7 hari lagi nk kahwin. Dia dtg beri tahu ada cikgu cuba buat dia rasa ragu2 untuk meneruskan perkahwinan ini

Aku kenal Ilyas (bukan nama sebenar) hampir 10 tahun (2009), sejak zaman sekolah lagi. Dia senior aku dan berkawan baik dengan sepupu aku, Maya (bukan nama sebenar).

Ilyas selalu datang rumah Maya dengan kawan2 kelas yang lain untuk study group dan aku memang rapat dengan Maya sejak kecil and always lepak dekat rumah dia since rumah kitorang dekat je.

But one day ditakdirkan aku jumpa Ilyas di rumah Maya dan Ilyas mula berminat nak berkawan dengan aku.

Aku anggap dia macam kawan biasa je sebab jarak umur kami agak jauh (dia 4 tahun lebih tua) dan aku agak kekok untuk berkawan.

Tapi sebab Maya selalu cakap dia lelaki yang baik, so aku kawan je mcm biasa. Sampailah Ilyas confess yang dia sukakan aku. And aku selalu jumpa dia kat rumah je.

Everything went well. Keluarga dia sangat baik dan menerima kehadiran aku. Kami bertunang pada Februari 2019 dan merancang untuk bernikah pada Julai 2019.

Semua berjalan dengan baik, sehinggalah sebulan sebelum majlis (Jun2019), Ilyas buat pengakuan yang dia bertemu dengan orang lain, Julia.

Aku memilih untuk bertenang dahulu, dan tidak membuat keputusan terburu-buru. Ilyas bercerita pada aku tentang Julia. Mereka berkenalan pada bulan April 2019.

Yes, pada bulan puasa waktu itu. Ilyas beritahu bahawa Julia berasal dari Sarawak, bekerja sebagai seorang guru sekolah, dan dia merupakan bekas pelajar sekolah agama.

Aku tanya Ilyas, apa tujuan dia meluahkan semua ni pada aku? Dan dia mengaku yang dia tak dapat nak tinggalkan Julia dan pada masa yang sama dia tak nak lepaskan aku.

Dan jawapannya as you expected, Julia mimpi Ilyas, dan Ilyas mimpi Julia. Setelah itu, aku bertanya pada Julia, jika itulah jawapannya, kenapa Ilyas masih tak nak lepaskan aku? Jawapannya, sebab KESIAN.

Kesimpulannya, aku kena terima bahawa ada orang lain dalam hati Ilyas dan kemungkinan besar Ilyas akan bernikah dengan Julia setelah dia menikahi aku.

Aku mengambil keputusan untuk pulang ke kampung dan bertemu parents Ilyas yang aku panggil mama dan abah. Aku luahkan segalanya.

Aku maklumkan pada keluarga aku juga. Dan mereka meminta aku untuk buat keputusan sebaiknya. Aku bersyukur, keluarga aku tidak memberi tekanan kepada aku.

Walau apa yang dilakukan Ilyas cukup menyakitkan hati, tetapi mereka tetap meminta aku doakan yang baik2 saja buat Ilyas.

Alhamdulillah, sehingga kini, hubungan keluarga aku dan keluarga Ilyas dalam keadaan baik. Aku masih menziarahi mama dan abah jika aku pulang ke kampung. Aku sudah anggap mereka seperti ibu bapaku sendiri.

Ilyas, sejak abah memberitahu dia yang aku batalkan majlis, dia tak dapat terima keputusan aku dan bertindak mendiamkan diri sehingga kini dan tidak pulang walau untuk bertemu mama dan abah.

Dia menghina aku perempuan yang tidak baik dan tidak menerima semua yang terjadi. Dan menyatakan aku pentingkan diri sendiri.

Sampai satu hari Ilyas memberitahu pada aku bahawa dia hanya perlukan masa untuk meninggalkan Julia. Tetapi bukan itu yang dia nyatakan pada awalnya kepada aku.

Untuk Julia, jika awak baca confession ini, saya sudah lepaskan dia. Saya tidak akan berjuang untuk orang yang tidak mahu berjuang.

Tapi bukan dia yang terbaik. Semoga kalian bahagia dunia akhirat. Dan semoga mama dan abah merestui kalian.

Buat orang ketiga di luar sana, kalian bukan hanya menghancurkan satu hati, bukan hanya mencalarkan maruah seorang manusia, tetapi kalian telah menghancurkan hati serta mencalarkan maruah setiap insan yang menantikan penyatuan ini.

Sekarang aku dalam process untuk melanjutkan pelajaran. Mohon kalian doakan segala urusan dipermudahkan. Aku yakin dengan hikmah Allah yang indah. Ada yang lebih baik yang Allah persiapkan untuk aku.

Buat kalian yang sedang kecewa, yakinlah dengan rahmat Allah. Jika bukan dia yang terbaik, lepaskanlah. Jangan bersedih terlalu lama, Allah itu ada.

Dia maha Melindungi. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca luahan ini. Moga Allah merahmati kita semua.