Abah aku dah lama tak balik rumah. Datang jiran aku dia bisik kat telinga mak. sebab tu mak dithan hospital bahagia.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sekarang tengah v1ral cerita korea The World Of Married kan. Rasa terpalit dengan cerita itu, sebab sama apa yang terjadi pada keluarga kami. Saya nak ceritakan pengalaman dari kaca mata seorang anak, bagaimana keluarga kami hampir retak disebabkan orang ketiga.

Maaf andai tersalah nahu bahasa kerana saya bukanlah seorang penulis. Tapi kisah ini saya tak pernah ceritakan pada sesiapa. Baik saya mulakan dengan pengenalan mengenai keluarga saya dahulu. Keluarga saya boleh dikatakan agak senang. Ayah berjawatan tinggi di sektor awam dan ibu saya seorang yang berjaya dalam kerjaya.

Saya anak bongsu dalam keluarga dan ketika itu sedang bertugas di luar daerah, jauh dari keluarga. Saya mempunyai 2 orang abang, yang masing-masing mempunyai masalah sendiri. Abang sulung didiagnosed sengan anxiety, depressi dan skizorfenia.

Abang kedua pula menghadapi masalah dalam kehidupan sosialnya dan lokap polis dah jadi rumah kedua baginya. Bagi ibu dan ayah, saya lah satu-satunya anak harapan yang mereka ada. Ayah bertugas di ibu negeri, manakala ibu bertugas di bandar yang terletak kira-kira sejam perjalanan dari tempat kerja ayah.

Ayah hanya akan pulang lepas jam 9 sedangkan office hour berakhir jam 5. Sehari dalam seminggu, ayah akan bermalam di rumah adiknya di ibu negeri dengan alasan tidak larat untuk drive pulang. Ibu juga kesian pada ayah dan memahami keadaan tersebut.

Tiap kali saya cuti dan pulang ke rumah, saya lihat keadaan rumah sangat suram, lebih-lebih lagi apabila ayah tidak pulang. Ibuku akan memerap di dalam bilik, termenung hingga tertidur. Naif saya pada masa itu untuk tidak mengesyaki apa-apa. Apabila saya pulang untuk bekerja, saya kerap menelefon ayah, pesan supaya cepat2 pulang ketika habis bekerja.

Ayah hanya mengiakan. Saya sebagai pemerhati kepada keadaan org tuaku. Nak harapkan abang-abang, memang langsung tak boleh diharap. Pada suatu hari, saya dan ibuku menghadiri satu majlis perkahwinan di rumah rakan ibuku. Ketika kami hendak pulang, rakan ibuku memeluk ibu, berbisik di telinganya, Yam, sabar ye, saya dengar Hasan dah ada isteri baru. Saya terkejut!

Ibu hanya tersenyum dan cakap, ye ke. Nanti saya tanya Hasan. Uish ibu ni biar betul macam dah tahu je? Masuk ke dalam kereta, saya tanya ibu dah tahu ke? Ibu jawab, ini orang ke 4 yang bagitau ibu ayah kahwin lain. “Takpela Yatt, satu hari nanti kebenaran akan terbentang.

Ibu malas fikir. Otak ibu dah serabut dengan abang-abang kamu.” Saya hanya diam bila dengar ibu bercakap macam tu. Seusai habis cuti saya kembali ke daerah tempat bertugasku. Kemudian tibalah satu malam, malam yang saya tak akan lupakan sampai bila2.

Tengah saya makan malam bersama teman2, tiba-tiba ayah menelefonku. Saya jwb dan ayah terus tanyakan kepada ku, “Yatt, ada tak orang cakap apa-apa kat ibu?” Saya tanya kenapa. Ayah cakap, ibu tak berhenti tanya ayah betul ke dia kahwin lain. Saya cakap pada ayah, kenapa ayah tak jawab soalan ibu?”

“Kalau ayah jawab, keluarga kita tak akan sama macam dulu.”

There you go, a confession. Not to my mom, but to me. Saya terus letak telefon. Benarlah ayah punyai keluarga lain selain dari kami. Hatiku hancur dan kecewa. Saya menangis teresak-esak di hadapan kedai makan sehingga teman2 ku rasa pelik. Saya tak mampu ceritakan apa-apa.

Saya sebagai anak sudah begini sakitnya, apa lagi ibuku sebagai isteri? 2 hari kemudian, ibuku menelefonku. Saya berdebar untuk angkat. Dengar saja suaraku, ibuku terus menjerit, teresak-esak menangis di hujung talian.

Ya, kini ibu sudah tahu dia dimadukan. Saya takkan lupa apa yang ibu cakap. “Yatt, ayah dah mengaku, ayah ada orang lain, ayah dah tak sayang ibu, ibu rasa nak mati, ibu nak mati.”

Puas saya memujuk ibu, tapi apalah daysaya kerana saya berasa jauh dari ibu. Saya tak mampu pulang kerana perjalananku memerlukan tiket kapal terbang. Apabila ibu sudah tenang sedikit, ibu cakap dia minta maaf.

Dia janji tak buat apa yabg dia cakap. Ya saya faham, orang dah hilang rasional mampu buat apa sahaja termasuk membunuh. Saya tak dapat tidur lena malam tu asyik teringat ibu. Esoknya, saya mencari-cari tiket untuk pulang, dan ibu menelefonku.

Ibu mintak saya jangan pulang buat masa ini. Ibu minta ayah untuk lepaskan dia, jadi dia tak mahu saya pulang untuk menyaksikan keadaan itu. Seminggu kemudian, abang kedusaya menelefonku. Saya terkejut, sebab itu adalah kali pertama dalam seumur hidup abangku menghubungiku.

Dia bertanya akan perihal ibu dan ayah. Ada apa2 yang berlsaya ke Yatt? Saya rasa tak sedap hati ni. Ya abangku yang tinggal serumah dengan ibu ayah pun tak tahu apa yang terjadi. Cuma mungkin dia dapat menghidu kedinginan hubungan mak ayah di rumah. Saya cuma jawab, saya tak tahu, saya jauh, kau yang patut tahu kau ada dekat dengan mereka.

Jaga ibu baik2. Jangan buat hal lagi. Kesian ibu. Abangku yang panas baran, menjawab baik Yatt. Saya jaga ibu. Sekali saya terkejut. Sedar tak sedar, 10 bulan saya tak pulang. Ayah dan ibu belum selesaikan apa yang terjadi antara mereka. Saya rindu nak pulang ke kampung, tapi mak masih tak benarkan.

Saya ikutkan sahaja kerana mungkin itu yang terbaik. Ayah sentiasa telefon dan menyuruhku pulang. Tapi saya masih merajuk hati dengan ayah. Saya anak kesayangan ayah, tapi ayah ada keluarga lain. Tak dapat nak gambarkan perasaan saya pada waktu itu.

Ibu melarang sama sekali saya ceritakan hal ini kepada abang2 aku, terutama yang sulung kerana bimbang dia akan jatuh sakit kembali. Satu hari, saya terkejut bila pulang dari kerja, saya nampak ibu sedang menunggu di pintu. Ibu cakap dia minta izin ayah untuk berehat di rumahku.

Ibuku ceritakan segala-galanya yang terjadi sepanjang 10 bulan itu. Rupa-rupanya, selama ini ibu sudah bertemu dengan pakar psikiatri kerana terlalu tertekan dengan masalah abang-abang. Dengan bertambah beban kes ayah, ibu akhirnya dimasukkan ke wad psikiatri selama sebulan untuk rawatan. Selesai rawatan, ibu mengikut ayah berjumpa dengan isteri kedua ayah.

Ibu meminta penjelasan, katanya isteri kedua ayah tidaklah terlalu muda, dan ingin berkawan dengan ibu, sebab itu dia kahwin dengan ayah. Saya dengar dan saya ketawa. Apalah b0doh sangat alasan dia bu? Ibu hanya mengangkat bahu. Kemudian, ibu bincang dengan ayah, dan minta ayah buat pilihan.

Ayah pilih untuk terus bersama ibu. Ibu dan ayah pergi ke Songkhla untuk uruskan penceraian. Jadi kini, ayah dah bercerai dengan isteri kedua dia. Mujurlah belum beranak pinak.

Saya bukanlah terlalu menentang perkahwinan kedua. Tetapi jika ia memberi impak buruk lebih dari baik, apa perlunya ia diteruskan? Bayangkan abang sulung saya tahu, pasti dia akan jadi lebih depressi. Ibuku pun dah masuk wad. Kadang2, saya pelik dengan ayah.

Isteri keduanya langsung bertentangan dengan ibuku. Ibuku seorang wanita berkerjaya, kulitnya putih, pandai berdikari, hidung mancung, tak banyak bercakap, tak pernah saya tengok ibu minta duit dari ayah dan saya tahu, ayah culas bagi nafkah duit pada ibu kerana baginya ibu dah ada duit sendiri. Isteri keduanya, tak pandai bawak kereta, kerjanya biasa2 saja, bertubuh besar.

Ayah seolah-olah mencari apa yang ibuku tiada. Saya pernah tanya pada ibu, kenapa ibu tak pernah minta ayah hantar ibu ke mana2? Ibu jawab dia pernah minta semasa mereka muda, ayah jawab itu menyusahkan dia.

Jadi ibu tekad tak akan minta bantuan kenderaan lagi pd ayah. Jadi kenapa bila dah tua, dia nak cari perempuan yang harapkan dia untuk ke mana2? Sungguh saya tak faham lelaki. Berbalik pada cerita korea viral, nasib la ayahku tidak sekejam Tae Oh, tapi dalam masa yang sama, mujurlah ibuku sebijak SunWoo. Nasib baik benda ni berlsaya bila saya dah bekerja dan ada akal yang matang.

Kalau jadi di zaman remaja aku, rasanya saya pasti memberontak dan entah la saya akan membesar dlm keadaan kemelut mcm mana. Tetapi, walaupun keadaan dah kembali ke sedia kala, luka tak akan sembuh, dan ibu ayah tidak lagi semesra dulu.

Ibu menjadi lebih pendiam, ayah dah buntu nak ceriakan ibu balik. Kadang2 ibu akan pandang saya sambil tanya, Yatt, mesti ayah rindu isteri dia kan? Ibu kejam kan pisahkan mereka dua?

Saya tak mampu menjawab. – Yatt (Bukan nama sebenar).