Pak Long tiba2 balik nak sesuatu lepas nenek uzur. Sblm ni tak pernah balik, Mak aku pulak kene jaga nenek

Assalamualaikum W.B.T kepada semua pembaca tegar. Terima kasih diucapkan kepada pihak admin seandainya luahan hati saya ni dapat dipamerkan untuk bacaan orang ramai.

Acap kali juga saya berfikir, betulkah tindakan saya dengan menghantar luahan ini untuk bacaan khalayak awam sedangkan ini bersangkutan aib keluarga saya sendiri.

Tapi akhirnya saya ambil keputusan dan mengambil masa untuk meluahkan isi hati yang terbuku selama ini.

Semoga cerita ini dapat membuka mata-mata kalian di luar sana. Segala yang baik, jadikan tauladan. Yang buruk dijadikan sempandan.

Bismillah. Sedikit latar belakang. Kisah ini bukanlah kisah aku. Ini kisah mak aku, dan saya sebagai anak saban hari semakin menipis kesabarannya. Saya tak mampu lakukan apa-apa untuk melindungi mak aku.

Nak kata sayang pun tidak, nak kata benci pun tidak. Mak ada seorang adik perempuan saya berikan nama cik Peah. Dulu hubungan kami sekeluarga sangat rapat.

Mak dan Cik Peah saya tu boleh dikatakan ‘bestfriend’ walaupun ‘sisters’. Semua benda buat bersama. Tapi tak taulah di mana salahnya, hubungan itu merenggang sehingga membuatkan permusuhan antara mak dan si Peah tadi.

Tak cukup itu, si Peah siap menjaja cerita bukan-bukan kepada adik beradik lain konon-kononnya mak gila harta.

Sumpah, wallahi, Mak saya bukan macam tu. Rumah sewa nenek memang banyak. Sebelum ni adik bongsu mak, saya namakan Kiah yang kutip duit sewa sebab dia yang jaga nenek.

Mereka pun dah bersetuju siapa jaga nenek, duit itu milik mereka sebab itulah duit nak digunakan buat perbelanjaan nenek. Lagipun nenek walaupun skit, dia masih minta duit.

Peah juga beli tanah pusaka yang diwariskan buat pakcik dengan harga yang rendah.

Pakcik memang orang susah, kerana nak sebuah rumah, pakcik ambil juga dan bina rumah guna duit tadi. Kalau korang ingat masalah dah selesai, ternyata belum.

Akhirnya tiada satu pun yang mampu tahan menjaga nenek. Nenek kan dah seperti kanak-kanak pemikirannya. Asyik mengamuk, mulutnya tak skit pulak, itu yang saya pelik tu.

Akhirnya nenek diserahkan semula pada Mak. Mak pun jagalah nenek, tapi kali ni perjanjiannya dah lain. Duit sewa rumah tu dibagi-bagi ikut rumah sewa di atas tanah masing-masing.

(ikut perjanjian, selagi nenek hidup selagi tu semua tanah dan rumah sewa adalah milik nenek. Tapi tuhlah, masing-masing dah kelabu mata dengan $$)

Tetapi kenapa tanggungjawab tak nak pulak ikut Islam Sedangkan syurga mak saya di sisi ayah aku, tapi mak saya yang jaga nenek. Pak long lelaki kan? Syurga paklong adalah Nenek.

Kenapa pak long tak jaga nenek barang sehari? Selama ni pak long diamkan diri je. Duduk dalam negeri yang sama pun jarang-jarang nak melawat nenek. Saya tak taulah korang puas ke baca cerita yang macam tak berapa nak sampai ni.

Sebenarnya banyak lagi kejadian yang saya tak sebut. Sebab saya terlalu malu dengan apa yang menimpa keluarga aku.

Tapi ada beberapa perkara yang saya nak highlight kat sini. Mak ayah, silalah hibahkan harta sebelum meniggal dunia.

Kerana harta, anak-anak bergaduh. Institusi kekeluargaan pecah. Nenek saya pernah ckp “Selagi saya hidup, korang tak payah sibuk-sibuk pasal harta aku”.

Tengok apa dah jadi? Takdir Tuhan, Allah dah tarik nikmat akal rasional untuk berfikir.

Akhirnya diri dijadikan bola oleh anak-anak. Semua berkira untuk menjaga ibu seorang sebab rasa diri tak mendapat keuntungan.

Sepanjang hayat kita, jangan hambakan diri pada harta. Saya rasa ini kifarah untuk nenek aku. Sepanjang dia hidup, dia bertuankan duit.

Sampai umur dah senja pun masih fikir duit. Itu aja meniti di mulut walaupun dah skit. Anak-anak jangan pernah lupa tanggungjawab terhadap ibu. Terutamanya bagi anak lelaki. Mereka kunci ke syurga kalian.

Benarlah kata orang, sepuluh anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Ibu jangan pernah bersikap pilih kasih dengan anak-anak. Nenek aku, memang ada anak favourite.

Saya rasa si Peah tu makan hati sepanjang membesar. (sebenarnya mak pun sama. Mak ckp perkara yg sampai sekarang buat dia terkilan adalah bila nenek taknak support dia masuk UM tapi nenek tak kesah keluar duit untuk anak-anak lelaki).

Tapi akhirnya anak favourite tu tak menjaga dia pun. Kepada lelaki bergelar suami, InshaAllah ada pahala menanti kalian sekiranya kalian redha jika isteri kalian ingin menjaga ibu dan bapanya, Terima kasih ayah, ayah permudahkan urusan mak.

Saya harap perkongsian saya ni tak terlalu membosankan para pembaca.

Doakan mak saya dapat syurga yang indah atas setiap kebaikan dia lakukan sebagai anak. Dan doakan saya adik beradik tak bergaduh kerana harta.

Doakan kami sentiasa berkasih sayang antara satu sama lain, Dan juga, doakan saya jadi anak yang berbakti.