“Abg belikan lah ibu barang tu” rintihan isteriku. Kebetulan aku balik rumah, dgr ibu menjerit-jerit.

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Saja aku kongsikan kisah ini kerana baru-baru ni apabila PM menyatakan kita mungkin tidak akan beraya, secara spontan isteriku memberikan respond,

“Ayang ok je kalau tak raya, kalau raya pun selalu penuh drama je”.

Aku sebenarnya terkedu dengan apa yang diperkatakan oleh isteriku. Berhari hari rasanya tidak tidur kerana kata kata itu terngiang-ngiang ditelingaku.

Aku mulakan dengan kisah kami. Aku berkahwin dengan isteriku atas pilihan sendiri. Tiada halangan dari ibu mahupun keluarga. Kini usia perkahwinan sudah pun 12 tahun dan kami masih belum punya cahaya mata.

Untuk pengetahuan pembaca, isteriku adalah ‘lebih’ dari semua segi berbanding aku. Baik pendidikan, kerjaya mahupun pendapatan. Untuk menjelaskan part ni, gaji isteriku adalah lebih 4 kali dari gaji aku.

Namun respond aku biasalah, ‘Abang tak nampak pun’. Memang aku tak nampak dan tak pernah dengar apa apa. Isteriku kata semuanya berlaku bila aku keluar ke kedai atau berjumpa kawan kawan.

Dari sejak hari aku tidak mengendahkan cerita isteriku itu, dia ‘jarang’ sangat mengadu. Aku kira semuanya dah selesai.

Sehinggalah suatu hari, aku keluar nak berjumpa kawan. Tapi aku tertinggal wallet. Aku patah balik, aku dengar ibu sedang marah isteriku. Tinggi suaranya. Aku terkejut. Betullah seperti apa yang isteriku adukan.

Sejak dari hari itu, aku mula membuka mata dan memasang telinga. Ye semua benda tak kena. Kakakku bila bercakap selalu perli isteriku. Terutamanya soal anak. Sedih sangat aku rasa.

Ibu pula pernah bertanya kepada isteriku kain baju raya beli di mana. Bila isteri aku bercerita dimana tempat dia beli, ibukan akan jawab, “Yelah ibu tak mampu”.

Kadang kadang, ada bahagian yang isteriku tambah duit. Ibu tak boleh nampak sesuatu yang baru dalam rumah aku. Pasti ibu akan lahirkan keinginannya.

Korang tahu apa respond isteriku bila tiap kali ibu meminta itu dan ini. Dia akan cakap,

“Abang belikanlah ibu barang tu. Kalau tak sekarang, bila lagi. Ibu dah tua, abang kena gembirakan hati ibu. Abang tak cukup duit abang cakap, ayang tambahkan”.

Aduh berkaca mata aku masa aku menulis ni. Baikkan isteri aku.

Malam tadi aku confess dengan isteriku. Kebetulan aku baru sahaja menghadiahkan rantai emas buat ibuku sebelum PKP.

Aku menangis depan isteriku. Bagaimanalah mak dia mendidik isteriku sehingga sebegitu baik dia bertolak ansur.

Dan Aku teruskan bertanya pada isteriku, kenapa dia masih baik dengan ibuku sedangkan banyak benda yang telah ibuku buat. Sambil senyum isteriku kata,

“Kerana dia ibu abang, kalau dia ibu jiran sebelah dah lama Ayang maki dia”. Sambil isteriku gelak dan buat lawak.

“Ayang perlukan doa ibu abang. Redha ibu pada abang, adalah kebahagiaan kita. Abang berbaktilah kepada ibu abang. Ayang pun tak tau apa salah Ayang pada keluarga abang. Kitakan manusia biasa. Mesti ada silap.”

“Sebenarnya Ayang takut mana tau Ayang pernah tersilap terbawa bawa sikap seorang boss ketika bersama adik beradik abang yang buat mereka rasa annoyed. Abang pun tau memegang jawatan besar ni menjadikan Ayang sangat tegas.”

Buat isteriku, ketahuilah, abang faham perasaan ayang, abang sangat tersepit dan bertul-betul rasa bersalah.

Terima kasih kerana menjadikan abang suami yang hebat dan anak yang soleh. Abang akan selalu doakan Ayang mendapat syurga Firdausi seperti yang Ayang idam-idamkan.

Dan aku mohon kepada pembaca sekalian, doakan aku kuat menghadapi ibuku, tidak derhaka padanya, dan moga Allah kekalkan hati isteriku untuk terus menyangi aku kerana aku ingin sekali kesyurga bersamanya.