Mak xde,Abah pula pengsan jatuh tandas. Adik 11 tahun terus lari panggil jiran. tndakan adik buat ak tahu pekara sbenar.

Foto sekdar hiasan.

Sikit pengenalan diri. Aku Hafiz. 32 tahun. Masih bujang. Ok setel pengenalan. Coretan ni aku khususkan buat adik aku Hafizah. Ok aku mulakan. Dik. Takde orang yang aku syang dalam dunia ni melebihi kau.

Aku nak kau tau dari mula kau lahir sampailah sekarang. Kaulah satu-satunya orang yang aku ada dalam dunia ni. 4rwah mak men1nggal masa umur kau 5 tahun. Kau kecik lagi dik.

Hingus pon meleleh lagi. Tapi kau dah hilang kasih sayang seorang mak. Aku sampai sekarang ingat lagi. Aku peluk kau depan jen4zah mak. Kau tanya aku.

“Kenapa orang balut mak?”

“Kenapa orang ikat mak?”

“Kenapa abang menangis?”

Kau lap air mata aku dengan bantal busuk kau. Kau pujuk aku. Kau peluk aku. Walaupon masa tu kau tak tahu apa-apa, tapi kau dah tunjuk kau lagi kuat dari aku.

Kawan-kawan kau yang datang main dengan kau. Tu sebab kau tak pergi jauh. Jangan aku. Habis segala kebun getah orang aku masuk. Balik kena tibai dengan abah.

Kau jugakla yang tenangkan dia. Terima kasih dik. Kau ingat lagi tak dik. 16 tahun lepas. Aku umur 16 tahun. Kau 11 tahun. Abah pengsan masa dalam bilik air.

Aku kaget dik masa tu. Keras kejung je kat situ tengok abah. Tak tahu nak buat apa. Tapi kau pandai dik. Kau tenang.

Kau pegi lari rumah jiran kita panggil diorang datang tengok abah, bawak abah pergi hospital. Tapi tu la. Allah lagi syg abah dari kita kan. Abah men1nggal masa kat hospital. Tapi kali ni kau dah faham.

Walaupon umur kau baru 11 tahun, tapi kau matang dik. Kau kuat. Walaupon kau menangis peluk aku, tapi kau tenang hadap benda tu.

Lagipon masa tu rumah arwah abah ada. Bukan kita takde tempat berteduh pon. Meeting kita dua beradik tu kau ingat lagi tak?

Yang masa aku nak berenti sekolah sebab nak motong getah tu? Punya beria kau halang. Susah betul aku nak yakinkan kau. Bukan apa dik. Kita masa tu dah tak ada sapa-sapa.

Kalau aku sekolah, kau sekolah, sapa nak bagi kita makan? Akhirnya kau beralah jugak. Tepat sebenarnya keputusan aku dik. Antara kita berdua kau yang pandai. Aku ni belajar manjang fail je.

Baik aku berenti. Keje carik duit kan. Masa tu la kau buat perjanjian. Aku keje, kau uruskan rumah. Gelak je aku masa tu. Umur kau baru 11 dik. Nak basuh tangan dekat singki pon kau tak berapa nak sampai masa tu.

Ade hati nak uruskan rumah konon, hahaha.. Tapi kau usaha. Belajar masak. Belajar guna mesen basuh. Kagum jugaklah aku walaupon kadang-kadang kau kata kau masak sambal tapi rasa arang..

Masa ni la kita jual segala harta dalam rumah sebab nak hantar kau. Merata kita dua beradik pusing naik motor dari kampung membawak ke pekan sampailah ke bandar mencari tin kosong dengan kotak nak jual. Kau tak malu ikut aku buat benda ni semua.

Macam-macam orang mengata kita dik. Tapi biarlah kau kata. Demi kau aku pekakkan telinga je dik. Cukuplah ada kau dalam hidup aku. Aku bahagia sangat-sangat dah. 5 tahun kau duduk SBP tu dik.

Walaupon kau jauh, tapi aku tak penah lupa kat kau. Dan aku tau kau tak penah lupa aku. Tiap-tiap kali kau balik mesti kau masakkan sedap-sedap untuk aku.

Sampai tahap kadang-kadang aku duduk sorang-sorang kat rumah aku mengharap sangat kau balik teman aku, sembang dengan aku, masakkan untuk aku, hahaha.. Baru kau tau abg kau ni lonely orangnya..Alhamdulillah.

Keputusan SPM kau cemerlang. Kau dapat tawaran pergi luar negara. Ireland. Belajar perubatan. Kali pertama aku dengar ada negara nama Ireland.

Kau marah aku sebab aku tak sedih hantar kau pergi. Sebab aku boleh gelak-gelak bahan kau tengah menangis. Kau tak tau dik.

Balik je rumah aku menangis kat bucu katil teringat dekat kau tau. Risaukan kau. Tapi aku percaya dengan kau dik. Aku tau kau akan banggakan aku.

5 tahun kau dekat sana. Sekali je kau balik. Sebab nak jimat duit. Takpe dik aku faham. Aku tau masa cuti kau keje nak cari duit tambahan walaupon kau ada biasiswa.

Tapi aku silap dik. Rupanya kau kumpul duit nak belikan aku tiket kesana tengok kau konvo. Fuh bangganya aku dapat tengok kau dik.

Menitik air mata aku tengok kau pakai jubah tu ambik skrol. Tak sia-sia aku datang dengan pokok getah hari-hari nak bagi kau belajar. Lepas majlis tu kau bawak aku pusing-pusing negara tu.

Boleh tahan sejuk kat sana. Cantik sungguh negara dia. Seronok betul aku. Sampai lupa la macam mana bau getah sekerap.. Hahaha. Tahun lepas kau ingat tak dik.

Kau balik kampung jumpa aku. Kita sembang-sembang. Kau tanya aku bila aku nak kahwin. Aku pelik dengar soalan kau. Rupa-rupanya kau yang nak kahwin.

Kau nak bawak bakal suami kau jumpa aku. Aku ok je dik. Dia pon doktor jugak. Eloklah tu. Sama-sama faham tugas masing-masing. Masa aku walikan kau dik. Sumpah aku tak kuat. Sebak sangat hati aku.

Orang yang paling aku sayang, orang yang sentiasa ada dengan aku susah senang, nak aku serahkan dekat orang lain. Orang luar pulak tu.

Aku hanya mampu doa yang terbaik untuk korang. Maaflah sebab aku emosi masa akadkan kau. Termenangis pulak. Sori ye dik. Banyak sangat kalau nak diceritakan kat sini.

Buat masa ni cukuplah setakat ni. Dan tahun ni sekali lagi kau banggakan aku dik. Kau laki bini dipanggil bertugas untuk hadap v1rus c0rona ni.

Berjam jam kau pakai berbalut macam lepat pisang dalam baju plastik kau tu. Tapi kau tak mengeluh. Hari-hari kau WhatsApp aku pesan macam-macam.

Iye dik. Aku duduk dalam kebun getah je. Habis motong aku balik. Tak kemana. Janganlah kau risau. Aku bangga dengan kau dik.

Kita bukan orang senang. Kita yatim piatu. Tapi kau mampu buktikan yang orang susah macam kita pon boleh berjaya.

Aku doakan kau sentiasa selamat melawan v1rus ni. Semoga kau dan semua hero-hero kita dalam KKM tabah dan kuat meneruskan usaha korang menyelamatkan negara kita.

Sekian dari aku. Terima kasih sebab sudi baca.