Lepas check in hotel malam tu. sy buka mesej dlm hp dia, skrng sy buntu tak tahu nak mengelak jumpa dia.

Asalnya saya tak tahu nak start dari mana. Tapi tak apalah saya cuba. Kisah ni benar.. betul-betul terjadi. Pada diri saya.

Terlebih dahulu maafkan saya kalau kisah saya ni buat pembaca marah. Skit hati dan macam-macam lagi.

Segala kekurangan dan kebo dohan saya adalah salah saya sendiri, cumanya saya minta doakan terbaik untuk saya.

Mula berkenalan dengan dia tahun 2012. Hujung tahun. Hampir 6 tahun sudah. Dia lelaki yang sudah mempunyai isteri, yang sangat baik dan waraq.

Apa yg dia kata pada saya tentang isterinya dan anak2. Saya ketika tu baru dalam linkungan 20 tahun. Masih muda masa tu.

Jumpa untuk interview pun dalam keadaan saya tengah mbuk ( bukan saya nak bangga ye, ini saya hanya bercerita semula).

Selang beberapa hari, saya dapat panggilan dari dia, bertanyakan resume saya. Saya memang lupa siapa dia? Kenapa mintak resume saya?

Dia jelaskan siapa dia dan baru saya ingat. Saya emailakan terus lepas panggilan tamat. Lepas tu. Hingga lah 1 hari dia ajak saya keluar.

Saya okey. Kami keluar. Mula2 pergi makan. Lepas tu pergi kelab malam. Saya okey je. Sebab setiap malam pun masa dulu kehidupan saya di kelab malam.

Tapi saya tak elak. Saya ikutkan naf su dan teruskan. Saya tak fikir hati seorang wanita tengah terluka.

Sejujurnya rasa yang dulu nya tak ada makin hari makin ada, makin becambah. Hidup kami selama ini dah macam suami isteri.

Isteri dia tahu, tapi mungkin buat tak tahu. Pernah sekali call saya. Ya lah isteri mana yang tak marah. Tapi saya diam, sebab saya tau saya tak ada hak nak cakap apa-apa selain menjawab segala pertanyaan.

Cuma saya tak mintak maaf. Bukan taknak minta maaf, tapi saya tak tahu nak mula dari mana. Takut juga kalau ditinggalkan jika mengaku.

Saya tau tu staff dia, melalui conversation tu lah. Saya tak tahu nak macam mana. Ada ke hak saya untuk marah, untuk mengamuk.

Saya tau saya tak ada hak untuk tu semua. Sebab pada awal perkenalan dulu pun saya banyak kali jugak curang, kantoi.

Saya cuma tak boleh nak accept sebab sebulan yang lepas saya dalam ward sebab dia (sebab apa? Maaf terlalu peribadi untuk di beritahu)

Dan hari ni saya nampak conversation tu. Atas alasan tu saya mengamuk. Menggigil macam orang kerasukan. Menangis tak payah kata. Dia memujuk, beralasan. Macam2 lah. Saja nak kenekan perempuan ni. Saja2 suka2.

Ni soal rasa guys, benda baru, rasa hati yang tengah melayang2 dibuai keindahan, ape benda pun kau takkan hirau.

Entah lah, nak percaya atau tak. Tapi dia still dengan saya. Saya nampak effort nak memujuk tu. Bukan nak bangga, tapi saya tak tau lah ape yang saya rasa sekarang ni.

Saya tak benci dia ataupun perempuan tu. Tapi diri saya sendiri. Saya benci diri sendiri. Kenapa saya tak kuat untuk lari.

Kenapa saya tak boleh nak lepaskan semua ni. Kenapa hati saya mcm ni. Kenapa semua nya susah untuk saya. Sumpah saya benci keadaan macam ni, keadaan diri sendiri. Sekarang saya still kat kedudukan ni.