandu teksi. Kini aku sebagai pelayan hotel mewah. Kini hidupku tidak sepeti dulu.

Hari ini aku mendapat kekuatan bila satu – satunya yg aku hajati ditunaikan Dia. Doa yg bertahun – tahun ku pohon minta diangkat akhirnya dimakburkan olehNya.

Hampir 15 tahun aku menangis, merintih dan akhirnya aku pasrah dan bila aku yakin akhirnya aku redha…

Aku menikahi dia, yakni suami ku setelah aku tamat tingkatan 5. Mungkin kalian merasakan aku terlalu muda untuk menempuhi gerbang perkahwinan pada usia bergitu.

Waktu itu mungkin kalian sedang bergembira melalui saat – saat remaja yg bebas beterbang umpama burung.

Aku bahagia bersuamikan seorang pemandu teksi. Suamiku baik dan bertanggung jawab. Suamiku menyayangiku sepenuh hatinya.

“Takpalah, mungkin bukan rezeki kita.”

Suamiku bersuara memujuk hati. Setelah sembuh, suamiku cuba untk bekerja semula, malangnya teksinya dahulu telah diambil oleh pekerja lain.

Suamiku mula keluar mencari pekerjaan lain. Namun sia – sia. Hanya bebekalkan sijil PMR mana mungkin ada syarikat atau majikan yg ingin menawarkan pekerjaan padanya.

Tiap kali dia pulang dalam keadaan yg hampa, aku akn cuba untuk senyum walaupun pahit.

” tak apa… cuba lagi..”

Setahun tanpa pekerjaan, kereta kami ditarik kerana tidak mampu membayar ansuran bulanan. Saluran ku kepada orang tua dikampung juga kadangkala terputus.

“Maafkan abang Karina”

Hanya sepotong ayat yang keluar daripada bibirnya. Aku meneruskan juga langkahku demi sesuap nasi. Dlm keadaan mabuk – mabuk kerana alahan yang teruk aku tetap bekerja.

Turun naik teksi dan kadangkala terpaksa menapak jika tiada duit yang mngcukupi untuk membayar tambang teksi. Dalam keadaan bergini aku kadang kala terpaksa mengikat perut dengan memakan sepotong roti dan sebotol mineral water.

Aku tidak pernah mengeluh atau merungut kerana aku tahu dia tidak pernah berhenti berusaha, kerana kadangkala ada juga dia menghulurkan note seratus dua untuk mengisi tong beras dan lauk didapur.

“Ada rezeki sikit.. tolong kawan cuci kereta”

Dia mencelah sebelum sempat aku bertanya.

Zuriat yg baru tumbuh akhirnya gugur jua sewaktu usia kandungan mencecah 5 bulan. Aku x pasti apa sebabnya… Mungkin Dia tahu bahawa kami suami istri masih tidak mampu.

Orang tua ku dan mertua datang menziarahi kami. Aku tahu ayah sedih melihat kekurangan kami suami isteri. Ibu tak henti – henti menangis sayu… Berbeza dengan mertuaku.

Tidak sudah – sudah menyalahkan aku. Mereka kata aku sengaja tidak menjaga kandungan kerana irihati suami sambung belajar…

Ya Tuhan…untuk apa aku irihati sedangkan aku yang menyuruh dia sambung belajar. Mertua kata aku cemburu dengan pelajar – pelajar perempuan yang sebaya dengan aku…

kerana itu aku sengaja gugurkan kandungan supaya suami sentiasa menempel dengan aku… Sedihnya aku… Aku sabar demi suami… Mereka juga kata aku jenis yg pentingkan diri sendiri kerana aku tidak bagitahu pada mereka anak mereka menderita sakit..

Siapa nak menampung berbelanjaan kluarga dan suami yg masih belajar. Aku serik bila melihat suamiku hilang pekerjaan gara – gara cuti sakit yg agak lama.

Kawan – kawan ditempat kerja simpati melihat keadaan aku maka disuruhnya aku berehat dan jangan banyak bergerak.

Suami aku juga melarang aku kembali bertugas sehingga aku tamat tmpoh berpantang. Aku berkeras, jika aku tidak bekerja mana datangnya sumber wang untuk menampung belanja dapur, bil – bil dan sewa rumah.

Suami terpaksa akur kerana selama dia belajar aku yg menanggung semua perbelanjaan. Bukan aku mengungkit tetapi sekadar ingin dia tahu yang apa aku korbankan demi dia dan keluarga.

Nur Ain… Ya nama ankku yang pertama. Walaupun arwah hanya sekujur tubuh kecil, namun tetap ku namakan jua sebagai tanda dia pernah wujud dalam hidup kami.

Sekali lagi aku dihambur dengan fitnah oleh mertuaku. Katanya aku nak jaga badan sebab dah naik pangkat. Mereka juga salahkan aku kerana tidak berpantang.

Terlalu kejarkan duit sampai tak jaga diri waktu berpantang. Ya Allah aku tidak tahu bagaimana harus aku terangkan andainya aku manja kan diri ketika berpantang apa kah anaknya kini berjaya menggenggam segulung ijazah..??

Ya 5 tahun berlalu.. Tanpa aku sedar… Suami juga berjaya mendapat kerja disebuah syarikat perumahan sebagai pengurus jualan. Gajinya melebihi gaji ku.

Aku bersyukur kepadaMu tuhan… Hidup kami kembali seperti mula – mula kawin dahulu. Bahagia dan tenang walaupun rindu ku pada Nur Ain semakin kuat.

Aku berusaha untuk mendapatkan pengganti Nur Ain. Namun gagal. Memandangkan suamiku anak tunggal lelaki, mertua semakin mendesak supaya kami memperolehi cahaya mata secepat mungkin.

Suamiku mengatakan dia kesian dan simpati kepada aku kerana didesak oleh org tuanya untuk memperolehi zuriat sedangkan dia tahu aku telah berusaha namun rezki tidak menyebelahi aku.

Dia penat melihat aku yang kehulu kehilir pantang dengar dimana tempat untuk berurut atau berubat asalkan dapat mengandung. Dia lelah melihat aku muntah – muntah jika tidak mampu menelan segala ubat yg diberikan oleh pakar berubatan atau bidan kampung.

“abang sygkan Karina. Kerana itu abang mengikut kehendak org tua abg untuk menikah seorang lagi asalkan mereka tidak menyebut tentang zuriat di hadapan Karina. Cukuplah 15 thn ini Karina tersiksa…Abg nak Karina tenang sayang..”

Dia mengucup dahiku dan memeluk aku seerat -eratnya dapat aku rasakan ada air jernih membasahi bahuku.

“Percaya la Karina cinta kasih abang kepada Zulaikha tidak sehebat cinta dan kasih abang kepada Karina..”

Walaupun hidup kami berubah daripada rumah sewa kini mampu membeli sebuah banglo kecil, daripada kancil kini telah bertambah dengan sebuah lagi jenama Honda namun aku hairan kenapa hati kecil ini masih terlalu ingin bertemu dengan Zulaikha.

Aku sampaikan niat hati pada suami. Dengan berat dia mengizinkan. Jam 2 petang, dari jauh aku lihat Zulaikha turun daripada teksi dengan memimpin ank kecil berusia dalam linkungan 2 tahun. Comel dan manja. Anak itu berlari memeluk suamiku sambil menjerit

“abah…”

Erat sekali ank kecil itu memeluk dan mencium pipi suamiku bertubi – tubi.

“Ya Allah…apa yang dah aku lakukan.. gayanya seperti rindu benar ank itu kpd ayahnya yakni suamiku ini..”

Aku terdiam. Perlukan aku merasa cemburu kepada wanita ini. Haruskan aku menghambur kata – kata kesat kepadanya sedangkan hidupku terlalu sempurna berbanding dia.

Betul kata orang sifat ingin tahu wanita melebihi segalanya. Aku mengikutnya pulang kerumah dengan alasan aku ingin melawat neneknya. Setiba dipintu rumahnya air mataku menitis.

Rumah yang hanya dua bilik itu kelihatan kemas walaupun agak sempit. Teringat aku pada mula – mula aku bernikah dgn suamiku. Jauh disatu sudut terbaring nenek tua yg agak uzur.

“Zu selalu minta cuti sebab nenek selalu sakit kak. Zu tak mampu nak upah orang jaga nenek. Mula – mula abang bising sebab Zu selalu minta cuti. Bila Zu bawa abang datanb jenguk sendiri nenek Zu.

Hatinya menjadi simpati pada Zu kak. Kata abang, cukuplah dia tengok istri dia berkorban demi menjaga periuk nasi sampai abaikan kesihatan dan kehilangan anak dlm kandungan.

Abg tak mahu Zu korbankan nenek semata – mata kerana kerjaya kak. Lalu dilamarnya Zu jd istri kedua asalkan Zu tidak meminta hak akak iaitu tidak melahirkan lebih daripada seorang zuriat sehingga anak keduanya lahir daripada rahim akak….”

Hak aku..? Bukankah kau telah merampas hak aku.. Suami aku… Satu – satunya suami yg aku ada, yg aku kasihi…. Astagfirullahalazim..

apa ni… kata – kata syaitan mana yg mula menghasut… Aku layu terkulai di riba suamiku.. Dunia berpusing laju.. Semuanya gelap…

“ Sayang…Maafkan abg Karina….”

Aku sedar daripada pengsan. Kini terbaring di katil hospital..

“Puan.. Jangan buat kerja berat2 yer…tahniah puan hamil dalam 9 minggu… jaga mkn dan minum, jaga kesihatan..”

Ada riak kegembiraan diwajah suamiku dan Zulaikha…

“ Nur Ain.. mari sini dekat ummi sayang.. tak lama lg Ain nk dpt adik baru…”

Zulaikha memimpin anknya menghampiri ku…

“ Ain…??”

Indah sungguh perancanganmu Ya Allah…dalam diam Kau makbulkan doaku untuk pengganti Nur Ain… Aku mula menerima Zulaikha dengan hati terbuka..Redha dan tenang…

(Cerita ini telah diceritakan kepada saya oleh seorang sahabat yang mahu identitinya di rahsiakan untuk dijadikan sebuah cerita dan dikongsi bersama…)