Bilik tidur ada 2 je. Lps abg kahwin mak abah tidur luar. Malam tu ada bunyi buat kakak xleh tidur.

Terima kasih kerana sudi membaca. Kisah yang saya nak share ni, mungkin biasa², tapi konflik ni selalu menganggu kehidupan para wanita sekalian.

Jadi, jom mulakan penggembaraan ke dalam dunia saya. Saya anak ketiga daripada empat orang adik beradik.

Saya ada Kakak, ada Abang, ada Adik. Lengkaplah kiranya hidup saya ni. Sepatutnya saya bersyukur, yes saya bersyukur sangat.

Cuma kat sini saya nak ceritakan kisah akak saya. Yang saya rasa, kisah dia sangat tragis. Kakak sulung saya tahun ni berusia 33 tahun, belum berumah tangga.

Dulu Kakak saya sangat periang, dia rajin bawa kami jalan² sebab dia takde kawan sangat untuk travel. Oh ya, Kakak saya misi, so nak cuti dengan kawan sama² tu susah. So, saya dengan family lah yang untung.

Jalan penyelesaiannya adalah bayar jugaklah. Kami keluarkan saving untuk bayar. Then Kakak saya paling banyak contribute walau dia maki berbakul.

Tapi sebab tak sanggup tengok Mak Ayah menangis, dia buat juga. Dia cuba ikhtiar cari abang saya, call tempat kerja kat sana tanya semua.

Dipendekkan cerita, dapat kesan abang saya. Kakak saya menangis teruk kot, saya tak pernah tengok dia menangis sebab dia hati kental, jiwa sado.

Dapat tahu abang saya tidur pun tepi kaki lima jer kat sana. Dia usahakan bank in duit suruh abang saya balik rumah. Sampai rumah, takde siapa persoalankan.

Mak pun diam jer. Terima je la. Redha. Menanggung hutang jer lah lepas ni. Sebab tanya dia kenapa pinjam banyak sangat pun tak nak jawab.

Lepas abang saya kahwin, bertambah satu oktaf kemurungan Kakak saya. Mak Ayah saya kena la tidur ruang tamu sebab kat rumah ni ada dua bilik jer.

Bilik pertama saya dengan Kakak saya. Bilik kedua dia laki bini. Bil rumah semua Kakak saya bayar, dia laki bini hulur duit kat mak je la.

Yang mak taknak cerita berapa jumlahnya. Segala macam nak repair kat rumah ni Kakak saya hulur duit, memang dia bayar.

Mak saya boleh tahan dia demand, tengok Kakak saya dapat gaji lebih sikit dia minat langsir, sofa baru, kabinet la. Hurmm sabo la yeopp.

Kakak ipar saya ni baik jer, cuma dia terlampau nak mengambil hati mak mertua, sampai nampak silap banyak kat Kakak saya. Kadang² Kakak saya baru balik kerja malam, of course nak tidur. Dia dah ketung ketang kat dapur buat sarapan.

Saya tak reti comfort orang. Kesian dia. Saya rasa macam nak bawa Kakak saya jumpa psychiatric jer sebab dia dah murung tahap melampau.

Dia senyum tapi kosong. Dia tengok maharajalawak, tapi dia diam jer. Takde reaction weii. Apa jadi dengan deria dia?

Saya ajak dia pergi cameron, cakap nanti saya belanja. Dia kata simpanlah duit kau nanti untuk kau honeymoon. Selalu dia cakap, rumah orang tua² boleh booking awal? Saya nak booking dulu la untuk saya. Saya pernah suggest, Kak, jomlah kita pergi kerja kat kl.

Boleh enjoy. Release stress. Kau boleh ada ‘me time’ Dia jawab ‘Tak boleh, appoitment mak, appoitment nenek nanti siapa nak bawa pergi hospital.

Ubat diorg sape nak tengokkan.’ Saya doakan dia jumpa lelaki yang sempurna untuk dia. Kakak saya baik sangat. Cuma dia terlampau menghambakan dia untuk keluarga.

Dia memang garang sikit dengan lelaki. Sebab dia sangat overprotective. Doakan juga emosi dia sembuh dan emosi dia kembali stabil.

P/s: Saya tukar sikit² dalam cerita ni. Sebab nanti dia baca. Saya tahu dia baca. Sebab dia selalu layan kat sini.

Saya sayang kau Kak, saya hold dulu nak kawin, sebab saya nak kita kawin sama². Saya nak misi saya bagi kau senyum bahagia dulu tercapai. Untuk pakwe saya, kau tunggu dulu.