Nampak ayah selalu suap k.ipar. Satu hari terjumpa kain kuning dalam blik k.ipar. Yg peliknya ayah terus halau keluar.

Saya nak luah pasal Kakak Ipar aku, saya cuma nak orang ambil pengajaran dalam luahan ini. Btw, nama saya Ifa . Abang saya berkahwin dengan pilihan hatinya, memang saya okey je dengan kakak ipar.

Family saya pun okey dengan kakak ipar, basically takde masalah. Tak macam typical MIL la kan. Parents saya layan dia macam anak dia sendiri, ayah saya siap suapkan kakak ipar lagi.

Every month bagi RM200 duit belanja, even dia bekerja.
And, bagi pakai kereta. Kami adik-beradik pun tak kisah sangat la.

Memang semua family saya (termasuk makcik pakcik belah parents) suka kat kakak ipar. Sampaikan, maksu saya tak bagi ibu saya membebel, marah or suruh dia buat kerja.

Untung kan ? Btw, dia tinggal 1 rumah dengan parents aku. Rasa-rasa ada lagi tak FIL and MIL yang macam ni ? Ada, tapi tak ramai kot. Parents saya memang tak berkira dengan dia.

Memandangkan kereta arwah abang saya tu ayah sayang nak buat lasah sebab banyak kenangan. Okey, saya boleh terima alasan tu.

Takpe saya diamkan je, tapi nampak dia macam cuba lari-lari dari aku, and saya perasa dia selalu elakkan diri dari jumpa aku. Saya tak pasti kenapa.

Benda ni jadi makin teruk bila parents saya macam asyik nak menangkan dia, berbanding adik beradik saya yang lain.

Apa yang anak-anak buat, semua salah dimata diorang. Tapi kalau menantu dia yang buat, semua betul saja. Saya tengokkan je, and diam-diam saya siasat.

Ayah saya ni ada perniagaan, tapi kecil-kecil je. So 1 hari tu, saya pergi kat kedai ayah saya untuk settlekan bil.

Dia cakap dia haritu abang saya yang no 3 tu ada tanya dia pasal password akaun ayah. Apa lagi, ayah pun tanpa usul periksa terus mengamuk dengan abang saya tu. Walaupun dah dinafikan.

Saya doa supaya Allah tunjukkan siapa yang salah. Long story short, setiap hari jumaat memang kakak ipar saya suruh saya kemaskan bilik dia sebab dia pergi kerja awal, Allah tu maha mendengar.

Dia tunjukkan dekat aku, saya terjumpa 4 receipt barangan yang dibeli, sama amount dengan yang ditransfer.

Saya selongkar lagi, rupanya banyak yang dia beli guna duit ayah saya secara senyap-senyap. Apa lagi yang dia tak puas hati ? Parents saya punya baik, itupun nak pijak kepala lagi ke ? Duduk free, makan free, kereta free, bulan-bulan dapat RM200.

Dan yang paling mengejutkan aku, dia guna-guna kan parents aku. Macam mana saya tahu ? Sebab saya jumpa banyak benda berkain kuning. Yang diikat dengan benang merah, and saya perasan dia akan elak pandang mata aku.

And semalam sesi last rawatan dengan ustaz untuk buang segala sihir yang ada. Okey, macam mana saya bagitahu parents aku.

Actually memang parents dah tahu yang diorang dah terkena buatan orang. Cuma ustaz hanya cakap yang buat tu orang terdekat.

Tapi tak bagitahu siapa orangnya. Parents saya rasa lain, diorang cakap ada mimpi bukan-bukan and ada la tanda-tanda lain yang menyebabkan diorang pergi check kat ustaz. Dan ternyata, betul yang diorang kena buatan.

Dalam sesi berubat memang ustaz bagitahu yang parents saya dah kena sihir penunduk kalau tak silap aku. Parents saya memang dari first abang saya kahwin memang diorang layan menantu dengan baik. Bukan sebab dijampi dek kakak ipar aku. Ustaz tu cakap, benda ni dihantar dah 3 bulan.

Maknanya, lepas abang saya meningal. Lepas abang saya takde tu yang dia makin menyetan. Minggu lepas, selepas saya kumpul semua bukti.

Seumur hidup, tak pernah tengok ayah saya marah sampai macam tu sekali. Sebab ayah saya bukan jenis pemarah, tapi disebabkan sihir tu yang buatkan ayah saya jadi baran sikit. So dah settle bagitahu, saya tanya ayah.

Nak buat macam mana dengan benda ni semua? Ayah saya cakap benda kain kuning tu biar ayah simpan, sebab nak tunjuk kat ustaz.

And resit tu saya simpan. Esoknya, semua 1 family pergi jumpa ustaz, and ayah saya tunjuk barang tu kat ustaz.

Depan kakak ipar saya tu, ayah hulur barang tu. Sambil tanya, “Ni dia ustaz, anak saya jumpa ni. Tu yang nak tanya, ni barang apa ye?”

Masa ni memang kakak ipar saya dah start tak keruan. Lepastu ustaz pun cakap “Ni laa barang yang tundukkan pakji”.

Selama ni ibu ayah percaya kat F, apa lagi yang tak cukup? Kakak ipar saya masa tu hanya mampu nangis je. Last sekali, ayah saya cakap “Ayah bagi masa 3 hari untuk cari rumah sewa lain.

Kalau lepas 3 hari tak pindah dari sini, ayah terpaksa call zul (abang kakak ipar) and ceritakan semuanya.

Pasal duit yang dah ambil tu, takpe. Ayah halalkan” And hari jumaat haritu, dia dah keluar dari rumah. And sebelum keluar rumah, ayah saya hulur RM500 untuk duit makan.

Ayah cakap “kalau F tak buat benda ni, ayah takkan halau. Tapi nak buat macam mana, nasi dah jadi bubur”.

Kakak ipar saya ni sebenarnya baik, tapi entah macam mana boleh terjebak dengan benda mengarut ni. Pada yang bertanya abang saya takde tu kenapa.

Ye, abang saya meningal sebab demam panas dan segala tanggungjawab semasa iddah, adalah dibawah keluarga suami.

Parents saya memang tak bagi dia balik kampung (tinggal sana terus) tapi tak pernah kawal dia untuk balik kampung (jenguk).

And abang-abang dia pun suruh tinggal dengan kitorang buat sementara waktu, sementara dia nak cari kerja kat kedah. Yang pasal suap tu, bukan sebab kak F tak reti makan sendiri.

Tapi sebab memang ibu and ayah akan suapkan anak dia. Contoh, saya minta ayah suapkan. Haa nanti ayah akan offer “F nak suap tak ?” Haa cenggitu lah.

Sekarang saya dah block dia dari semua socmed and semua apps yang membolehkan saya berhubung dengan dia.

Korang yang ada MIL and FIL yang baik tu janganlah ambil kesempatan. Bukan senang nak jumpa yang baik tau, kadang MIL jadi tegas sebab ni la.

Dia taknak menantu pijak kepala dia. Tapi saya tak boleh nak cakap lebih laa, sebab saya pun tak kahwin lagi kan.

And umur pun baru 19 masih muda nak menggatal, apatah lagi nak cakap pasal rumahtangga ni kan. Tapi jangan laa bila dah dapat MIL yang baik, korang pergi buat macam kakak ipar saya ni.

Tak kemana pun, mula-mula happy-happy senang hati. Tapi bila dah kantoi, mana nak sorok muka. So itu saja pesanan aku. Assalamualaikum.