Dia beria nk kawin dgn abah kami tapi pelik xnak anak2 sekali. Lepastu adik buat sesuatu utk dptkan abah semula.

Assalamualaikum, nama aku DZ. Anak kedua dari 5 beradik. Sudah berkahwin. Anak satu. Aku tak tahu nak mula dari mana. Aku pun tak tahu nak meluahkan kepada siapa.

Ayah aku bakal melafazkan crai kepada ibuku selepas 33 tahun berkahwin. Kata nya dah tawar hati. Meh aku nak cerita dari mula kisah nya macam mana.

My parents get married masa sama-sama belajar oversea. Lepas setahun kahwin, dapat anak sulung iaitu abang aku. Habis belajar, balik Malaysia, aku pun lahir. Masa ni ayah aku sambung belajar flying.

After few years struggling dengan hidup baru, my mum sambung belajar kursus perguruan. So anak 4, dia dapat jadi cikgu. Everything was so fine to our own eyes as their children.

Sampai lah ibu start macam suka tinggi suara, marah-marah, emo tak menentu. Aku ingat lagi masa aku belajar universiti, aku pernah tak masak, lama jugak lah ibu tak bercakap dengan aku.

And my sister approved. Sebab dia nampak macam mana heartbroken ayah bila ibu buat macam tu.

Kemudian, my sister disapprove sebab dia rasa tak fair to my mum. Bila disapproved, dorang bergduh sampai tak bercakap agak lama.

One fine day, suddenly, my sister menyahut bila ayah panggil. Ayah nangis teruk sebab they were bff. Ibu pelik. Bila ibu tanya what’s wrong. Ayah mengaku dia bergduh dgn my sis sebab ada affair dengan officemate.

Ibu kecewa. Mula-mula ibu macam ranap. Marah. Menangis. Ibu tak tahu apa salah dia sebab tak pernah orang tegur selama 33 tahun. Ayah tak pernah tegur.

Habis fasa menangis, ibu berubah 180 darjah. Tak marah-marah. Tak emo. Tak perli-perli. Tak keluar lepak dengan geng dia.

Doakan adik perempuan aku berbaik semula dengan ayah. Doakan adik-beradik lelaki aku tabah. Doakan aku tenang. Doakan kami.

Seminggu lepas aku luahkan disini, ayah aku ceraikan ibu aku. Aku tak ada tempat nak meluahkan ni. Adik aku pun dah kr0nik dalam wad psikiatri. Kalau aku sembang dengan dia, mau hati dia makin hancur.

Mari aku ringkaskan cerita…

Ayah (umur 50-an) aku kenal dengan staff di ofis dia (kita namakan dia Hasna, umur 30-an) in 2017. Bila ibu dapat tahu, ibu cuba berubah.

January 2018, aku pernah mesej kembar skandal ayah aku, (kita namakan dia Husna) aku mintak tolong dengan Husna ni mintak nasihatkan Hasna ni jauhkan diri dari ayah aku, tapi dia marah aku balik, jauhkan diri dari dia dan adik beradik nye sebab mereka pun bukan sukakan ayah aku mengganggu Hasna ni.

Adik apatah lagi, berapa kali blocked unblocked number ayah. Siapa sangka, raya ke-4 (Sabtu, 8 Jun) tahun ni ayah kahwin. Tanpa kami dengar apa-apa berita.

Macam mana kami tahu? Ada yang menyampai pada ibu. Itu pun ibu tahu selepas 4 hari (Khamis, 13 Jun) perkahwinan ayah. Hari yang sama adik di masukkan ke hospital kerana mengalami depresi yang teruk.

Aku macam biasa, cari punca untuk dapatkan kepastian. Jadi, aku jumpa melalui fcebook Huda (kakak Hasna), aku hantar gambar berserta soalan, “are you married?” kepada ayah aku, tiada jawapan.

Masa tu rasa dunia macam gelap, aku ada adik perlu dijaga, ayah aku, pak long aku, even Husna sendiri tak reply mesej aku bertanya ayah aku dah kahwin dengan Hasna ke. Maka aku biarkan semua berlalu sebab aku ada adik perlu dijaga.

Isnin, 17 Jun, ketika aku dan ibu berbuka puasa di luar, adik aku ada menghantar mesej ingin bertemu ayah. Selang beberapa minit, dia menghantar gambar perkahwinan ayah yang diambil dari Go0gle Images.

Aku melawat adik setiap hari tanpa gagal, dari ditempatkan di wad pskiatri di luar, sehingga masuk ke bilik kaca seorang diri, yang ada cuma katil, selimut dan bantal.

Even plug pun tak ada. Nak pergi tandas, nak makan, nak minum, ketuk lah tingkap tu sehingga nurse datang.

Sabtu, 22 Jun, aku dapat panggilan dari HUKM, adik mengamuk. Dari waktu aku sampai di HUKM pada jam 2:30 petang sehingga 5:30 petang, aku tak dibenarkan masuk ke dalam, doktor cuba menenangkan adik.

Adik mahukan ubat tidur, doktor tidak membenarkan kerana dos yang lama masih berbaki. Adik marah, cuba menckik diri dengan selimut. Tiga kali adik diikat kaki dan tangan pada katil.

Adik mahu tidur supaya tidak berfikir tentang ayah lagi. Bila adik dah tenang baru kami dapat masuk. Ahad 23 Jun, aku datang melawat adik lagi, adik makan semua buah yang aku bawa, tiba-tiba adik kata perut dia sakit kerana telan sabun semasa mandi pagi.

Adik cakap dia tak mahu m4ti, dia cuma ingin pengsan dan tak mahu bangun. Adik dipaksa muntah dan berak untuk keluarkan sabun yang ditelan. Seharian adik lemah kerana keracunan.

Hari ni, adik dipanggil masuk ke bilik conference untuk meluahkan semua yang dia rasa. Dalam bilik conference tu ada ramai prof dan doktor untuk mendengar masalah depresi adik.

Bila adik keluar dan tanya nurse kenapa dia dipanggil, nurse cakap, kes adik berat. Doktor yang merawat tak jumpa solution untuk masalah dia. Adik tak dapat discaj hari ni.

Untuk semua yang terjadi sehingga hari ni, untuk anak dan suami yang terpaksa berkorban masa demi mummy jaga aunty, untuk ayah yang tinggalkan kami kerana syarat Hasna tidak mahu jadi isteri kedua dan tak mahu lelaki yang datang dengan pakej (anak-anak), dan untuk Hasna yang datang dan membawa ayah pergi walau berkali kami katakan berhenti, terima kasih.

Tahniah dapat seorang pilot seperti yang diimpikan. Tahniah juga mak tiri yang dapat suami yang single (dari segi isteri dan anak-anak).

Cerita ini bukan di tulis pada tahun sebelum ini. Harap dapat memberi pengalaman dan pengajaran kepada semua pembaca. Terima kasih