Keluarga nk bawa berubat sbb sy baru brkahwin sama org Asli. suami brtatoo. Lepas nikah, sy tergamam dgn layanan diberi suami.

Saya rara seorang wanita muda berusia 26 tahun, bekerja dalam bidang perakaunan, seorang isteri dan mummy kepada 3 cahayamata 3, 2, dan baby (selang bunga).

Pendek je pasal saya. Suami saya Jebat (acah acah Jebat bukan kerana aku tak cinta) ada tattoo dibahu kiri mcm, seorang gengster yang berubah.

Jebat ni orang asli semenanjung. Umur Jebat awal 30an, Jebat mempunyai rupa paras yang kacak.

Malah Jebat juga seorang yang menjaga penampilan. Selalu kita excited dengar orang kawen campur dengan mat salleh, dengan cina, dengan Arab kira macam wow lah.

Tapi now saya nak share kawen campur dengan orang asli yang wow jugak. About our family mula-mula mmg both family tak setuju, family saya nak lelaki beragama tapi saya pilih muallaf, orang asli pulak tu,

Tiada istilah menjadi raja

Pandai jaga anak

Jebat ni datang dari family besar, Jebat anak no 3 dari 8 beradik, jarak umur pun agak berbeza antara Jebat dengan adik bongsu.

Mak cakap Jebat selalu bantu mak jaga adik adik. Yes Jebat uruskan anak anak kami semudah abc. Saya masih ingat hari pertama saya lahirkan anak sulung, dah petang camtu kat ward anak saya berak, banyak sangat, saya nangis call Jebat beritahu saya takut nak tukarkan pampers.

Jebat datang hospital untuk tukarkan pampers baby sambil tu dia ajar saya macam mana nak buat sebab malam nanti dah tak boleh melawat.

Esoknya dah boleh balik, sampai rumah alhamdulillah rumah dah siap kemas tersusun rapi.

Pandai jaga isteri

Menghormati insan bergelar wanita

Jebat tak pernah lebihkan mak, Jebat jugak tak lebihkan saya, kalau saya bilang terasa hati dengan mak, Jebat pinjam telinga untuk dengar dan dihujungnya Jebat nasihat dengan kata kata positive.

Masa mak bilang tak terima saya Jebat mendengar tanpa berkata kata, Jebat tidak melawan tapi Jebat tetap bawa saya pulang ke rumah mak macam biasa.

Jebat bagi mak ruang dan masa. Jebat sentiasa pastikan saya didepan mata. Jebat tetap gengam tangan saya dihadapan semua orang.

Berkat kesabaran Jebat dan akhirnya mak dan saya mampu bersatu. Saya tidak lagi terasa hati, mak juga sayang saya.

Pandai cari duit dan tak kedekut

Berani

Yang ni tak tahu nak letak kategori apa sebab kelakar pun ada, Jebat ni berani, dia tak takut tikus ker katak ke, lipas so on.

Kalau ada yang termasuk rumah Jebat dengan bahagianya tangkap pakai tangan. Dia cakap dulu kat kampung dia selalu tangkap ular, tangkap babi buat jual. Omaigad saya is tak sanggup.

Tapi ini membuatkan saya rasa yakin dan dilindungi.

Fresh dengan agama

Okay sebabkan Jebat ni muallaf maka Jebat fresh dengan ilmu agama, Jebat selalu pergi kelas agama yang disediakan oleh MAIM, bila balik dari kelas agama Jebat akan share dengan saya.

Jebat berusaha mempraktikkan apa yang dipelajari. Kalau dulu family saya menolak sebab takut agama saya tak terjaga but alhamdulillah kami kawen kerana Allah maka, hati saya sendiri slow slow ikut sama nak belajar mendalami ilmu agama sebab nak kongsi dengan Jebat.

Bila Jebat ni selalu masuk kelas, jadi dia belajar pasal halal haram ini menjadikan keadaan lebih mudah.

Kami balik ke kampung macam biasa tapi bab makan minum Jebat sangat menjaga.

Last but not least-takyah berebut balik Mana

Pasir putih. Ni tempat Jebatlah tapinya. Tapi saya dah pergi beberapa kampung memang cantik jer kawasan diorang. And actually diorang ni banyak jer duit simpanan. Tp diorang humble.

Diorang ni dari pendidikan sampai kesihatan tayah keluar duit semua JAKOA tanggung aww takyah pening kepala. Btw Puan N0ng mungkin awak seronok kawen dengan lelaki UK.

Tapi saya seronok kawen dengan orang asli Malaysia. Nak tahu beza dia apa? Orang UK demo bila kene lockdown, orang asli tutup kampung tak bagi covid’19 masuk dan menjangkiti.

Mula mula saya join family orang asli adalah beberapa kisah yang kelakar, first pasal bilik air, rumah mak saya ni rumah batu dah 4 bilik tapi jenis bilik air kat luar, bayangkan kampung ni jenis pasir putih tepi pantai, lampu kat tepi jalan jelah. Nak ke bilik air tu gelap wehhh.

Dah kalau pukul 3 pagi nak kencing, memang menangislah, kecoh sekejap. Sekarang mak dah pasangkan lampu package tak tutup sampai pagi lampu tu hahahaha.

Tapikan kampung tu bila pagi hari tenang jer suasana. Bila petang petang saya ronda kampung, and ramai tegur very ramah ramah one so I pun sememangnya ramah apa lagi beramah mesralah.

“Ni isteri Jebat ker? Yer amai (makcik) ni isteri Jebat”

“Ni menantu mak Jebat ker? Yer mamak (pakcik) saya menantu mak Jebat.

Pastu ramai orang datang rumah nak tengok pilihan Jebat. I remember one pakcik ni tapi meninggal dah, dengan kaki ayam dia beriyer datang sambil cakap “nak tengok menantu baru”, dalam hati kawen sorang bersedara sekampung.

Bila pakcik ni tahu jer yang saya ni orang Islam terus dia jerit assalammualaikum, tapi saya tak menjawab sekadar memberi senyuman. Dalam kampung tu diorang kenal each other, diorang biasanya family juga.

Sebab anak umah hujung kawen dengan anak rumah tengah, yang rumah tepi tu adik beradik dengan yang rumah hujung, yang atuk ni kawen dua sorang belakang sorang depan, so like big family.

Tp tu dulu lah sekarang banyak jer kawen dari kampung berlainan malah dari suku berlainan. Cam Jebat kawen bangsa berlainan. Okaylah 10 kali taip aww punya lama tak buat karangan.

Pening nak susun ayat supaya orang tak salah faham and sampai apa yang saya nak kongsi tapi sure nanti ada yang baca dengan emosi. Ending saya nak cakap terima kasih Kat Jebat sebab jadi suami yang baik, daddy yang baik.

Awak jadikan saya sebagai Wanita Terbahagia. Walaupun kita tak kaya tapi urusan kita selalu dipermudahkan. Berkat awak jaga saya macam bidadari. Berkat awak sentiasa cuba jadi yang lebih baik.

Esok lusa dah nak puasa ni tahun ke-5 awak puasa jangan nak ngada ponteng pulak. Now korang nak kawen tak nan orang asli? Hehehe bangsa tak menentukan pun kebahagiaan kita, yang penting kita ni macam mana urus bahtera.

Yang Berbahagialah, – Wanita Terbahagia (Bukan nama sebenar)