“50 sen sebiji kuih, Nape mahal betul makcik?”. Nora terdiam bila dgn lantang makcik tu jawab.

Apakah Melayu sudah bankrup?

Perbualan penjual kueh dengan seorang perempuan muda Melayu bekerjaya, saya cuma pasang telinga saja.

“Makcik, bagi kuih ni 2, yang ni 3,” kata Nora.
“Tak nak tambah lagi satu nak bagi cukup tiga ringgit?” tanya makcik itu.

“50 sen satu kuih? Kenapa mahal benar ni cik?” tanya Nora secara berseloroh.
“Bolehlah, saya tambah lagi satu biji.”

Makcik itu menyepit kuih lapis berwarna merah jambu itu lalu diletakkan di dalam plastik putih, lalu dimasukkan ke dalam plastik kecil berwarna kuning.

“50 sen sebiji pun, untung bukan banyak pun dik,” jawab makcik itu.
“Ye ke ni cik?” tanya Nora semula.

“Sebijik makcik jual 50 sen. Untung sebiji paling banyak pun 20 sen, 30 sen, itu pun lepas tolak kos bahan sahaja. Kos masa, kos renyah buat kuih, kos elektrik, semua tu makcik pun tak pandai la nak kira macam mana,” jawab makcik.

Nora diam sahaja.

“Berapa biji kuih pelanggan pertama makcik beli tadi? Tiga,” kata makcik itu sambil mengangkat jari.
“Katalah makcik untung dengan dia RM1.00. Dari jam 10 pagi sampai sekarang, makcik baru untung RM2.20.”

Tak pernah Nora terfikir semua itu sebelum ini.
“Dulu makcik jual goreng pisang, yang tu untung dia banyak sikit, tapi lepas anak makcik dah masuk sambung belajar, makcik tak larat nak buat,” beritahu makcik tu.

“Tu kuih ketayap yang adik beli tu, berapa lama adik rasa satu biji kuih tu nak siap?”
“Sejam lebih,” agak Nora lagi.

“Nampak macam leceh nak membuatnya tu. Maaf makcik, saya nak tanya, kalau tak untung, kenapa makcik meniaga?”

 

Makcik itu merenung muka Nora.

“Sebab ada ramai orang Melayu nak makan kuih Melayu, kalau makcik tak meniaga, siapa lagi yang nak meniaga kuih Melayu,” jawab makcik itu.
“Makcik suka meniaga. Lagipun makcik bukan pandai buat benda lain dah sebenarnya. ”

“Pada makcik, tak apa makcik untung sikit, makcik cukup makan, sebab makcik tau, ada ramai orang kat luar sana yang macam adik, nak makan kuih orang kita. Pada makcik, ni semua sumbangan makcik pada anak-anak jugalah,” kata makcik itu.

“Tapi makcik sedih tengok orang kita, yang dah tak peduli nak jaga apa yang kita ada.”

Nora diam sahaja mendengar. Dia hanya merenung melihat makcik itu meneguk sedikit air kosong dari botol air berkarbonat yang dibawa.

“Makcik orang Melayu. Makcik boleh meniaga sushi ke, dorayaki ke, harga pun sebijik 2 ringgit, jual 10 dah macam untung makcik sehari, barang pun ambik dari pembekal, tak perlu renyah-renyah buat semua,” kata makcik tu.

“Tapi dik, kalau makcik buat macam tu, siapa lagi nak jual kuih kuih ni dekat adik?” tanya makcik tu.

Kesimpulan Dari Perbualan Atas

kalau rasa 50sen tu mahal jangan beli. kek secrect resepi murah je boleh beli. jangan bantu orang susah. bantu orang senang.

harga berpatutan dah jangan pertikai. tolong hargai susah payah orang yang buat. cuba buat sendiri agak agak dapat ke seketul 20sen. agak agak faham ke

beli kat pasaraya tak minta kurang pun. saja cari pasal. dah murah nak murah lagi. please la fikir dan nilaikan

pergi la cari yang paling murah kalau dapat. jual harga standard pun minta kurang melampau2

Kenapa saya share cerita ni.

Kerana ada kisah dan pengajaran disebaliknya.

Yang bergaji bulan belum tentu yakin dengan rezeki. Hanya kerana 50 sen dia begitu berkira kerana kueh tu dijual ditepi jalan.

Dumkin dobut 3.00 sebiji kita sanggup beli walaupun syarikat milik amarika. Melayu yang bangkrap sebenar bukan si penjual kueh tapi si pembeli yang bangkrap sikap

Akhirnya makcik kueh yang lebih banyak dapat pahalanya daripada si pembeli. Kerana sanggup sedekah kueh tanpa mengira untung rugi, kerana dia begitu yakin dengan rezeki Allah swt. Fikirkan lah wahai melayu.

Kejadian di Kulim Kedah. Sekadar kisah tauladan.
Kredit : PerkasehMalaysia