Malam pertama tidur sorg2. Puas paksa isteri, dia xnk tidur sekali tp hairan dia ajak honeymonn di maldives

Terus terang, aku adalah seorang lelaki yang telah berusia 33 tahun. Bekerja sbgi jurutera disebuah syarikat perkapalan oil and gas yang agak terkemuka dalam negara.

Pernah mendirikan rumah tangga, dan tidak berjaya untuk bertahan lama. Kisahnya bermula pada usiaku 29 tahun, aku dikenalkan oleh sedara kepada seorang wanita yang tinggal berdekatan dengan daerah kerja ku.

Wanita itu sewaktu itu telahpun berusia 31 tahun. Dan ketika itu aku suka melihat dia. Dan kami bertukar no telefon. Macam kebbiasaan lelaki, aku yang mesej dia dulu waktu malam selepas habis kerja.

Aku ingin mengenali dia. Dia pun memberi layanan agak baik untuk ku ketika itu. Dan kami mula mengenali hati budi masing2. Perkenalan kami dibawa hinggalah 1 tahun dan kami rasa kami dah tak fikir nak terus berhubung sebegini.

Pabila selesai, ibu aku ajak pulang dan selesai kami bersalam, semuanya balik. Ketika di rumah ku, ibu aku berkata, aku mampu ke? Kerana mereka meminta hantaran 30k.

Terkejut aku tak terkata. Aku pun telefon kekasihku dan bertanya dia pun mengiyakan, aku pun berkatalah, tak kan sampai 30k untuk sebuah perkahwinan.

Dia pun berkata, itu adalah keputusan ibu bapanya. Dia hanya menturuti sahaja. Kerana akung yang muncul dalam diri aku, aku tidak membantah, aku setuju dan aku pun jelaskan kepada ibuku untuk bersetuju sahaja.

Dan ibuku pun nyatakan persetujuanku kepada pihak keluarga sana. Aku pun cuba dapatkan 30k untuk perkahwinan ni dengan bekerja keras, simpan duit dan keluarkan separuh saham dari asb dan buat pinjaman kecil dari koperasi dalam 10k, akhirnya 3 bulan aku usaha, ianya mencukupi.

Lalu aku pun nyatakan kepada kekasihku ianya sudah cukup, dan aku serahkan wang kepada ibuku untuk dihantar kepada mereka.

Aku jadi hairan. Pabila selesai majlis semuanya, aku nak bawa isteri keluar dari rumah mertua dan pergi ke rumah yang aku sewa, tetapi sebelum aku nak packing barang2 ayah mertuaku panggil dan beritahu aku sesuatu. Dia cakap, yang duit hantaran aku yang aku beri 30k, ada baki 25k lagi untuk kami.

Dia gunakan 5k sahaja untuk majlis kami, yang lain lain dia tanggung dengan wang pencen dia. Dan dia nyatakan dia dah serahkan wang tersebut kepada isteriku. Jadi dia minta aku dapatkan rumah sewa atau beli ruamh jenis landed.

Supaya dia boleh datang menjenguk kami pada masa akan datang. Ayah mertua aku adalah pengguna kerusi roda. Dia tak mampu berjalan sendiri.

Jadi dia mohon aku sewa atau beli rumah teres landed. Dilema aku terjadi dan memuncak ketika aku bawa isteri ke rumah sewa ku rumah sewa ku adalah apartment di tingakat 2. Si isteri masih lagi tak nak tidur denganku. Dan dia masih nak berasingan.

Dia suruh aku meminjam sedangkan aku cakap, 25k tu ada pada kau, dan gunakanlah sedikit untuk kegunaan disana. Dia berkeras tak nak. Lalu aku sediakan duit tambahan dengan meminjam pada sedara.

Sampai di maldives aku dimarahi lagi oleh isteri kerana dia cakap hotel panas, aircond hotel tak sejuk. Dan itu menjadi alasan dia tetap tak nak tidur sekatil dengan aku.

Aku disuruh tidur di sofa bilik, manakala dia tidur seorang di atas katil. Selesai honeymoon, kami balik malaysia dan aku lun kerja seperti biasa, sehinggalah pada suatu hari, aku balik keje jam 8 malam, aku sampai dirumah isteri ku tiada dirumah.

Makanan untuk aku pun tiada. Bila aku telefon dia, dia cakap dia balik rumah mak dia sekejap, rumah mak ayah dia hanyalah sebelah daerah tempat aku keje. Dan aku pun tunggu la dia balik rumah kami.

Lantas dia ajak aku untuk berpisah dengan baik. Aku mulanya tak nak. Tapi lepas dipaksa banyak kali, aku cadangkan untuk sama pergi kaunseling rumah tangga dulu. Dia terus marahkan aku.

Dia cakap itu takkan berlaku dia tak nak kaunseling dia cuma nak berpisah. Aku pun dah tercabar banyak kali pun aku bersetuju. Tapi dengan syarat, pulangkan wang aku semula 25k tersebut. Dan kita berpisah cara baik.

Dia terus bersetuju, tapi dia cakap dia pulangkan 5k dulu dan kami proceed untuk berpisah. Malam tu juga dia transfer 5k untuk aku.

Dan esoknya dia dah ke pejabat agama daerah untuk berpisah dan buat alasan kepada pejabat agama mengatakan aku yang mengabaikannya.

setelah sebulan menanti, tetap tiada jalan pendamaian. Kami kembali ke mahkamah dan hakim izinkan aku untuk lafazkan talak.

Aku pun lepaskan dia dengan jatuhan 1 talak. Setelah selesai proses berpisah aku minta maaf dengan keluarganya.

Dan dia langusung tidak meminta maaf dengan aku dan keluargaku.Selamani aku berkahwin dengan orang yang cuma ambil kesempatan terhadapku.

3 bulan perkahwinan yang sia2. Duit aku lagi 20k. Dibuat senyap. Nak dituntut mahkamah, aku memang tiada hitam putih. Aku cuma dapat konklusikan, perkahwinan aku hanyalah sia2, duitku 30k dibazirkan begitu sahaja.

Kelakian ku dicabar dan hidupku terhadap perkahwinan penuh dgn dilema. Aku jadi takut untuk berkahwin lagi. Walau ibuku pernah nak kenalkan aku dengan orang lain. Bgi aku mungkin ini dugaanku.

Jadi aku terima. Mungkin tiada jodoh lagi buatku. Biarlah aku keseorangan. Terima kasih dan Assalamualaikum.