Teruk 1 badan lebam2, dekat peha lagi lah. Malam je mesti himpit ak, sepamat mak abah ada tengokkan aku.

Assalamualaikum kepada semua pembaca, aku nak ceritakan ini ialah sebuah kisah mistik, so ibu hamil dan pesakit jantung anda tidak digalakkan membaca, haha.

Maaf juga kalau ada yang rasa kisah ni tak sesuai diceritakan di page ini , aku lebih selesa nak kongsi pengalaman aku di sini daripada page-page lain.

Aku kenalkan diri aku sebagai Diana (nama samaran), aku kerja sebagai doktor gigi di utara tanah air. Aku rasa ramai kawan-kawan dan keluarga yang akan cam penulisan aku, tapi aku minta kita semua rahsiakan, baru ada element surprise.

Aku dah lama rasa nak share kisah aku di sini, tapi selalu tak ada kesempatan sebab acah-acah busy. Memandangkan harini aku ada free time, dan laptop aku pun ada sama (biasanya aku tinggal kat klinik je), so aku bersemangat sikitlah nak taip.

Kisah ni dah bertahun-tahun lamanya jadi (rasanya dah 8-9 tahun), tapi aku masih ingat lagi setiap detail dan kronologinya sebab betul-betul memberi kesan kepada aku.

Bila dah habis prep masa menuju ke surau, aku tanya kawan-kawan yang lain kot-kot ada yang nampak benda yg aku nampak.

Ada 2-3 orang lain turut mengaku nampak bola api tu. Tapi sorang kawan aku ni, dia keraskan suara dia “Shhh, jangan tegur!”

Betul lah agaknya apa yang orang duk pesan tu, “Jangan tegur!”. Aku conclude mcm tu lah, disebabkan aku tegur, esoknya aku sorang saja yang nampak lagi. Esoknya tu, aku nampak ada seekor burung yg sangat-sangat besar, berwarna putih keemasan melintas di tempat sama.

Korang mesti kata ” Burung je tu”. Tapi saiz burung tu sangat tak masuk akal, aku rasa tu burung paling besar pernah aku tengok setakat sekarang.

Korang jangan la compare dengan burung dinasour tu, aku mana hidup lagi zaman tu, so aku tak tahulah dia besar mana.

Sungguh merimaskan, yang aku lagi selesa berbaring daripada berdiri sebab macam tu saja yang aku tak rasa “dia” tengah berdamping. Sejak itu, ‘dia” pun mula berdamping tanpa izin dengan aku. Bestfriend sangat haha.

Bila aku solat, dia ikut sama berdamping di bahu kiri aku. Bukan nak solat, nak kacau je. Bayangkan, bila aku solat di rumah sorang-sorang, separuh dari sejadah aku gelap sebab bayang-bayang dia (seolah-olah ada sesuatu yang besar di belakang aku tangah lindung cahaya).

Tahu apa yang epic? Epicnya ialah, masa aku solat tu, lampu tu dari arah depan aku, bukan dari belakang. “Dia” saja ja nak bagitahu dia ada sama.

Aku jadi takut sangat-sangat, so aku solat laju-laju dan ada sezaman tu masa aku diganggu, aku solat tutup mata sebab aku takut sangat-sangat kalau ternampak “dia”. Sekarang alhamdulillah dah boleh buka mata haha.

Yang cukup meyakinkan aku, dia ada sama di bahu kiri aku ialah (Eh, mcm PA aku pulak haha), pernah sekali tu aku mandi, aku rasa meremang sebab rasa dia ada di belakang aku,

“Dia mengusik ja tu”. Jadi bila balik hujung minggu di rumah, ada sekali tu aku tengah buat homework, tiba-tiba aku macam tengah melamun.

Dan “dia” bercakap-cakap dengan aku, tapi aku tak dapat ingat sampai sekarang apa yang dia cakap. Yang aku tahu, dia bagitahu aku something lawak hahaha. Aku boleh tersedar dari lamunan aku tu sebab aku tengah gelak dengar cerita “dia” ye gais. Gila ke apa?.

Dan petang tu di rumah, mak aku tengah goreng cucur, bilik aku ada satu tingkap sliding yang mengadap dapur. So aku tengoklah mak aku tengah goreng cucur (mak aku tak tahu).

Jadi “dia” mula lah masukkan jarum-jarum halus dia. Dia cakap “Mak hang tak sayang hang, sebab tu dia tak bawa hang berubat pi mana-mana. Dia suka tengok hang sakit macam ni”. Cukup meyakinkan untuk aku.

Aku jadi rasa marah dengan mak aku masa tu, sebab aku percaya apa yang “dia” kata. Bila aku tanya mak aku, kenapa tak bawa aku pi berubat?

Lepas tu pi mana-mana, mak aku akan suruh adik abang aku apit aku dalam kereta kiri kanan. Jadi mak aku terus bawa aku keluar asrama lepas tu, aku balik rumah.

Aku ingat bila aku balik, benda tu dah tak ada, Rupanya dia ikut aku balik rumah sama2, dasar peminat tegar haha.

Bila balik ke rumah, dan masih tak berubat, benda tu jadi makin berani dan teruk. Kali ni aku betul-betul dengar suara dia.

Aku baru nak tidur malam tu. Aku dengar abang aku panggil aku “Diana~~~ Diana~~~”. Aku diam tak menyahut.

Tiba-tiba mak aku pula panggil “Diana~~~Diana~~~” Suara mak aku masatu lembut mendayu-dayu. Aku diam menggigil dalam selimut.

Aku cakap “Ikut suka hang la, aku masuk dulu”. Bila aku masuk ja rumah, adik aku yang aku ingat main sorok-sorok tadi tu tengah tengok tv dia ruang tengah.

So rupanya kat luar tu ialah “dia”. Nasib baik dia tak masuk bila aku pelawa tadi. Aku tutup pintu dan diamkan perkara tu. Esok tu baru aku cerita dekat mak aku yang aku nampak “adik aku” rambut panjang kat porch kereta semalam.

Yang last sekali sebelum aku akhiri cerita aku, ada satu malam tu masa aku tengah tidur, aku terjaga sebab rambut aku tengah kibas-kibas kat muka aku, beberapa urat saja la (perempuan mesti faham kan rimasnya rambut kat muka ni), aku pun tolak rambut tu selit di belakang telinga.

Tiba-tiba rambut tu ada lagi. Ishhh, rimas! Aku pun tolak lagi untuk kali kedua dan ketiganya. Tapi bila rambut tu duk kibas lagi untuk kali ke empatnya, aku hilang sabar dah.

Aku pun tarik ja rambut tu buang sebab annoying sangat-sangat. Guess what?? Masa aku tarik rambut tu buang, rambut tu putus lah kan, ada di tangan aku. Tapi kepala aku tak da sikit pun rasa sakit mcm kena tarik rambut. Milik siapakah rambut itu? Jeng3.

Sekian di sini sajalah cerita aku, aku punya jari pun dah beku tak dapat taip sebab aircond klinik kuat sangat.

Ni mungkin hanya cebisan dari kisah aku. 3 tahun menanggung sakit diganggu tapi akhirnya pulih Alhamdulillah berkat usaha mak abah aku yang tak jemu usung aku sana sini pi berubat.

Kalau nak cerita part berubat tu, banyaklah lagi nak kena taip gayanya. Kesimpulannya, kalau ada yang sakit-sakit mcm ni, tolonglah sayangi diri anda dan pergi berubat, jangan biar melarat nanti susah.

Alam ghaib ni ada, kita perlu percaya. Tapi tak perlu taksub sampai memakan diri. Aku mohon maaf kalau ada singgung mana-mana hati pembaca lain, ada kata-kata yang tidak enak dan sebagainya.

Yang baik dari Allah dan yang buruk segalanya datang dari kelemahan diri aku sendiri. Terima kasih sudi membaca.