Aku taggung 2 org ank arwh abg dari mereka kecil. Aku menangis lepas 9 tahun tiba2 kak ipar dtg senyap2.

Nama aku Zaleha. Aku mempunyai 2 adik beradik dan mak abah yang penyayang tapi semuanya hilang dalam sekelip mata bila keluarga aku terlibat dalam kemalangan jalan raya..

Pada Januari 2012, aku kehilangan emak dan abang aku.. Tak dapat aku nak gambarkan perasaan aku pada masa tu..

Sedih, sunyi, hilang arah dan semua perasaan negatif tu ada. Boleh dikatakan complete lah perasaan negatif tu dalam diri aku waktu tu..

Tapi aku bersyukur sebab abah aku terselamat dalam kemalangan tu walaupun abah aku lumpuh separuh badan..

Ok, cukup lah tu sebagai pengenalan tentang diri aku.. Berbalik kepada tajuk ceritanya, abang aku meninggalkan seorang isteri yang cantik dan 2 orang anak lelaki yang comel dan masih kecil ketika itu.. Kedua-duanya masih menyusu dan memakai diapers.

Ok fast forward, setelah 7 bulan pemergian abang aku, kakak ipar aku contact aku semula. Ya Allah, aku rasa macam doa aku semua dikabulkan. Allah dengar rintihan hati aku dan abah aku..

Kakak ipar aku bertanyakan khabar kami dan aku minta untuk berjumpa anak buah aku tetapi perjumpaan kami pertama aku di rumah kebajikan..

Ya, rumah kebajikan. Hati aku sebak.. Sebak melihat keadaan anak buah aku.. Dan aku tidak tahu kenapa dan mengapa mereka dihantarkan kesitu.. Aku speechless.

Selesai je perjumpaan tu, aku pulang kerumah dan aku terpaksa berbohong kepada abah aku (kaki abah aku tidak dapat bergerak jadi abah aku tak dapat nak berjumpa dengan cucu-cucunya).

Aku cerita betapa happynya aku dapat jumpa kedua-dua anak buah aku dan mereka berdua dalam keadaan baik supaya abah aku tidak bersedih lagi.

Jadi bermula lah rutin aku sebagai mummy instant masa tu.. Ok, aku tertinggal 1 part. Aku selamat bernikah selepas 5 bulan keluarga aku terlibat dalam kemalangan.

Allah berikan semula sinar dalam hidup aku.. Aku dapat suami yang cukup baik. Dia banyak bantu aku.. Dari part sama-sama mandikan abah aku sampai lah dia membiayai segala yuran dan duit untuk aku print segala assignment-assignment aku.

Dan yang paling aku gembira, dia setuju untuk menjaga anak awrah abang aku. Terima kasih ya Allah kerana kau hantarkan dia untukku..

Maka start la rutin kami sebagai mummy dan daddy instant.. Masa tu lah kami belajar macam mana nak pilih botol susu yang elok, brand apa yang bagus untuk diapers, cara untuk bancuh susu dan lain-lain lagi.

Encik Google sangat lah membantu ye. Reaksi kami sama macam parents lain yang dekat luar sana yang baru dapat anak.

Kenyataan-kenyataan ni semua menghantui aku semula. Dipendekkan cerita, selang beberapa bulan selepas aku bekerja, berlaku la sedikit konflik antara kakak ipar aku dan aku.

Daripada konflik itu, aku terus menyuarakan hasrat kepada kakak ipar aku untuk mengambil anak kedua abang aku..

Biarlah aku yang jaga mereka berdua.. Susah senang aku, biar lah aku yang tanggung asalkan mereka berdua bersekolah (tadika).

Kakak ipar aku setuju memandangkan dia mempunyai sedikit masalah pada masa itu dan dia memberikan anak keduanya kepada aku untuk aku jaga.

Aku cuba bagi yang terbaik dan aku yakin semua ibubapa diluar sana pun akan buat benda yang sama seperti aku dan suami aku buat. Orang kata suppliment itu bagus, suppliment itu kami beli.

Menggeletar badan aku bila pembantu aku call bagi tahu yang pakcik bas inform dia, kakak ipar aku datang ambil anak-anak awrah abang aku masa mereka mahu naik bas sekolah.

Berkali-kali aku cakap dekat diri aku, “tak. Kak Mira (bukan nama sebenar) takkan buat macam ni. Kalau dia nak datang, dia mesti bagi tahu dulu” tapi air mata aku dah berjurai-jurai dah masa tu. Aku tak mampu nak kawal emosi aku..

Aku cuba hubungi kakak ipar aku berkali-kali tapi tidak dijawab. Last sekali aku cuba whatsapp kakak ipar aku dan bertanyakan tentang anak-anak awrah abang aku..

Dia menjawab bahawa anak-anak ada dengan dia dan dia mahu mengambil anak-anak tu semula dan mempersoalkan tentang siapa yang mengandungkan mereka semua.

Aku terkedu.. Aku termenung memikirkan cara yang paling sesuai untuk aku sampaikan berita ni pada abah aku. Semua kerja di Office tergendala.

Ada masa, bila aku bersendirian, aku menangis tersungkur. Aku menangis semahu-mahunya.. Aku menangis setiap kali aku lihat baju-baju anak arwah abang aku..

Aku menangis setiap kali aku lihat buku- buku sekolah yang tersusun rapi di rak buku.. Aku menangis setiap kali aku terbayang mereka tersenyum manis memandang diriku tapi aku tahu.

Perancangan Allah adalah yang terbaik dan semua yang berlaku ini atas izinNya. Pasti ada hikmah di sebalik semua ini cuma buat ms sekarang sy tak mampu utk tipu diri sy yg sy tidak terkesan bila mereka tiada dgn sy.

Setiap kali sy bg tahu suami sy yg sy rindukan mereka, suami sy akan menenang sy dgn berkata ” sabarlah akung, dia orng bukan pergi mana- mana..

Dia orng ada dgn emak dia orang ..” Ya, EMAK .. Atas nama emak, sy mengalah.. Atas nama mak jugalah, sy belajar utk redha..

Dugaan kali ini benar-benar mengajar aku yang semua ini hanya pinjaman dan Allah yang memegang hati kita.. Allah yang membolak balikkan hati kita.. Serahkan hati kita sepenuhnya kepada Allah..

Biarkan Allah yang mengaturkan semuanya sehingga “keindahan” itu datang tepat pada waktunya. Dan buat semua pembaca, aku minta jasa baik kalian semua untuk doakan supaya aku dapat bertemu semula dengan anak-anak awrah abang aku dan doakan lah aku dan suami aku dikurniakan zuriat kami sendiri.

Maaf kalau ada tersalah bahasa atau ayat yang mengelirukan.. Aku bukannya orang yang pandai untuk berkata-kata, aku hanya menulis tentang apa yang aku rasa.