Masa tu malam, Zack termasuk rumah orang lain. Mata Zack mula berkaca bila tertumpu pada seorang prempuan dalam rumah tu.

Assalamualaikum. So sebelum saya cite panjang berjela, saya bagi warning awal2 cite saya panjang dan 100% real story. Saya perempuan.

Oh tidakk.. Saya perempuan yang tak seberapa perempuan sangat sebab saya ni more kepada kelakian sikit perangai.

Member saya banyak laki. Pendek cerita, saya sebenarnya kira mcm budak2 problem yg korang suka2 hati cop gelaran macamtu kat kitorang.

Tapi mmg ye pun. Kitorang suka buat problem kadang2 tp pelajaran kitorang still tip top.

Nama saya dalam geng, Jaido. So call me Jai je k. Ok dipendekkan cerita, saya and the geng selalu jugak laa melepak layan racing kampung. Saya dgn Zack (nama samaran), mmg kamcing habehhh!! Kitorang kira mcm BFF je.

Lama jugak kitorg sembunyi sebab takut gila sebab kalau mak bapak kitorg tau mmg mati! Kitorang bukan dr keluarga biasa2.

Kira mak ayah ktorg ni ada pangkat and sibuk sampaikan ktorg ni dah mcm liar sikit. Dlm sejam lebih kitorang sembunyi then dah nak cau sebab rasa mcm dah aman.

Tp tiba2 lak hujan selebat2nya dgn guruh and kilat lagi. Mmg tempias la ktorg kt tepi tu. So ktorg cuba nak masuk dlm rumah tu sebab tgk mcm sunyi je. Masa bukak tu, mmg bernasib baik gila! Tak berkunci jugak.

Serius ar tuan rumah ni? Rumah hantu ke ape ni? So ktorg masuk terhendap2 semata2 tak tahan sejuk kat luar. So kitorang duk tepi pintu je.

Tapi deco dlm rumah tu, pehhh cantik gila! Saya syak mcm rumah bujang. Maybe perempuan. Saya pun mengatal nak pi usha2 rumah dia.

Saya pelik tgk si Zack ni. mmg dlm geng ktorg dia paling playboy tp takkan budak yg dia tak nampak muka pun dia nak cekau? Setakat suara je, boleh jatuh hati.

Habis je mengaji, budak tu tadah tangan sambil angkat Quran dia. Syahdu gila doa dia! Belum pernah saya dengar orang doa mcmtu. Biasa makcik2 pakcik2.

Kalau budak muda, cau lincau je. Teresak2 dia doa mcm dia mohon sesuatu yg dia nak sangat dapat. Saya tak berapa dengar sebab zack je intai sorang2 dengan kuat lagi hujan kt luar tu.

Kang saya tolak dia ke dalam, terjelepok dia, tak pasal2 kantoi dgn minah tu. Pastu bila nak dekat2 hujung doa budak tu, saya gn Zack kelam kabut la turun tangga. Zack suh keluar jugak dr rumah tu walaupun hujan lebat.

Dia kata redah je. So saya ikut je. Sejak dr peristiwa malam tu, Zack berubah habis weh! Makin pelik perangai dia. Dia tak banyak lepak dgn ktorg. Asal saya ajak lepak mlm, ada je alasan dia.

Saya suruh dia terus terang kenapa buat saya mcmni. Apesal tak cerita je kalau ada problem. So mcmni ayat dia yg buat saya tersentak.

“Saya dah bosan jadi jahat. Sampai bila kita nak hidup mcmni. Saya nak berubah tapi saya tak kuat nak ajak kau gan geng kita yg lain.

Bagi saya kenal diri saya dulu.” Weh? Kau berubah sorang? Nak tinggalkan saya sorang2 kat jalan gelap ni? Habis apa kaitan dgn minah tu?

Dia ckp dia jatuh hati masa malam tu. Hanya suara je dia dah tertarik. Saya kesian tgk Zack sebab muka dia serabut mcm tak kenal diri dia sape. Dia lagi serabut sebab mak dia dah arrange perkahwinan dia.

Biasa laa budak2 mcm ktorg ni, mak ayah mmg paksa kawin dgn pilihan hati diaorang tp mmg pilihan tu baik2 la drpd pilihan ktorg ni. Hahahaaa.

Saya pulak naik tension. Zack bukan kenal pun perempuan tu mcmmana tapi beriya nak cari girl tu jadahnyee! So lepas sebulan gitu ktorg final, semua bawak haluan masing2.

Sebelum balik, sempat jugak mak bapak zack jemput ktorg dtg majlis zack nti. Saya tgk muka zack mcm kelam je. Ok saya pendekkan lg terus smpai wedding Zack.

Masa saya datang, saya tgk Zack macam mati anak je muka. Saya nak tegur pun tak berani. Tapi saya sempat jugak bagi nasihat supaya dia jalankan tangggungjwab sbgai suami dgn sebaiknya.

Bini dia cantik, lembut je orangnya. Dia layan je ktorg geng2 yg ala2 mcm black metal ni sb dia tau ktorg kawan2 suami dia. Dlm sebulan kawin tu, Zack selalu lepak dgn ktorg.

Saya mula2 syok la sebab Zack dah ok and nak lepak balik dgn ktorg. Tp saya lupa dia dah anak isteri. Bila saya tersedar tu, saya marah jugak la asal dia tak pernah lekat kat umah.

“Saya dah jumpa perempuan yg bukakkan pintu hati saya tu.” Tersembur air kt mulut aku! Saya dah gak! Pehh kesian la bini dia nanti. Saya tau sangat perangai zack ni.

Dia kalau nak, mmg dia cari sampai dpt. Sampaikan yg ada depan mata pun dia boleh tolak ketepi. Saya yg mmg dah insaf ni, mcm terkilan.

Taktau la naluri keperempuanan tu dah ada sikit kt diri saya ke ape. Asik touching jee kalau benda2 sentimental cmni. Pastu saya angkat kaki nak blah.

Saya xnak tergolong dlm org yg termasuk dlm kes cerai berai ni. Barai weh otak aku. Serabut! Emo pun ada. Zack tahan saya suruh dengar.

Saya rasa mcm cite tamil dah lakonan saya gn zack masa tu. Pastu Zack ckp ,”sebenarnya bini saya tu perempuan yg saya nakkan tu.” Terlopong mulut aku. Adakah ini cinta? Ehh.

Sejuk je perut saya tgk. eh ehh! Ahh tak kisah la perut sape yg sejuk. Tp saya rasa kisah Zack ni paling sweet yg penah saya tgk secara live! Buat kawan saya Zack and bini dia Sumaiyyah, saya doakan perkahwinan korang kekal hingga ke anak cucu.

Terima kasih Sumaiyyah sebab berjaya bukakkan pintu hati membe aku. Kalau saya ada anak, saya nak letak nama kau sebab nama kau pun sedap jugak .

And saya rasa nama tu mcm nama zaman nabi. Entah laa saya masih lg menuntut agama dgn ustaz. Ustaz? Hehe. Doakan ada rezeki saya lak naik pelamin ye. Saya segan nak cite pasal aku, tp saya suka dgn cite Zack.

Saya kongsi sebab saya nak korang tau, budak2 liar mcm kami ni,teruk mcm mana pun hinaan dan caci maki kami terima dr kalian, Allah masih sayang dan hantar manusia2 yg baik utk paut tgn kami dr terus tergelincir masuk ke neraka.

Tp kalian2 yg menghina kami seolah2 confirm2 masuk syurga tu, saya tgk ada yg dah terpelanting semula kata2 dia kt diri dia sendiri. Saya malas nak cite. Nti korg stress data korang abis sb cite aku. Ok tu je dr aku.