Tak sangka dgn bg kebenaran penagih ini tidur luar rumah dia buat bende tu dan beri barang pada isteri saya.

Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada admin jika cerita saya ni disiarkan. Hanya untuk menceritakan pengalaman & iktibar kepada semua.

Cerita ni bermula masa saya baru pindah ke utara atas tuntutan kerja suami.

Company ada sediakan rumah,tapi disebabkan kene share dengan pasangan lain, kami buat keputusan untuk cari rumah sewa je.

Tak selesa lah nak duduk sekali dengan orang lain dengan nak jaga aurat 24 jam lagi. Dalam sebulan lebih cari,dapat la 1 rumah sewa ni.

Rumah kampung papan je tapi cukup selesa da untuk kami berdua. Rumah ni rumah atas jadi ade ruang lah kat bawah rumah tu.

So die pesan jangan bagi diorang melepak lagi dah. Takot apa-apa jadi sebab saya sorang je kat rumah bila suami saya kerja.

Tapi ni dari pandangan saya la,selama diorang melepak dekat rumah saya takde pun diorang ni buat hal ke ape. Baik je. Takde buat bising pun bila lepak.

Kalau suami saya keluar rumah cepat-cepat diorang tanya nak pergi kedai ke, biar diorang yang tolong belikan.

Kalau ade sampah ke, diorang tolong sapu. Laman rumah saya bersih je. Selalu jugak diorang bagi ikan, udang, sotong sebab diorang ni nelayan.

So bagi aku, diorang ni ok je. Tapi tak tahu la kalau baru-baru kenal kan. Then lepas kes polis tu,rumah saya terus sunyi.

A janji dengan suami saya nak berhenti dah. Suami saya bagi masa sebulan lebih untuk berubah,stop ddah terus sebab dalam masa tu baru ade kerja kosong.

Selama sebulan, A tidur kat pangkin rumah saya weh. Saya kesian sangat kat die tapi kitorang tak tahu nk letak die kat mana.

Die pun cakap nak balik rumah tak boleh, nak tumpang rumah kawan semua kaki ddah. End up, die sendiri buat keputusan nak tidur situ je & dekat dengan suami aku.

So suami saya boleh pantau die betol-betol berhenti ddah ke tak. Tapi perangai die Alhamdullilah elok. Laman rumah saya bersih je sebab die sapu. Pokok saya tanam pun die tolong siramkan.

Masa awal-awal berhenti daah ni, mengigil, gelisah A ngadu dekat suami saya kata tak tahan. Suami saya hari-hari suport die slow-slow lupakan ddah.

Saya ingat lagi, saya menangis sebab tinggal RM150 sahaja untuk sepanjang bulan. Duit minyak kereta,barang dapur untuk sebulan, bil-bil bulan tu & macam-macam lagi bergantung pada RM150 sahaja.

Saya cuma beli telur, beras, minyak untuk makan sebulan. Suami saya ulang kali tanya boleh ke saya makan telur je.

Sebak saya tengok suami saya sebab die mintak maaf tak dapat bagi kemewahan pada aku. Saya cuma jawab,saya tak kisah makan telur je asalkan ade kicap. Eh? Hahaha.

Tawa bersama dalam tangisan. Huhu. Saya serba salah jugak nak bagi A ni makan telur je. Tapi suami saya cakap itu je yang ade, tak pe lah.

Masa suami saya bagi makan, die bagitau A bulan ni ade masalah sikit so dapat makan telur je. A memang tak kisah lah sebab kami yang beriyer nak bagi makan hari-hari sebab kesian.

Siap ade baki RM4 die bagi saya suruh simpan sebab die taknak pegang duit. Paham-paham lah die takut ade duit kang start perangai lama.

Esoknya suami saya tanya owner kebun tu,then owner tu cakap memang die upah A semalam. A mintak tolong sangat bagi lah apa-apa kerja pun.

Kebetulan ade sorang pakcik ni kawan suami saya pun ade kat situ. Pakcik ni cakap dari pagi dia jalan kaki keliling kampung tanya orang ade apa-apa kerja tak die boleh buat. Tapi paham-paham la mentality masyarakat pasal penagih kan.

So diorang tak layan sampai la A jumpe owner kebun tu. Hari tu A hilang lagi. Rupanya die cari kerja kampung lagi tapi tak dapat.

Dan start tu tiap-tiap hari la die keluar cari kerja kampung. Dapat duit die bagi aku,suruh buat bayar bil. Buat belanja barang dapur.

Mungkin benda ni nampak simple dekat orang lain,tapi bagi saya cukup terkesan, tersentuh dengan nekadnya A ni untuk berubah.

Bohong lah awal-awal saya tak pandang jijik dekat A ni, tapi ALLAH nak tunjuk kat saya semua orang boleh berubah & bertaubat.

Kalau la ada bekas penagih ddah yang nak berubah,tolong lah support diorang.

Tunjuk yang kita ambil berat kat perubahan diorang. Tapi kalau yang acah-acah nak berubah tu tapi bertahun-tahun macam tu jugak sila kaki kan muka mereka ok. Terima Kasih.