Buka Hp Mama, trbaca SMS jljik dari lelaki lain. Bila kantoi malam tu juga ayah buat sesuatu. Sy dgr jelas ibu menangis.

Hai. Saya Nurul berumur dalam lingkungan 19 tahun. Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang bahagia itu merupakan satu nikmat yang semua orang nak dan tak semua orang dapat.

Dan orang itu termasuklah saya . Ya, saya dilahirkan dibesarkan dalam keluarga yang porak-peranda. Saya jarang share masalah saya dengan orang.

Saya tak suka share dengan orang. Saya suka simpan dan pendam sorang-sorang.

Tapi, sampai satu tahap saya memang sangat tak tahan. Sakitnya pendam masalah ni Tuhan saja yang tahu. Seawal usia saya 5 tahun, saya menjadi saksi bagaimana masjid yang ibu bapa saya bina, hampir roboh.

Saat itu saya masih kecil. Saya tidak mengerti apa yang berlaku. Saya membesar tanpa kasih sayang dan perhatian yang cukup daripada family aku.

Masa saya darjah 6, saya jumpa fon ibu. Tapi ini fon lain. Saya baca mesej masuk dalam fon ibu. Tapi itu semua bukan mesej daripada ayah.

Tapi daripada lelaki lain. Tak perlu saya huraikan apa isi kandungan mesej itu kerana ia terlalu menjljikkan.

Hati saya hancur bila tahu ibu buat perangai. Beberapa tahun sebelum itu, ayah buat perangai. Lepastu stop kejap. Then ibu pula buat perangai.

Waktu itu saya tak tahu apa tindakan yang patut saya buat. Patutkan saya bagitahu ayah tentang ibu curang belakang ayah.

Tapi saya tak sanggup sebab kalau saya bagitahu, pasti saya kehilangan keluarga. Ibu ayah akan bercrai. Jadi, saya diamkan saja tentang phone ibu tu.

Saya lihat ibu berjanji dengan ayah ibu tak ulang lagi perbuatan dia. Ketika saya di Tingkatan 5, ibu buat hal lagi untuk kali yang ketiga.

Ibu ajak saya temankan dia pergi satu restoran katanya nak jumpa kawan lama. Tapi ibu jumpa kekasih dia.

Ibu suruh saya salam dengan lelaki tu. Saya cakap saya taknak. Saya ajak ibu balik sebab saya tak suka lelaki tu and saya tak kenal siapa pon dia.

Saya memang nak nangis time tu sebab saya ingatkan ibu dah berubah. Tapi makin teruk.Ibu dengan lelaki tu tanpa malu makan bersweet-sweet depan aku.

Saya taktahu apa yang ibu fikirkan. Saat tu saya tersebut dalam hati ” Ibu gila!”. Saya nampak ibu cium tangan lelaki tu.

Semua perkataan yang tak elok ayah hamburkan dekat ibu. Malam itu juga, ayah ceritakan semua kepada aku. Siapa sebenarnya ibu.

Itu kali pertama saya lihat ayah menangis. Sungguh, Ya Allah saya tak kuat pada saat itu. Ayah nekad untuk berpisah dengan ibu. Kalau ayah tak lepaskan ibu, ayah dayus.

Ibu meminta saya merayu pada ayah supaya jangan ceraikan dia. Ibu cakap ibu sayang saya dan adik. Ibu merayu memohon dikasihani sekali lagi.

Keluarga ibu datang, memohon agar tidak dicraikan ibu. Saat itu saya nampak ibu junjung Al-Quran bersumpah atas nama Allah utk tak ulang lagi.

Hati saya sendiri pon tawar sebenarnya. Saya takut janji ibu taburkan tu sekadar janji. Sperti sebelum-sebelum ini, ibu berjanji, tapi ibu buat lagi.

Bagaimana saya nak sorok wajah aku, masalah saya depan orang. Bagaimana saya nak pura-pura “nothing happen” depan kawan-kawan aku? Sampai sekarang Dia masih beri saya sedikit kekuatan untuk saya teruskan hidup.

Saya ada seorang adik yang perlu saya jaga. Saya tak boleh tewas. Saya kena kuat. Kadang saya terfikir, dimanakah keadilan buat anak-anak yang hidup dalam keluarga yang bermasalah ? Saya selalu pesan pada adik supaya terus kuat.

Kakak ada dengan adik. Cuma kakak jauh. Adik kena kuat. Saya harus kuat demi adik aku. Kalau saya lemah, bagaimana dengan adik saya ? Saya selalu pesan pada adik saya saat adik saya call, menangis, mengadu pada aku.

Tapi hakikatnya saya sendiri tak kuat. Saya pernah cuba untuk suicide. Macam-macam saya buat untuk hilangkan tekanan dan depression aku.

Saya pernah terfikir nak ambil d*dah. Saya pernah terfikir untuk lari rumah. Tapi Tuhan masih beri saya peluang.

Sampai sekarang saya bergantung dengan ubat depression. Saya kadang-kadang menangis sorang-sorang. Cakap sorang-sorang. Saya tertekan. Sungguh. My life svcks.

Semua orang yang saya sayang, orang yang saya rapat tinggalkan aku. Tak hargai aku. Saya cuma minta sedikit kekuatan agar saya boleh terus bertahan buat seketika.

Saya penat. Jiwa saya koyak. Jikalau benarlah apa yang dikatakan ayah, ibu itu pelacur. Saya tidak membenci ibu.

Seburuk mana ibu, dia tetap ibu aku. Dari itu, saya belajar untuk menerima baik buruk manusia. Walau seburuk dan sekeji mana mereka.

Kerana bagaimana saya menerima status ibu aku, itu merupakan satu pengorbanan yang besar dan penerimaan yang besar saya buat dalam hidup aku.

Tidak ada orang suci yang tiada masa silam dan tidak ada orang jahat yang tiada masa depan. Kepada yang dikurniakan keluarga yang bahagia, yang dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang baik-baik, hargailah ibu dan ayah korang.

Kerana masih ada insan yang memerlukan dan yang tidak merasai nikmat kebahagiaan itu. Ibu ayah, kakak doakan agar kalian diberi kebahagiaan dan kesejahteraan.

Agar Tuhan panjangkan jodoh kalian. Hingga ke Syurga.