Pergi Thai dan kerap kali upload gambar dgn kekasih lelaki. Rupanya ada buat sesuatu bg org lain cair.

Saya nak cerita pasal salah satu member saya dekat tempat kerja saya. Saya bekerja sebagai seorang executive dekat syarikat marketing.

Dah 3 tahun kat sini. Rezeki saya kot, lepas grad je saya terus dapat keje ni.Honestly saya suka keje dekat sini sebab environment dia best, bos memahami, jarak 5 km je dari rumah saya.

Paling best sebab ada colleagues yang kaki gelak sama2 dengan saya and we treat each other macam kawan baik instead of just colleagues.Tapi dalam banyak2 colleagues yang best tu, ada satu yang agak “unik”.

Saya namakan dia A. Waktu saya mula2 masuk kerje situ ada seorang kakak tu penah cakap kt saya, dia jealous ( bukan iri hati ye ) tengok A ni.

Duit gaji dia cuma guna untuk belanja dia je sebab family dia kaya. Saya pun iyekan aje sbb sy tak kenal dia sgt masa tu. Ok sikit intro pasal A, dia punya appearance biasa2 je. Bertudung, berisi, pakaian pun biasa2 je.

And dalam semua story dia tu, takde satu pun yang menunjukkan dia ada dekat situ.Sebabkan A ni takde lesen, saya selalu je kena hantar dia balik walaupun tak sehala dengan rumah saya bila family dia takboleh ambik dia.Rumah dia teres biasa je.

Berapa puluh kali saya hantar dia sampai rumah (tanpa upah sebab dia takde common sense haha) tak pernah sekali pun saya nampak BMW ayah dia tu.Saya sebenarnya hairan, kenapa driver dia tu tak penah ambik dia.

And kalau dia kaaaya gla macam yang dia claim, kenapa dia tak grab aje? Rumah dia bukan jauh pun? Takat nak hantar sekali dua takpe jugak.

Ini mcm rutin pulak nak hantar dia balik rumah.Nak dijadikan cerita, pada satu public holiday yang panjang, dia post story pegi negara jiran dengan boyfriend dia.

Macam biasa, takde pun gambar dia. Cuma ada gambar boyfriend dia yang ditutup dengan sticker. And dia ada attend satu concert international dan ada 4 artist yang berbeza.

And dia ada tunjuk yang dia ada sebijik rumah yang sebesar banglo kat kawasan elit.Pernah dia sakit, masuk hospital pun dia post dia pegi hospital private yang banyak artis malaysia pegi sebab nak menunjuk diri tu kaya. Tapi itu semua pun dia ambik dari insta orang lain.

And yang lagi hebat, boyfriend dia yang katanya kaya, mixed blood, pakai kereta tukar2, selalu bawak dia pegi melancong tu pun tak wujud. Hahaha.

Tapi dia selalu post screenshot conversation dengan boyfriend dia. Sanggup fake kan conversation sebab nak menipu punya pasal. Apa yang dia gain dari situ pun saya tak sure.

Kalau korang nak tahu, bila kami colleagues sembang waktu lunch, dia boleh cerita macam2 dengan muka yang convincing.

Kalau kau betul2 kaya, orang tengok pun dah tahu. Dengan menipu, kau takkan dapat apa selain malu yang besar kalau kantoi.Personally A ni baik je.

Tapi tulah, saya tak boleh brain habit menipu dia. Sampai sekarang, apa pun yang dia cerita saya takkan pernah percaya sampai bila2.

Ok guys. Sampai disini saja. Thanks baca.