Plastik racun tikus tu betul2 dlm tudung saji. Tiba2 mak ckp nk keluar hantar makanan ayah. Aku diam2 lari ikut mak dr belakang.

Hasil carian google terjumpa sebuah cerita yang mana penulis sangat bencikan maknya sendiri sebab kelakuamaknya itu.

Ikuti luahannya di bawah :

Assalamualaikum semua. Aku nak kongsi pengalaman hidup aku yang sebenarnya effect emosi aku sampai harini. Tentang aku yang takkan pernah boleh maafkan mak aku sampai m@ti, mungkin. Aku anak tunggal, hidup dengan ayah aku sejak umur 8 tahun.

Aku lahir dalam keluarga yang dhaif. Ayah aku penoreh getah dan ambik upah potong rumput rumah orang cari rezeki lebih. Mak? Mak aku tinggalkan ayah aku masa aku baru 8 tahun.

Mak ikut lelaki lain, ajk kampung kat felda yang boleh bagi kesenangan hidup dekat dia masa tu. Hari ayah aku pergi noreh, depan mata aku dia naik motor ikut lelaki lain entah pergi mana.

Dekat tengahari pandailah dia balik settle dapur kejap. Orang kampung bukan tak mengata.. dah mengata dah. Tapi memang begitulah keadaan dia.

Aku tak fikir sangat apa2 masa tu walaupun memang mak tak pernah kesah pasal makan minum ayah selama ni. Mak pernah jerit dekat aku dengan ayah, kalau kau jantan2 nak makan, masak sendiri! Pergi carik janda! Ya Allah… Janda pun aku tak tau pebenda masa tu.

Sambung balik bab r@cun tu. Mak keluar dengan mangkok tingkat pergi ke ladang getah. Jarak dia tak jauh pun dari umah aku kira boleh jalan kaki je.

Entah macam mana aku tiba2 tak sedap hati, aku ikut mak aku pergi ladang tu. Aku kejar mak aku. Aku tak tau apa2 masa tu aku menangis dah walaupun aku rasa takkanlah mak sanggup racun ayah.

Entah macam mana, mak perasan aku mak tanya kenapa ikut nak buat apa? Aku pun ingat2 lupa apa aku jawab balik tapi memang muka mak lain macam takut.

Tiba2 mak capai ranting kayu kat atas rumput mak sebat aku. Adalah dua tiga motor budak kampung lalu pandang je aku kena belasah dekat situ. Allah tolong aku, ada sorang pakcik ni naik motor dia berhenti tanya kenapa pukul anak.

(2018)

Tahun lepas, mak cari kitorang. Mak tanya kabar aku, ayah, cucu dia dan isteri aku. Semua ni terkantoi sebab aku terjawab telefon ayah aku masa dia dalam tandas.

Aku kenal suara tu walaupun dah berpuluh tahun dia tinggalkan aku. Aku menangis sangat2, jatuh air mata jantan aku depan isteri aku malam tu sebab aku marah sampai menangis.

Kenapa ayah keep in touch dengan mak aku lagi sedangkan perempuan tu dah buat macam2 dekat kami. Perempuan tu pernah cuba racun ayah, aku yakin satu benda ni. Ayah kata mak sakit.

Ada satu hari tu, aku balik kerja lambat sebab memang serabut dengan projek dekat bintulu. Balik2 bini aku hidangkan makanan, siap tuangkan lauk semua.

Lepas dia dukung anak aku, dia amek tempat kat sebelah teman aku makan. Entah macam mana sambil aku makan aku menangis.

Aku tak terungkap rasa sakit dalam diri aku, aku tak pernah rasa perempuan care pasal aku macam ni. Mak aku tak pernah layan aku macam ni, tak pernah teman aku dekat meja makan pun.

Pernah masa aku manja2 nak mintak mak suap aku, mak hantuk kepala aku atas pinggan kaca warna kuning (pinggan orang dulu2 tu).

Ya Allah nasib tak pecah kalau tak berparut dah kepala aku. Mak aku kata tak guna, aku dah tolong masak kau mintak macam2 lagi baik mamp0s.

Tapi malam tu aku terjaga dalam pukul berapa pagi, ayah datang bilik aku. Aku boleh dengar lagi dia sedu2 menangis sapu ubat untuk aku.

Lama dengan aku2 mengalir air mata sebab rasa dosanya aku dekat bapak aku. Aku menyesal sangat. Harini, Nilah hasil dia.

lepas setahun kerja, aku kumpul duit untuk ayah buat kaki palsu. Aku nak ayah senang jalan2 cari makan, lagipun hobi ayah mesen rumput. Takde rumput pun dia still akan on mesin tu biar berbunyi. Hahahaha ayah, ayah.

1. Jadilah anak yang baik. Kadang2 parents kita, pasangan kita tak mampu provide kesenangan harta yang banyak dekat keluarga dia but kita kena selalu ingat effort dia.

2. Jangan biadap dengan orang tua especially ayah mak kita (dalam kes ni ayah akulah, aku sayang ayah).

3. Doakan aku, untuk maafkan mak aku, terima dia.

Terima kasih semua.