“Tanggalkan balik” terdengar suara Makhluk mata merah tu. Dia tengok tajam aku. Terfikir apa yg aku buat tadi.

Cerita ni jadi waktu aku study kat U*M dulu. Setiap kali cuti semester, aku dan budak-budak postgrad lain mmg tak balik. Sebab apa? Sebab kita orang rajin. *tangan ke bahu mata ke atas*.

Jadi pihak kolej akan kumpulkan student-student yang tak balik ni kat satu blok. Senang nak manage. Ini bermaksud, aku kena pindah bilik.

So, lepas dapatkan kunci bilik baru aku tu, bilik num 2*** (aku ni duduk kolej konvensional kat upm. Bilik single.

Kolej aku pulak kolej nombor-nombor. Budak-budak U*M tau kot. Kolej nombor-nombor ni memang old school) aku pergi check bilik.

Kot-kot la kipas tak berfungsi ke apa kan. So far ok. Since siangnya aku busy, aku terpaksa la pindah malam.

Then malam tu aku pun start la angkut barang-barang ke bilik baru aku. Aku ingat lagi, time tu around pukul 8 lebih la.

Waktu nilah bermulanya kejadian-kejadian seram tu. Aku listkan by event ok. Senang kau nak faham. Plus I’m nerd like that.

Kejadian kedua:

Pintu almari. Dalam bilik tu ada dua almari. Satu almari baru, satu almari usang. Serius. Memang usang gila almari tu. Kayu pun dah macam mereput je. Then malam tu aku baring-baring nak tido.

Sekitar pukul 12-1 pagi macam tu la. Lampu semua dah tutup. Tengah aku syok melayan perasaan, tiba-tiba pintu almari usang tu terbukak, then tertutup.

Lepas tu terbukak balik, then tertutup. Berulang-ulang kali. In slow motion. Siap ada bunyi ‘kreeeek kreeeek’.

Sebab waktu tu aku macam dah start mamai, aku tak fikir sangat la pasal benda ni. Oh. By the way, sejak malam tu, pintu almari terbukak tertutup ni jadi hampir setiap malam. Mula-mula memang aku tak ambik kisah sangat.

Tapi sebab hampir setiap malam jadi, aku dah start rasa, “eh, ni gangguan makhluk halus ke?”. Aku bukan tak percaya kejadian mistik, tapi aku rasa tak percaya benda-benda macam ni boleh jadi kat aku. Aku ingatkan jadi dalam tv dan kat orang yang ada sixth sense je.

Malam tu memang senyap, tak de bunyi cengkerik ke apa, just kedengaran bunyi mencangkul tu je. Aku dah start meremang bulu roma.

Nak bukak tingkap and check memang harapan je la. Macam la aku berani, kannn. So aku kemas-kemas buku aku, tutup laptop, aku tido.

Esoknya aku cerita la kat member aku pasal ni. Then dia kata “ala, mungkin ajk untuk MASUM buat kerja diorang kot.

Cangkul-cangkul tanah nak setting padang ke apa” (MASUM ni Majlis Sukan Universiti Malaysia. waktu tu U*M tuan rumah.)

Waktu tu baru aku teringat, aku tak tahu pun apa disebalik tingkap aku tu. Sebab aku tak pernah bukak tingkap.

Ye la, aku kan baru masuk bilik tu. Blok tu pun aku tak pernah lalu or pg pun sebelum ni. Siang memang aku jarang kat bilik.

Malam aku tak suka nak bukak tingkap, nanti nyamuk masuk (ceh, padahal penakut. Haha). Jadi petang tu aku sengaja balik awal, nak jenguk tingkap bilik aku.

Kau tahu apa betul-betul kat belakang bilik aku? Car park untuk felo! Tak ada seinci pun tanah, ok. Seinci pun takde. Jadi macam mana pulak boleh ada bunyi mengcangkul?

Kalau by that time paras air tu lebih tinggi berbanding paras garam, maksudnya adalah ‘unwanted roomate’ tu.

So, malam tu aku ajak la Ani ke bilik aku lepas Isyak. Dia datang bawak garam, gelas empat bijik (eh. Betul ke penjodoh bilangan aku ni) dan garam kasar. Mula-mula dia ajak baca Yasin.

Lepas tu, kitaorang pun start la agihkan garam dalam gelas. Then Ani ni isi la air dalam gelas satu persatu (kan ada 4 gelas kan).

Dia isi gelas pertama, then gelas kedua, and by the time dia nak isi gelas ketiga, garam dalam gelas pertama tu dah larut peej. Dah separuh dah larut! Less than 2 minutes macam tu.

Garam kasar kan susah sikit nak larut. Nak nak kalau kau letak sampai separuh gelas garam tu dan air sama level kan. Aku macam tak percaya, tapi benda ni jadi betul-betul depan mata aku.

Kejadian kelima:

Air. Waktu tu around pukul 1 pagi. Aku dah golek-golek nak tido dah. Tetiba aku dengar bunyi air mengalir. Ala, macam bunyi kau tuang air dari jug ke gelas tu. Masalahnya bunyi tu jelas sangat dan dekaaat je bunyi nya.

As if ada orang dalam bilik aku tu tengah tuang air. Aku pun tarik selimut sampai kepala, tutup mata, baca apa-apa yang patut. Lama jugak la baru aku dapat tidur.

Aku: takpe la, nanti aku buatkan ko air. Lepas minum nanti sejuk lah. Meh la masuk.

Lepas tu aminah masuk. Dia diam je, tak banyak cakap. Tapi aku ajak la borak-borak update apa yang patut. Tiba-tiba aminah suruh aku pegang belakang dia. Aku blur la kan. Apa pasal pulak nak pegang-pegang belakang ni.

Tapi dia insist jugak. So aku pegang la. Mak aih, panas! Macam orang demam panas. Lepas tu aminah kata “kan aku cakap, bilik kau ni ‘panas’”.

Kejadian ketujuh:

As-safaat. Sejak aku duduk bilik tu, aku memang selalu demam. Batuk yang tak baik-baik. Dah berbotol-botol ubat batuk aku telan. Still, batuk aku tak baik.

[7]Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka;

[8](Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,

[9]Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.

[10]Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.

Dan ini adalah kejadian klimaks yang buat aku hilang kesabaran /kekuatan /keberanian untuk terus stay kat bilik tu. Yang buat aku rasa lagi elok aku tido dalam kereta dari tido kat dalam bilik.

Malam tu, macam biasa, sebelum tidur kenalah berangan dulu kan. Jadi tengah aku syok berangan tiba-tiba aku rasa sekeliling aku senyap. White noise pun takde.

Lepas tu aku rasa sejuk as if bilik aku tu ada aircond. Dan aku sedar yang aku dah takleh gerak badan aku. nak gerak jari pun tak dapat. So, terbaring keras je aku atas katil.

Tiba-tiba aku nampak dia. Satu lembaga betul-betul atas aku. Mata makhluk tu merah, rambut dia panjang. Dia tenung je muka aku. aku cuba sedaya upaya aku nak gerak, tapi seinci pun tak boleh.

Tiba-tiba dia cakap macam ni, “kenapa nak lekat ni, tanggalkan lah, kenapa nak lekat ni, tanggalkan lah….”

Berulang ulang kali sambil tunjuk kat printout surah As-Saffat yang Ani lekat kat dinding tu. Suara dia mendayu-dayu sangat, peej.

Kuku dia panjang pulak tu. Damn. Kemudian dia perlahan-lahan menghilang, then baru aku dapat gerak badan aku balik.

Berpeluh-peluh aku. berdebar-debar je jantung aku time tu. Aku memang tak fikir panjang g dah, aku ambik bantal, selimut, phone aku, aku lari g bilik kawan aku. time tu around 3 pagi.

Nasib dia masih bangun. So malam tu dan malam-malam seterusnya memang aku menumpang kat bilik dia. Oleh kerana aku dah tak tahan dengan semua peristiwa mistik ni, aku mengadu kat kakak angkat aku.

So dia pun bawak aku g jumpa ustaz yang pernah merawat mak dia. Aku cerita kat ustaz tu dari A sampai Z. dia pun mintak izin aku untuk “scan” bilik aku. lepas tu dia kata, bilik awak ni ada maya Karin.

Aku macam, ha? Apa pasal pulak tetiba maya Karin kan? Rupanya, ni ha.’Maya Karin’ (kak pon). Jadi ustaz tu pun bagi aku satu bungkusan dan satu kertas.

Dalam bungkusan tu ada garam kasar, lada hitam (yang bijik-bijik tu) dan cengkih.

Kertas tu pulak instruction mcm mana nak halau roommate aku tu. Mula-mula kena azan, then baca beberapa surah, sebelum tabur campuran garam kasar tu di sekeliling bilik.

Oleh sebab aku memang dah tak berani nak ke bilik tu, aku mintak member lelaki aku tolong buatkan.

Mari kita namakan dia Ali. So petang tu, (kena buat lepas magrib kalau nak paling berkesan kata ustaz tu) Ali ni pun datang la ke bilik aku. Memang asrama perempuan kawasan larangan lelaki kan.

Tapi time tu aku dah tak pedulik dah. Aku mintak jugak Ali buat apa yang ustaz tu suruh. Oh, lupa nak bagitau.

Ali ni pakwe Aminah. So, petang tu Aminah pun datang la sekali, temankan aku. Then Ali masuk bilik, aku tunggu kat luar, tepi tangga.

aku dengar dia azan, dia baca surah-surah yang ustaz tu suruh kuat-kuat (aku tak ingat surah apa, sebab bukan aku yang buat. Yang pasti ada al-fatihah & ayat kursi lah).

Aku ngan Aminah ni duk la tepi tangga. Then aku dengar dia start tabur-tabur garam tuh. Sebab boleh dengar garam tu jatuh ke lantai.

Tiba-tiba si Aminah ni usap usap belakang telinga dia and kata “geli lah. Pergi kau sana! Jangan kau ganggu aku. pergi!” (Aminah ni Sabahan).

Memang aku seram lah kan! Tapi aku senyap je, membatu tepi tu. Tak lama lepas tu Ali keluar dari bilik. Aku Tanya dia, “macam mana?” dia kata “settled. Kau boleh pindah masuk balik”.

Alhamdulillah. Tapi memang harapan la aku nak duduk bilik tu lagi kan. So esoknya, aku g jumpa management cakap nak tukar bilik.

Akak kerani: “awak bilik num berapa?”Aku: “bilik no 2***”.

Lepas tu muka dia terkejut. Tapi dia tak kata apa-apa.

Akak kerani: “awak pilih mana-mana bilik yang awak suka. Ambik je” tanpa banyak tanya.

Aku: “tingkat satu boleh tak kak? Tapi bilik single penuh, kan.”

Akak kerani: ”boleh, nnt saya bagi awak bilik double. Takpe, awak tetap bayar untuk bilik single”

Maka haritu jugak aku keluar dari bilik tu.Maka tamatlah episod aku kena kacau, Alhamdulillah. Lepas tu memang aku tak pernah lagi nak lalu kat situ.

Beberapa bulan lepas tu aku terserempak dengan junior aku. Dia cerita bila semester bukak, bilik tu dibiarkan kosong.

Sebab selama ni memang bilik tu kosong. Tapi disebabkan ramai sangat student, bilik tu dibukak balik pertengahan semester. Tapi penghuninya memang akan bertahan paling lama pun 2 minggu je.

Lepas tu mesti akan tukar orang lain pulak. Aku tak pasti apa jadi, cuma ada sorang budak ni cerita kat junior aku tu, jam kesayangan dia hilang dalam bilik tu lepas beberapa hari dia masuk.

Puas dia cari kat mana-mana dalam bilik tu tapi tak jumpa. Then dia selalu rasa seram dalam bilik tu. So satu hari dia g pejabat mintak tukar bilik.

Macam biasalah, akak kerani tukarkan tanpa banyak soal kan. Lepas tu balik je dia dari pejabat pengurusan, masuk je bilik, dia tengok jam dia tu betul-betul atas laptop dia.

Padahal bilik tu bilik single. And mana2 dia g dia kunci bilik. Macam mana jam tu boleh end up atas laptop dia pulak kan?

Aku kadang-kadang curious apa sebenarnya jadi kat dalam bilik tu sampai boleh jadi haunted macam tu. Maybe dulu-dulu ada pembvnuhan ke ape kan (mentang-mentang ada dengar bunyi mencangkul).