Masa ramai2 “stay at home” suraya saja balik, jadikan mak kitorang mcm bibik ngasuh anak2 dia.

Ok, as an intro, saya cerita serba ringkas background ku ini. Cukup kenal saya sebagai Kak Kiah, berlatar belakang dari sebuah keluarga yang besar,ibu suri rumah & bapa bekerja makan gaji hari. Alhamdulillah, semua adik beradik menjejak kaki ke menara gading.

Berkat usaha & doa ibu abah yang tak pernah kenal lelah. Dipendekkan cerita, ibu ku ini merupakan seorang yang sangat berhati mulia & sentiasa berbaik sangka.

Sentiasa berusaha menjaga hati & perasaan orang sekeliling biar hati sendiri sarat duka. Adik beradikku kebanyakkan nya sudah berumah tangga & beranak pinak.

Leman merupakan abangku, yang dikategorikan agak berjaya dalam pelajaran & kerjaya nya. Tidak dinafikan, dia memang banyak menolong kami sekeluarga dari segi wang ringgit & masa. Sebelum ramai yang menyangkal penulisan saya yang sedikit dangkal ini.

Adik beradikku yang lain tidak pernah putus juga menghulur duit bulanan buat ibu & abah walaupun jauh di perantauan.

Contoh nya, jika pulang bermalam di rumah ibu abah ketika cuti. Suraya tidak pernah/sangat jarang duduk di dapur menolong ibu memasak. Waima memotong sayur ataupun berbual bual kosong dengan ibu.

Sudahlah begitu, hal anak anak mereka pon banyak diselesaikan oleh ibu, atas dasar, ibu kasihan melihat cucu2 nye begitu.

Oh, sebelum terlupa, diawal Perkahwinan, Suraya memang tinggal di rumah ibu selama beberapa tahun. Tiada pernah sekalipun ibu merasa rehat di dapur & Suraya yang memasak walaupun di hari minggu.

Sudahlah begitu, anak2 Suraya pon diasuh oleh ibu atas dasar ihsan & kasih seorang nenek. Kesakitan hati ku memuncak kini apabila, PM mengumumkan PKP yang mana Suraya & anak2 terkandas di rumah ibu.

Untuk pengetahuan semua, rumah Ibu bapa Suraya hanya lah memgambil masa selama kurang dari 30 minit dari rumah Ibuku ini.

IBU yang memanggil cucu untuk diberi makan, disuap nasi segala. Selesai itu baru ibu mampu mandi & solat, kemudian, ibu terlihat berbaring merehatkan badan sedangkan waktu itu biasamya ibu akan mengaji AlQuran.

Suraya hanya duduk menonton ataupun dilihat tidur sahaja.

Pendek kata, segala keperluan anak2 Suraya diuruskan oleh Ibu. Ibu pernah meluah, letih & penat, mana nak memasak, nak rehat & ibadat di usianya sekarang, sedang Suraya & Leman dilihat seperti tidak menyedari semua ini.

Btw, kak kiah turut sama membantu ibu tetapi hati kak kiah sakit melihat ibu dilayan sebegitu rupa. Kak Kiah juga punya anak & sedang sarat hamil.

Ibu sudahlah penat, terkadang Suraya suka meluah rasa (membebel) tak kira tempat & waktu. Kak Kiah terdengar betapa die mengungkit tentang jasa2 Leman kepada keluarga.

Kak Kiah tak marah, jika sekiranya tak membantu, tapi janganlah sehingga menambah beban. Sudah lauk siap dimasak, bukan mahu berterima kasih, malah di komennya lagi. Sudah lah rumah tidak di bantu kemas seusai disepah anak2.

Barang2 yang dibeli ats talian, diletak merata, sedangkan saya kenal yang ibu itu seorang sangat pengemas & bersih.

Ibu ku lihat tak ubah diperlsaya bagai seorang bibik oleh Maria. Pernah Ibu mengucap syukur apabila Suraya & anak2 berpindah keluar dari rumah sendiri.

Syukur kerana ibu ada masa untuk diri sendiri, hobi & fokus ibadat. Tapi kini, saya Lihat ibu diperguna sungguh2.. Kenapa tidak Suraya pulang ke rumah orang tuanya yang besar lagi selesa. Orang tua nya juga masih ada & bertenaga.

Kasihan ibu, kudrat nye tidak segagah usia muda. Berdiri lama pon sudah terasa penat. Bayangkan. Kepada pembaca2 diluar sana, muliakan ibu bapa & mertua anda.

Jangan pernah ambil kesempatan atas kebaikan mereka. Sudah berakhir bahagian mereka untuk mengasuh anak kecil, mengurus makan minum anak2 anda.

Spatut nya kepulangan anda ke rumah mereka, menyenangkan mereka. Bukan membebankan mereka. Doakan Ibu Abah kak.

Kiah di beri sebesar besar ganjaran dan mahligai di syurga. & semoga Suraya & Leman terbaca penulisan ini, & sedar apa yang dirasa oleh ibu kami. Assalamualaikum.