“Klu setuju, esok bawa kain pelikat, pen merah dan rotan”. Ustaz klu ustaz baca sy lah orangnya, nk tunjuk pa dah jadi pada saya sekarang

Assalamualaikum semua. Aku bukan dari kalangan anak orang berada. Hanya anak golongan marhaen yang biasa biasa. Ayah kerja operator kilang, ibu suri rumah sepenuh masa.

Aku anak sulung dari lima beradik. Hidup kami sederhana, cukup makan pakai. Tak ada extra amenities macam reward yang best best kalau dapat nombor satu.

Paling best gla zaman tu kalau dapat makan KFC. Sekarang nikmat Allah bagi sampai muak muak makan KFC. Huhu.

Nak kata cerdik, tak. Tapi aku suka membaca. Aku suka buku. Mungkin hasil encouragement arwh nenek saudara aku yang sangat pentingkan education.

Setiap kali kami sekeluarga ziarah beliau di KL, mesti dia akan bawa ke kedai buku and pilih je apa2 buku yg menarik, dia akan bayarkan.

Buka je buku latihan tu, bersih! Maksudnya buku buku tu semua dibuang sebab lama, bukan sebab dah diguna. Kira latihan dalam tu semua tak pernah ada orang buat lagi.

Aku pun apa lagi, kutip lah buku buku latihan Math & Sains yg ada masa kat tempat orang buang sampah untuk dibakar tu.

Mungkin pemikiran suci seorang budak 12 tahun, balik rumah happy happy cakap dengan mak ayah aku dapat buku free.

Bila parent tanya macam mana boleh dapat free, aku komplen cikgu yang buang buku tak pernah orang guna tu. Membazir kata aku. Kecik kecik dah pandai membawang ek aku ni.

Masa tu mak ayah aku rasa sedih sebab tak dapat nak bagi buku yang aku hendak sampai aku kutip buku orang nak buang kat tempat buang sampah.

Tak ke semangat jadinya. Sebab tu aku pulun habis habisan. Buat semua latihan yang ada, termasuk semua buku yg aku kutip tu. SEMUA okay. Punyalah nak lari dari ketuk ketampi.

Tapi macam aku cakap. Ada hikmah. Buku latihan Math tahun 1998 yang aku kutip tu, aku ingat lagi ada satu soalan objektif yg susah aku nak jawab sebab tak faham langsung. Sampai bawak buku tu kat sekolah, tanya cikgu macam mana nak jawab soalan tu.

Aku ingat lagi reaction cikgu tu, terkejut sebab buku tu tahun 1998 kot! Aku upsr tahun 2004. Long story short, cikgu tu ajarlah macam mana nak jawab and aku pun tak expect aku boleh ingat jalan kerja soalan tu. Sebab susah agaknya.

Fast forward to UPSR, hari exam Math. Macam nak melompat aku kat table. Soalan yang keluar sebijik sama macam soalan tahun 1998 tu! Cuma tukar nilai je.

Contoh soalan tahun 1998 tu, nilai dia bagi 1500, soalan tahun aku 2115. Ha macam tu je! Habis exam, memang boasting habis sbb aku sorang je tahu cara jawab dalam geng aku.

Pastu dia angguk and jalankan kelas macam biasa. Kelas dia masa tu waktu akhir. So bila loceng balik bunyi je, semua dah berdedai-dedai keluar kelas.

Dalam aku sibuk nak balik kemas barang cepat cepat sebab nak kejar bas sekolah, takut kena tinggal, tiba tiba Ustaz AD ni panggil aku duduk sebelah. Dia tanya,

“Awak nak tak kalau saya ajar awak Matematik?”… Aku pun macam blur mula mula. Dah apekehei nya tetiba ustaz ajar subjek Ibadat Tauhid nak ajar aku Matematik. Huhu. Aku tak ingat aku jawab apa masa tu, tapi aku ingat lagi, and ingat sangat2 dia reply apa,

“Kalau awk nak saya ajar awak, balik tanya dengan mak ayah awak. Saya tak minta upah. Saya cuma nak minta ayah mak awak sediakan sehelai kain pelikat, sebatang pen merah, dan rotan.”..

Maka aku dengan blur blur budak darjah 6 pun duk menghafal benda yang dia minta tu sepanjang perjalanan balik rumah.

Jadi jadual harian aku pun berubah jugak. Selalu balik sekolah pagi pukul 1.30 sampai rumah sempat makan, lelap sekejap sementara tunggu bas pukul 3 sampai. Bila mula berguru, aku macam Power Rangers lah buat semua laju2. 1.30 balik.

Mandi, makan, tukar baju terus pegi sekolah agama jalan kaki. Nak tunggu bas sekolah trip pukul 2 kadang kadang lambat lalu depan rumah.

Jadi sambil sambil jalan kalau bas sekolah aku lalu, aku tahan lah tengah jalan baru naik. Lecak lah jugak ketiak. Tapi nak buat macam mana kan.

Study punya study, baru aku perasan pen merah yang dia mintak tu, rupanya untuk tanda kesalahan kesalahan matematik yang aku buat. Rotan pulak, utk rotan tapak kaki kalau ada salah.

Satu salah satu rotan. Adoii. Alhamdulillah jadi orang. Takdelah pi report polis kena rotan. Cuma masa tu tak berani nak tanya kain pelikat tu apa tujuan dia mintak.

Termasuk hadiah untuk Ustaz AD. Aku pilih jam loceng Tweety masa tu. Beli 5 buah. Satu cikgu satu lah kan. Tiba hari yang dinanti nak bagi hadiah kat ustaz, aku sorok dulu hadiah tu bawah meja. Niat nak bagi lepas habis kelas. Sekaliiiii jam loceng tu berbunyi daaaa!

Uncle yang test bateri kat jam tu lupa nak cabut, and it happens kat jam yang nak dibagi kat ustaz pulak tu. Ya Allah. Rasa nak sorok muka bawah meja.

Satu kelas bantai gelak. Malu siottt. Dah kantoi tu, bagi je lah terus kan. Dah tak surprise lah hadiahnya apa sebab da bunyi.

Sampai sekarang aku ingat benda benda ni semua. Sebab masa tahun terakhir kat U, aku baru tertanya tanya kenapa ustaz tu offer kat aku sorang je. Lama jugak aku fikir.

Sebab, mungkin dia nampak hala tuju aku. Well macam vision lah orang kata. Mungkinlah. Masa tu mungkin Math aku C, tapi siapa sangka selepas tu aku further bidang account. Aku sendiri tak sangka.

Terima kasih syukur Allah temukan saya dengan ustaz. Saya cuma nak ustaz tau, student yang pernah ustaz personal ajar Matematik dulu dah jadi manusia.

Mungkin berkat doa ustaz selain mak ayah dan cikgu cikgu saya lainnya. Mungkin keterlibatan ustaz secara tak sengaja yang buatkan saya rasa speechless dan syukur sangat sangat.

Saya nak cari ustaz balik, to show you “Ustaz, saya dah jadi manusia!” tapi tak tahu nak mula dari mana. Semoga ustaz & keluarga sentiasa dalam lindungan Allah SWT. Tolonh share sampai sy jumpa ustaz semula