“Sy janji, klu sy keluar dgn H lagi jatuh lah talak kat awak”. Buta2 sy ingat dah berubah, dlm diam talak dah terjatuh.

Saya berkahwin 2014.Suami saya yatim piatu. Last year saya disahkan mengandung masa tu saya baru kerja kat public listed company.

Diawal kehamilan suami selalu usap perut saya dan pesan kat baby, “make sure papa ada, baru keluar taw”. Pendekkan cite, saya bleeding n doktor nasihatkan untuk bedrest sebab takut keguguran.

Setelah berbincang dengan suami, saya berhenti kerja demi anak kami,suami suruh saya balik kampung sebab dia tak sempat nk hantar lunch everyday (doktor xbagi drive,masak).masa tu kandungan 4bulan.

Dipendekkan cite masa kandungan 6bulan saya ke KL ingat nak stay dengan suami smpai beranak tapi suami suruh saya balik sebab dia outstation. Instinct isteri tak pernah salah.

Saya dapat rasa ada something wrong. One day, saya jumpa bukti dia memang ada perempuan lain. Dia contact dengan perempuan tu melalui emel masa saya kat KL dengan kandungan 6bulan.

Masa ni kandungan 8bulan.Every weekend suami cakap nak pulang ke kelantan, saya tunggu tp tak pernah sampai. Ada je alasan kereta problem, hujan lebat sangat, demam, dan lain-lain.

Everyweek ada je alasan tak de duit, so everyweek saya bank in tapi end up tak balik pun. Duit yang sepatutnya saya guna untuk anak saya, saya korbankan asalkan saya dapat jumpa suami saya.

Malangnya duit tu suami gunakan untuk betina tu. Masa berlalu dan due date saya tinggal lagi seminggu, banyak benda pelik yang jadi tapi saya cuba tutup mata dan anggap tu perasaan saya sebab hamil.

Tp اَللّهُ tak zalim. Ikhlas saya cakap, saya tak makan, tak tido dan hanya minum segelas susu je sehari sebab terlalu banyak makan hati menunggu suami.

Saat orang lain mengandung, dibelai macam puteri, tapi saya, sahkan nak makan benda mengidam, nak tengok suami yang dirindui, nak dengar suara suami pn tinggal impian.

Takdir اَللّهُ, lepas saya sekeluarga berjumpa family suami, n dengar segala fitnah dia taburkan dekat saya, malam tu suami balik kelantan, dia cakap kat family dia, dia balik nak rujuk dengan saya.

Ktorg jumpa kat kedai makan masa tu. Tu last dia suapkan sy, And Thank you اَللّهُ sbb saya boleh peluk dia sebagaimna yang saya minta.

Sy tahu hati dia dah tak sayang saya. Cara pandang saya pun saya tahu,dia bukan suami saya yang saya kenal selama 3 tahun. Dia tak lafazkan pun nak rujuk.

Terlalu sakit hati, balik tu saya tidur dgn air mata tapi saya senyum sebab finally, lepas 2 bulan sy boleh tgk suami saya depan saya, saya boleh peluk dia,tq اَللّهُ.

Pagi keesokkan nya saya keluar darah tanda dah nak beranak. Ya اَللّهُ, anak saya dengar pesanan ayah dia. Dia tunggu ayah dia untuk keluar.

Lps tu hari cukur jambul anak. Dia balik,dia datang dan sebelum balik tu dia dah promise dengan ayah saya nk rujuk nak duduk elok-elok n janji nak jaga saya macam dulu.

Dan dia bersumpah demi Allah dah takde betina tu. Saya ingat dia betul-betul berubah,tapi bila sy check bag dia, saya jumpa dia ada fon lain yang still contact dgn betina tu n pada hari majlis anak tu, dia cakap kt betina tu yang dia dh lama ceraikan saya and takde pape dgn saya.

Ya اَللّهُ, ape kau nak sebenarnya? Kau pujuk rayu tapi sebenarnya kau still ada setan tu. Saya contact betina tu dia jwb simple “Padan muka xpndai jaga suami.” Sy halau suami masa tu jgk, and lepas tu sy contact sume orang yang rapat dengan suami masa tu.

Astagfirullahalazim, ada orang emelkan video suami dengan betina tu duduk beraasmara, siap gmbar taak berbaju. Masa tu saya dalam pantang 22 hari, saya terus g court. اَللّهُ je tahu perasaan masa tu. Tarikh masa tu bulan 5.

Sebelum ni, failkan atas sebab taklik lisan so susah nak menang. Now saya tuntut fasakh dia tak pedulikan saya dan anak.

Jujur saya cakap, saya sayang suami saya dan mengharapkan dia berubah walau ape yang dia dah buat adalah sangat-sangat melampau.

Tapi, yes, mulut dia cakap dia dah berubah dan takde dah perempuan tu. But yup, action speak louder than word. And kita pernah sebantal untuk 3 tahun dah cukup lama untuk saya cakap, saya kenal awak yang sayang sy macam mana.

Dulu kita tak pernah gaduh teruk, sumua benda kita bincang elok, tapi lepas kenal betina ni,awak berubah. Dalam sekelip mata disebabkan perempuan yang awk knl melalui tinder,(Jan 2017) awak sanggup abaikan isteri dan anak yang awak excited dulu.

Saya doakan awak cepat kawin, hentikan benda tak senonoh. Its ok, saya terima, saya dan anak tak mampu bahagiakan awak.

Tapi awak berbahagialah dengan cara yang halal dan berhentilah menyeksa hidup saya, tolong datang court ceraikan saya dengan elok. Awak mintak saya dengan family saya cara elok, so lepaskan saya dengan cara elok.

Dear H, Thanks for everything you’ve done to me and my baby!!! Now I am husbandless and my baby is fatherless. May Allah give you the best rewards for what you’ve done!Anak saya tak sempat kenal ayah dia sebab awak. TQ taw

Ikhlas saya cakap saya dah sangat penat dengan drama ni.

Suami duk menyedap kat sana dan saya digantung tak bertali membesarkan anak yang baru lahir sorang-sorang. Btw, just fyi, anak saya keluar sebijik muka suami saya. Doakan saya terus kuat n dipermudahkan urusan.saya dah penat.