Walaupun hamil, pelik isteri tak nak beli baju baby. Mungkin dia dah jangka akan pergi selama-lamanya lepas disahkan denggi berdarh.

Salam Ramadhan untuk semua. Nama aku Muhammad (bukan nama sebenar). Aku berkahwin pada tahun 2015, di kurniakan 2 orang cahaya mata dua-dua lelaki.

Umur sulung 4 tahun dan bongsu 3 tahun. Mcm orang lain, aku sangat sayangkan keluarga aku, dalam usia perkahwinan tu aku dah dikurniakan berbagai nikmat Allah swt yang sangat banyak.

Nikmat anak, nikmat seorang isteri yang sangat baik dan patuh, nikmat duit, dapat beli rumah dan banyak lagi. Sebagai suami aku rancang keluarga untuk masa hadapan, untuk orang yang aku syg kalau umur aku tak panjang itu semua akan aku tinggalkan untuk isteri dan anak2 aku.

Aku pun berharap supaya aku dapat sediakan semunya untuk keluarga aku, isteri tidak perlu kerja duduk jadi suri rumah je.

Namun hari berganti hari, pelbagai nikmat yang Allah bagi, namun aku masih lupakan Allah swt, solat tak jaga, rasa bersyukur hanya di bibir tapi hakikatnya aku lupakan Allah swt.

Aku dah mula2 buat kerja rumah tolong isteri aku, masak, tak melepak dah malam2. Dan banyak lagi kegiatan buruk aku yang aku tinggalkan.

Sampai isteri aku perasan perubahan aku dan dia kata dia sukakan perubahan ni. Bila isteri aku dah sarat 8 bulan anak dalam kandungan, isteri aku kelihatan agak normal macam sebelum ni.

Cuma sakit2 badan orang sarat mengandung biasalah, dan dia mengadu demam dengan aku. Aku bawak ke klinik dan check darrah semua everything ok. Tapi demam die jadi on off, aku jadi tak sedap hati.

Aku bawak ke G. H dan doctor tak dapat sahkan apa2, Cuma kata ada jangkitan kat paru2. Dah masuk hari ke 3 warded baru doctor sahkan isteri aku kene denggi berdar rah keadaan sangat krtikal.

Bayangkan isteri aku sarat mengandung nak berhadapan dengan denggi berdarah. Hati aku macam dicucuk laju dengan pisau dengar berita tu, kepala makin serabut banyak yang aku fikir dalam kepala aku.

Aku harap awrah isteri dan anak perempuan syurga aku tak lupakan aku di akhirat kelak. Sambutlah tangan abah nanti nak, bawak abah bersama di syurga nanti insyAllah.

Namun aku gagahkan juga diri, Aku kuatkan demi 2 orang anak aku yang sekarang sudah yatim, amanah Allah swt dan arwah isteri yang ditinggalkan untuk aku jaga sebaik mungkin.

Setiap yang hidup pasti akan m4ti, aku mula positifkan diri, aku mula jaga solat. Kadang2 dalam doa aku, aku malu dengan Allah swt.

Bila di uji sehabat ni baru aku sedar betapa kerdilnya aku di dunia ni. Keluarga aku banyak bagi semangat terutama mak aku.

Aku bersyukur Allah masih pinjamkan aku seorang mak yang sangat memahami. Namun Sekali lagi aku diuji, Allah jemput mak aku pula sebulan selepas arwah isteri aku pergi.

Dan aku dapat rasa kerja2 yang arwah isteri aku buat dulu secara total.

Hihi baru la kau tau dan faham kenapa isteri2 kuat membebel. melayan ragam anak 24 jam bukan mudah ye.

Bulan Ramadhan kali ni aku tanpa isteri dan mak, berbuka dengan anak2 lelaki aku je Rasa kurang sangat Ramadhan kali ni. Belum rasa Hari raya lagi.

Tapi semua tu aku terima dengan hati yang lebih tenang. Hidup aku seharian makin tersusun. Umur perkahwinan 4 tahun tu terlalu singkat untuk aku.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya, dan apa yang berlaku adalah kesan dari perbuatan kita sendiri. Mungkin ini cara Allah swt menegur kesilapan aku. Aku akhiri, dengan sedikit nasihat.

Sebagai suami, kita hargai la isteri dan anak2 kita. Sayang la kelurga kita. Sebab itu perkara yang tak dapat kita beli dengan wang ringgit.

Cantik atau tidak isteri kita, bijak atau pandai anak kita itu bukan ukurannya. Sentiasa la curahkan kasih sayang seorang suami dan bapa pada kelurga.

Dan lagi satu bersyukur selalu dengan nikmat yang Allah beri pada kita. Aku berdoa setiap hari moga Allah Swt jadikan aku seorang bapa yang baik.

Sbb itulah persoalan yang selalu bermain di hati aku sejak aku jalani dugaan ni. “BOLEH KE AKU JADI BAPA YANG BAIK?”

Aku menulis untuk peringatan kita bersama, yang baik datang dari Allah, yang buruk itu sudah pasti dari saya hamba Allah swt yang berdosa.

Sekian, Salam Ramadhan dari saya.