Mak Abah dan abg cacat. Tiba2, dua org kakak pula lari takut berjangkit. Hnya kak Yaya je tinggal. Kdg2 nmpk dia nangis.

Hai semua . Aku Nad dan berumur 22 tahun. Apa yang aku nak cerita ialah pasal kakak aku. Kakak aku nama Yaya, umur 32 tahun. Yaya kakak aku yang paling sulung.

Dan aku anak bongsu. Kak Yaya tak pernah berkahwin. Sebab mindset dia, dia akak sulung so tanggungjawab dia adalah family.

Selagi adik2 dia belum kahwin, dia takkan kahwin. Alhamdulillah, 2 orang abang & 2 orang kakak aku dah selamat mendirikan rumahtangga masing-masing. Tinggal kat rumah sekarang ni Kak Yaya dengan aku je yang belum kahwin.

2 orang abang aku tinggal dengan kami. 2 orang kakak ikut suami masing-masing. Parents kami masih ada.

9 pagi dia masakkan terus lauk tengah hari memandangkan Kak Yaya kerja sampai 7 malam. Dia pesan aku siap2 apa yang aku kena buat sepanjang ketiadaan dia.

Tepat jam 9.45 pagi dia gerak pi kerja. Ada yang tertanya2 ke kenapa Kak Yaya kena buat semua ni sendiri? Kenapa takde sorang pun yang bantu sedangkan aku & abang2 aku ada?

6 tahun lepas, abah & mama terlibat dengan kemlangan. Mereka lumpuh dari pinggang ke bawah. Sejak dari tu kami adik beradik bergilir jaga abah & mama. 2 tahun lepas tu, abang2 aku kahwin serentak. Setahun lepas nikah, kak ipar aku mengandung. Time tu semua orang happy. Abah & mama orang paling happy.

Sampai lah dorang dah selamat melahirkan baby2 yang sangat comel. Kak ipar aku ade komplikasi mase melahirkan.

Semua Kak Yaya yang uruskan. Kak yaya bawak balik abang2 untuk dia jaga. Sekarang tanggungjawab Kak Yaya makin bertambah. Dan semestinya perbelanjaan makin besar.

Aku pernah nampak Kak Yaya menangis atas sejadah lepas solat isyak. Dia menangis merayu2 mintak tolong dengan Allah.

Kak yaya anak sulung. Dia takde siapa nak meluahkan rasa. Dia pendam sorang2. Sakit dia, dia tanggung sorang. Aku pernah nampak muka Kak Yaya pucat sangat. Macam mayat hidup. Tapi dia kuat sangat. Sakit2 pun dia masih uruskan kami.

Tertanya lagi ke kemana aku? Aku ada je. 3 tahun sudah aku berkerusi roda. Aku kehilangan kedua2 kaki aku selepas digilis lori balak. 3 tahun sudah aku menjadi beban pada Kak Yaya.

Tujuan aku cerita ni semua adalah aku nak cari jodoh untuk Kak Yaya. Yang sanggup tolong Kak Yaya jaga kami. Sebab aku sendiri tak sanggup tengok Kak Yaya uruskan semua sendiri. Aku tau dia kuat, tp sekuat mana lah seorang perempuan. Hatinya mudah rapuh.

Kalau ada yang sanggup, tak perlu duit hantaran, tak perlu majlis. Cukup sekadar yang wajib sahaja.

Akhir kata, tolong doakan Kak Yaya terus kuat ya!
Semoga dipermudahkan.

Kisah ini pernah di tularkan sebelum ini hingga pernah dapat perhatian warganet. Tetapi ada penah mengatakan kisah ini hanya rekaan.

Tapi sebagai manusia kita boleh ambil pengajaran daripada cerita ini. Jangan lah hanya berada di sekeliling orang yg senang sedangkan bila susah orang lari dari kita. Wallahualam